Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M

Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Resepi mudah cara buat coklat chip cookies M&M kali ini dari air tangan adik cik tom, Ika. Cik tom jadi assistant je tolong sukat bahan-bahan untuk buat coklat chip. Ika belajar resepi chocolate chip cookies dari cikgu kat sekolah semasa kelas subjek kulinari.

Actually coklat chip cookies ni kitorang dah buat pertengahan tahun aritu dan repeat buat lagi sebagai biskut raya time Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Memang sekejap je habis kitorang makan biskut coklat chip tu dalam balang. Sambil duk layan movie dalam laptop sambil tu kunyah makan choc chip cookies M&M.

Baca juga: Resepi Biskut Penyet ala Cookies Famous Amos

Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M

Sumber: Cikgu Kulinari
Percubaan: Ika Rushdi

Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M

Bahan-bahan Mudah Coklat Chip Cookies M&M;

120 gram tepung gandum
100 gram planta
25 gram gula perang
60 gram coklat chip
30 gram badam tanpa kulit (dicincang kasar)
1/4 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Membuat Coklat Chip Cookies M&M;

  1. Sila timbang tepung gandum, planta, gula perang, coklat chip dan badam.
  2. Putar gula perang dan planta dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan tepung, coklat chip dan badam ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan menggunakan spatula sehingga menjadi doh.
  4. Bentuk biskut coklat chip menggunakan camca teh (sudu kecil) dan kemudian tekan garfu pada untuk leperkan biskut coklat chip di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega pada permukaan dulangnya.
  5. Letakkan sebiji coklat M&M diatas setiap cookies.
  6. Simpan sejam dalam peti sejuk.
  7. Keluarkan dari  peti. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 10-15 minit.
  8. Sejukkan di luar ketuhar seketika sebelum ambil cookies dari dulang. Simpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga: Resepi Rahsia Biskut Raya Homemade

Cara buat coklat chip cookies dia atas adalah perkongisan dari adik, ika. Macam comel pun ada baca first step timbang bahan-bahan adunan. hihi..

coklat chip cookies dalam balang

Yang atas ni gambar biskut coklat chip yang dah simpan dalam balang. Yang balang kecil tudung biru tu ika hadiahkan pada Cikgu Maggie. Ika siap decorate lagi balut botol tu cantik-cantik dan letak reben. Cik tom lupa nak snap gambar.

Selamat mencuba resepi mudah cara buat coklat chip cookies M&M!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Resepi Mudah Cara Buat Coklat Chip Cookies M&M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE