Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Hari ni slot masak-masak. Resepinya nasi goreng kerabu style Terengganu. Cam biase nama sesuka hati je bagi. hehe… Kalau yang dah pandai masak tue jangan gelak pulak baca semua entry masakan dari blog cik tom tau. Biasalah newbie baru belajar memasak dan excited nak memasak.

Dan ada sesetengah resepi tue cik tom memandai je outer bagi simple dan cepat masaknya seperti tagline resepi blog cik tom- mudah, cepat dan sedap!  haha…

Cuma agak tak sangka jugak banyak dapat email feedback positif dari pembaca yang sukakan style resepi mudah dan cepat yang cik tom share di blog ni. Alhamdulillah 🙂

Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu
Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu

Gambar atas ni asalnya untuk majalah aroma yang tak jadi sebab katanya gambar tak capai kriteria. Tue macam comel je hias. hehe… Cadangan resepi nasi goreng kerabu terengganu ni untuk hidangan 4 orang ye. Kalau nak ramai/ kurang lagi korang pandai2 calculate guna calculator. hii 😉

Bahan Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu;

Bahan A
4 cawan nasi putih (dileraikan)
100 gram udang
100 gram isi ayam dihiris nipis
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)
1/2 labu bwg besar
3 biji cili merah
1 kuntum bunga kantan
1 cawan kobis
2 kacang panjang
2 batang serai
2 helai daun limau purut

Bahan C (ditumbuk/ blend)
5 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara masakan Nasi Goreng Kerabu Terengganu;

1. Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga berbau wangi.

2. Masukkan udang dan ayam ke dalam kuali.

3. Apabila ayam dan udang sudah masak, perlahankan api dan masukkan bahan B. Gaulkan sehingga rata dan sayur sedikit masak. *jangan lama nanti sayur layu.

4. Kemudian masukkan sedikit garam dan nasi. Gaulkan sekali lagi sehingga sebati.

5. Tutup api dan nasi goreng siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba hidangan nasi goreng kerabu style terengganu 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Resepi Nasi Goreng Kerabu Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!