Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel

Assalamualaikum dan salam ceria.. Sesi memasak hari ini, cik tom nak kongsikan 1 resepi mudah cara buat puding karamel. Sebelum ini cik tom dah pernah kongsikan resepi puding karamel yang emak saudara cik tom, ma. Link entri resepi tu boleh klik pada link baca juga di bawah ye.

So, untuk kali ini cik tom nak berkongsi resepi puding karamel dari emak saudara padin, wanchu. Kalau nak dibandingkan resepi keduanya. Resepi puding wanchu lagi mudah untuk bahan dan juga penyediaannya.

Baca juga; Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel

Ini ialah percubaan pertama cik tom buat puding karamel demi suami tercinta. Dah banyak kali padin duk request bila nak buat puding karamel wanchu. hehe… Pagi tadi lepas je whatsapp dengan angah minta resepi. Terus tengahari tu cik tom buatkan pudingnya.

Oleh sebab cik tom berdua je. Resepi di bawah tue, cik tom ubah buatkan separuh je dari kuantiti asalnya.

Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel

Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel

Resepi asal: Wanchu
Percubaan: cik tom

Bahan-bahan Mudah Untuk Penyediaan Puding Karamel

6 biji telur
1 tin susu cair (400mL)
1 tin air sejuk
2 cawan gula (1 cawan untuk gula karamel, 1 cawan untuk adunan puding)
1 keping roti gardenia
2 kuntum cengkih

Cara-cara Mudah Membuat Puding Karamel

  1. First, kita sediakan dulu gula karamel untuk lapisan atas dengan cairkan 1 cawan gula di atas kuali dengan api sederhana.
  2. Masak sehingga gula cair dan warna kekuningan.
  3. Tutup api dan masukkan gula karamel ke dalam loyang dan ratakan. Ketepi untuk biarkan ia sejuk dan beku.
  4. Masukkan kesemua bahan lain ke dalam blender. Blend sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi (Step 3).(Tips: Make sure gula karamel dah beku baru masukkan adunan puding. Untuk elakkan ia bercampur)
  5. Kukus puding sehingga masak. (Anggaran 45 minit)
  6. Kemudian telangkupkan puding. Sejukkan puding ke dalm peti sejuk beberapa jam untuk rasa lebih enak.
  7. Siap!
Baca juga; Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail

Mudah je kan cara nak buat puding karamel ni. Hanya cairkan gula, blend adunan dan last step kukus. Selamat mencuba resepi puding karamel yang mudah!

Lagi Artikel Berkaitan;

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!