Resepi Nasi Goreng Tomyam Cik Tom

Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Hari ni nak share resepi favourite cik tom- nasi goreng tomyam! Tapi cik tom lagi suka makankat kedai letak macam2 jenis seafood. Kalau masak sendiri biasa letak udang or ayam je. Jimat masak style bujang. hehe… Cadangan hidangan nasi goreng tomyam ni untuk 4 orang.

 

Resepi Nasi Goreng Tomyam Cik Tom
Resepi Nasi Goreng Tomyam Cik Tom

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Tomyam Cik Tom;

Bahan A:-
4 cawan nasi putih (disejukkan)
100 gram udang
100 gram sotong (dipotong kecil)
2 sudu besar pes Tomyam
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)
1/2 labu bwg besar
5 biji cili merah
2 batang serai
2 helai daun limau purut

Bahan C (ditumbuk)
5 biji cili api (ikut tahap pedas korang nak)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara masakan Nasi Goreng Tomyam Cik Tom;

1. Panaskan minyak dan tumis bahan C sehingga berbau wangi

2. Masukkan udang, sotong, pes tomyam, sos tiram dan Bahan B. Gaulkan sehingga rata.

3. Kemudian masukkan sedikit garam dan nasi. Gaulkan sekali lagi.

4. Tutup api dan nasi goreng siap untuk dihidangkan.

Bagi yang request gambar masak satu persatu. Susah la tengah masak nak amik gambar pulak. Nanti orang cakap buang tebiat pulak duk amik gambar je. haha… Stepnya mudah je. Selamat mencuba resepi nasi goreng tomyam!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Resepi Nasi Goreng Tomyam Cik Tom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE