Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat masakan nasi goreng cina timur. Resepinya amatlah mudah, senang dan insyaAllah sedap kalau kena gaya masakannya. Kenapa namanya resepi goreng cina “timur”, of courselah sebab cik tom orang pantai timur. hehe…. Keropok keping mesti ada dah namanya orang Terengganu kan. Ok resepi masakan nasi goreng cina ini hanya anggaran untuk hidangan 4 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti daripada resepi nasi goreng cina timur ini ya.

Resepi Nasi Goreng Cina Timur
Resepi Nasi Goreng Cina Timur

Bahan- bahan Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan Sedap (untuk 4 orang):

3 cawan nasi putih sejuk
3 ulas bawang putih (di ketuk/ ditumbuk)
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil sos ikan
1 biji telur
½ cawan mix vegetable
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
Sedikit gula dan perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

*sos ikan boleh juga digantikan dengan garam
*pada yang suka pedas boleh tambahkan cili padi

Cara-cara masakan Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan Sedap:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang putih bersama isi ayam sehingga separuh masak.

3. Masukkan mix vegetable a.k.a sayur campuran dan telur, kacau lagi sehingga betul-betul masak.

4. Masukkkan nasi, sos-sos, gula dan perasa dan goreng sehingga masak dan sebati.

5. Ok dah sebati, nasi goreng cina timur siap dimasak dan hidangkan bersama telur goreng dan keropok sebagai penyedap tambahan.

6. Boleh juga di makan bersama kuah sup, cili potong atau begitu saja.

Nasi goreng cina ini memang antara senarai favourite masakan cik tom untuk time buka puasa sebabnya memang mudah dan cepat nak sediakan. Selamat mencuba Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan Sedap!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Resepi Nasi Goreng Cina Timur Mudah dan Sedap

  • July 6, 2012 at 1:15 pm
    Permalink

    Salam ciktom.. kuehtiaw goreng basah pun blum try lagi. Kena cuba dua2 resepi lah ari ahad nih.

    Reply
    • July 7, 2012 at 3:22 am
      Permalink

      wslm irsah…xpe nanti berpeluang boleh cuba semuanya sekali..hehe…
      byk lg resepi yg dah tersimpan dalam draft ciktom cuma tak terpublish lagi..hehe

      Reply
  • July 6, 2012 at 5:30 pm
    Permalink

    Boleh suruh mak saya cuba resepi ni.. Terliurrr haha.. 🙂

    Reply
    • July 7, 2012 at 2:57 am
      Permalink

      cuba masak sendiri untuk emak..pasti emak suka 🙂

      Reply
      • July 12, 2012 at 12:55 am
        Permalink

        org lelaki memang sedap msk cik tom..kalah org perempuan..hehe

        Reply
  • July 6, 2012 at 7:11 pm
    Permalink

    mmg mudah..nk print sat..hehe

    Reply
    • July 7, 2012 at 2:53 am
      Permalink

      selamat print dan mencuba masak nasi goreng cina ye..

      Reply
    • July 12, 2012 at 12:53 am
      Permalink

      wah siap print tu..nanti makan nasi goreng cina timur la yer..haha

      Reply
      • July 15, 2012 at 6:02 pm
        Permalink

        print lagi senang.. nanti nk msk refer je..xperlu buka blog..hee

        Reply
  • July 6, 2012 at 9:02 pm
    Permalink

    kita suka letak hotdog dalam nasi goreng..kekekeke…pastu letak cili padi, biar org tergigit n menjerit..

    Reply
    • July 6, 2012 at 9:37 pm
      Permalink

      sy pun ske ltak cili padi

      Reply
      • July 7, 2012 at 2:41 am
        Permalink

        letak cili padi lagi sedap ada rasa pedas bagi yg suka pedas…tapi kl ikut konsep asal nasi goreng cina ini memang tak pedas/ tak letak cili…sbb orang cina tak suka makan pedas..

        Reply
    • July 7, 2012 at 2:45 am
      Permalink

      kdg2 ciktom suka gak letak hotdog esp. kalau masak ekspress…hehe
      wow konpem suka pedas ni ye.

      Reply
    • July 12, 2012 at 12:54 am
      Permalink

      ni nk naya ke orang ke ni???cili padi pulak yang hijau tua…memang org tak perasan..ingtkan syur..sekali ngap laaaaaa lada rupanya..haha

      Reply
      • July 15, 2012 at 6:01 pm
        Permalink

        haha.. bg yg suka pedas ok la.. kl yg x mmg kesian

        Reply
  • July 6, 2012 at 10:52 pm
    Permalink

    dni wat nasi goreng tibai mana ada je kih3

    Reply
    • July 7, 2012 at 2:40 am
      Permalink

      kalau kita masak sendiri main agak2 je masuk..xdenya nak sukat satu2 kalau dah biasa…tapi kalau share resepi kenalah bagi sukatan baru pembaca senang nak cuba..hehe

      Reply
  • July 7, 2012 at 12:11 am
    Permalink

    dulu2 aku suka nasi goreng cina ni
    tapi sekarang dah bertukar kepada nasi goreng usa

    Reply
    • July 7, 2012 at 2:28 am
      Permalink

      nasi goreng usa lagi meriah ada daging masak merah +telur mata+ kdg2 ada yang bagi papadom kan..mmg sedap…

      Reply
      • July 7, 2012 at 6:47 pm
        Permalink

        ada daging mmg sedap hee baru usa namanya heee

        Reply
  • July 7, 2012 at 12:39 am
    Permalink

    boleh try berbuka pose nanti nih 🙂

    Reply
    • July 7, 2012 at 2:19 am
      Permalink

      nanti auc boleh cuba masak untuk wife pulak…konpem terharu ni..hee

      Reply
  • July 7, 2012 at 10:24 am
    Permalink

    dah masak lom? bak sikit..

    Reply
    • July 7, 2012 at 1:14 pm
      Permalink

      jom goreng sendiri 🙂

      Reply
      • July 7, 2012 at 6:45 pm
        Permalink

        ingt kwn mkn nsi goreng hanya pakai mykn dn bawg jer heeee

        Reply
    • July 9, 2012 at 1:14 am
      Permalink

      masak lebih ye..chii pun nak gak 😀

      Reply
  • July 7, 2012 at 1:13 pm
    Permalink

    ni kan, kalau saya buat ciktom, hangus tau..silap hari bulan dgn kuali tebakorr

    Reply
  • July 7, 2012 at 6:45 pm
    Permalink

    nasi goreng bujang mmg sedap lebuh bahan apa yg ada heee..klu perot lpar sentap smpi licin heee

    Reply
  • July 7, 2012 at 10:44 pm
    Permalink

    Sedap makan nasi goreng cina.. selalu order kat kedai lepas ni nak masak sendiri pulak

    Reply
    • July 10, 2012 at 10:52 pm
      Permalink

      good2!masakan sendiri adalah yang terbaik!

      Reply
  • July 8, 2012 at 10:19 pm
    Permalink

    Banyak sudah resepi dikongsikan bila hendak ajak makan dirumah. Kalau ikut bro Titan belanja makan cendol sahaja. 🙂

    Reply
    • July 10, 2012 at 10:26 pm
      Permalink

      haha..boleh2 singgah rumah di tganu..kl umah sewa bujang ni serba kekurangan brngnya

      Reply
  • July 9, 2012 at 1:16 am
    Permalink

    nasi goreng cina ..fav chii gak..tp kalau kat umah..x berkesempatan nak buat sebab masing2 makan pedas..nasi greng cina mana leh pedas kan 🙁 last2..order kat luar je la

    Reply
  • July 12, 2012 at 12:53 am
    Permalink

    Tak pyh bahan-bahan dia ekk..nmpk gambar mengiurkan..hehe

    Reply
    • July 15, 2012 at 6:03 pm
      Permalink

      bahan2 mmg mudah.. boleh cuba masak utk wife n anak pasni.

      Reply
  • July 27, 2012 at 12:29 pm
    Permalink

    klu xde sos ikan n sos tiram buleh??? or ade bahan alternatif…masak kat asrama kurg bahan2 nie….

    Reply
    • July 29, 2012 at 4:39 pm
      Permalink

      kalau xde n xmasukkan pun xpe.. cuma kalau letak lagi sedap.

      Reply
      • July 31, 2012 at 2:09 am
        Permalink

        o0o0o0….nnt sye try ye ciktom…terima kasih… ^_^

        Reply
  • August 28, 2012 at 1:04 am
    Permalink

    Ciktom sye umr 14 thn ,cite2 saye nk jadi chef.ciktom msuk kn agi lah resepi yg sdp2 lg ye…

    Reply
  • February 7, 2013 at 1:52 pm
    Permalink

    hmmm….mmg menjilat sudu laa…
    ble tambah serbuk lada hitam lgi gmpakk…
    cayaa laa..:-)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE