Resepi Masakan Ayam Masak Serai Cara Mudah dan Sedap

Salam.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi masakan ayam masak serai. Cik tom memang suka masak resepi ayam masak serai sebab rasanya sedap. Resepinya amatlah mudah, senang dan menyelerakan. Sejak bekerja kat Negeri Sembilan ni makin rajin pulak cik tom memasak. Lagi seronok bila masak ada orang puji best. Hee.. Resepi  masakan ayam masak serai yang cik tom sediakan ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye.

Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Serai ( untuk 2 orang makan )

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
2 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar +1 batang serai + 3 biji cili padi (dikisar)
2 inci carrot  (dipotong)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

ayam masak serai

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak serai;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan serai yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.

5. Masukkan carrot dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Sebenarnya lagi best masak kering tapi gambar di atas berkuah kerana kawan cik tom tak boleh makan nasi takde kuah. Huhu..

8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.

9. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi ayam masak serai 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Resepi Masakan Ayam Masak Serai Cara Mudah dan Sedap

  • October 4, 2011 at 1:09 pm
    Permalink

    banyak sangat masakan..xtaw nk buat yg mana satu….

    Reply
    • October 6, 2011 at 11:30 pm
      Permalink

      cuba satu persatu ikut list under resepi cik tom 🙂

      Reply
  • October 25, 2011 at 1:14 pm
    Permalink

    saya baru jerk nak cuba masak2 lauk2 yg laen dr yg selalu saya buat,resepi akk yg ni saya dah masak dah lom rasa lagi,ngah otw masak,hehhehe…. saya nak mintak resepi utk budak yg baru nak masuk 2 tahun.,… kebanyakkan nye masakan saya semua pedas2.. leh bg resepi kat saya x masakan yg x pedas… saya ari2 masak lauk ayam jerk….. daging n makanan laut suami x leh nak makan plakk…. lau ikan tu leceh nak menyimpan nyee…. tp lau ada resepi ikan pon boley jugak….. tq ek…

    Reply
    • December 5, 2011 at 12:22 pm
      Permalink

      salam ieda…sori ye ciktom br bkesempatan nk bls komen..resepi utk budak 2 tahun ye?buat masa sekarang cik tom busy..insyaAllah cik tom cuba usahakan…

      Reply
  • June 3, 2017 at 8:38 am
    Permalink

    Saya suka dengan resepi yang ini, yang anda bagikan sangat menginspirasi saya dengan baik. Saya senang ciktom mau kongsi gratis untuk semuanya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!