Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Tahun 2010 (ogos) cik tom pernah share jugaย Resepi Nasi Tomatoย tapi tue resepi copy dari blogger sha seperti yang cik tom mention dalam entri. Tapi tak sedap pulak kan kalau tak mencuba sendiri resepi yang kita praktis dan share resepi original kita cuba di blog. Barulah kita tau resepi nasi tomato yang dicuba itu memang menjadi dengan cara yang mudah dan rasanya pun sedap. Resepi kali ini cik tom amik dari SIL, Kak Long cik tom. Resepi nasi tomato ini untuk anggaran 4 orang makan. Kalau dah pandai masak nasi tomato ni nanti boleh ubahsuai ikut selera masing-masing ye ๐Ÿ™‚

Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap

Bahan- bahan Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap (anggaran 4 orang):-

Bahan A

3 cawan beras (dicuci dan ditoskan)
ยฝ cawan susu cair
1 biji tomato (dicincang halus)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar planta
Garam secukup rasa
3 ยฝ cawan air
Daun pandan (disimpul)
1 batang serai (diketuk)

Bahan B (bahan tumisan)

2 ulas bawang putih dan 3 biji bawang merah (dihiris)
1 inci halia (diketuk)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara masakan Resepi Nasi Tomato Cara mudah dan sedap:-

1. Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan, serai serta masukkan daun pandan.

2. Masukkan tomato, sos, garam dan gaul rata.

3. Kemudian, masukkan susu cair, air dan biarkan mendidih seketika.

4. Selepas mendidih, masukkan bahan tadi ke dalam periuk elektrik yang berisi beras.

5. Tanaklah nasi tomato ini seperti biasa sehingga masak.

6. Hidangkan bersama lauk ayam masak merah dan acar timun.

*tips tambahan:- tidak perlu masukkan pewarna, kerana warna tomato itu sendiri
sudah cantik lagi asli.

Ok sampai disini sahaja slot resepi kita kali ini ye. Selamat mencubaย Resepi Nasi Tomato cara mudah dan insyaAllah sedap!!

ps: banyak entri resepi dalam draft tertunggak nak publish.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

79 thoughts on “Resepi Nasi Tomato Cara Mudah dan Sedap

  • November 29, 2012 at 12:14 am
    Permalink

    Salam..
    woww..sedap!
    saya suka nasi tomato
    pekena dengan ayam
    masak madu/merah

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:10 pm
      Permalink

      lama xmakan ayam madu…best tue…hee

      Reply
  • November 29, 2012 at 12:30 am
    Permalink

    hoho.. suka sangat dengan tomato ke?? hehe.. by the way, nasi tomato ni memang sedap makan dengan ayam masak pedas..

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:09 pm
      Permalink

      yup mmg sedap dgn ayam masak merah pedas.

      Reply
  • November 29, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    sedap2….in sha allah akn try resepi nie…macehhh cik tom ๐Ÿ™‚

    Reply
  • November 29, 2012 at 12:43 am
    Permalink

    sejak bila suka makan nasi tomato plak nih..

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:08 pm
      Permalink

      dah lama suka..dah namanya cik tomato..

      Reply
  • November 29, 2012 at 1:43 am
    Permalink

    wife saya memang suka adegan masak2 ni. tapi blm pernah masak nasi tomato. nasi briyani tu memang selalulah dia masak.

    Reply
  • November 29, 2012 at 7:00 am
    Permalink

    hai ciktom,

    tak pernah makan nasi tomato, tentu sedap dan menyelerakan.

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:06 pm
      Permalink

      boleh try minta wife masak..or beli ๐Ÿ™‚

      Reply
  • November 29, 2012 at 7:01 am
    Permalink

    Dah lama tak memasak nasi tomato, sekarang ni terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, mungkin boleh cuba resepi cik tom bila ada kelapangan… ๐Ÿ˜€

    Reply
    • December 9, 2012 at 10:06 pm
      Permalink

      insyaAllah boleh cuba waktu free nanti..

      Reply
  • November 29, 2012 at 10:43 am
    Permalink

    Nasi tomato ni kegemaran Mummy and Qashrin serta family.
    Selalu Mummy masak tak letak tomato sos tapi pakai tomato soup dari heinz + tomato puri sedikit.
    Aduh sedapnya makan dengan ayam masak merah…
    Macam nak masak je weekend ni. Hahaha.. adeyh!

    Reply
    • December 9, 2012 at 9:24 pm
      Permalink

      macam2 resepi cara org masak nasi tomato..n tiap2 satu tue ade kelebihan+ikut citarasa masing2..hee

      Reply
    • December 9, 2012 at 9:22 pm
      Permalink

      lauknya ayam masak merah..lauk simple je..so ciktom xmasukkan dlm entry ni..ciktom pecah dlm entry lain..hee

      Reply
  • November 29, 2012 at 3:03 pm
    Permalink

    nyum3..rupanya ciktom pandai masak..kah3

    Reply
    • December 9, 2012 at 9:20 pm
      Permalink

      dah selalu ciktom share resepi kt blog..

      Reply
    • December 9, 2012 at 9:20 pm
      Permalink

      masak waktu terluang je..kl kerja malas jgk..hee

      Reply
  • November 29, 2012 at 5:36 pm
    Permalink

    sedapnye..
    cik tom nanti share la resepi lauk nye pula..heheheeh ^^

    Reply
    • December 9, 2012 at 9:19 pm
      Permalink

      lauknya boleh ayam masak merah…nanti ciktom share in future ye..tp cr masaknya simple jee….

      Reply
  • November 29, 2012 at 5:39 pm
    Permalink

    nasi tomato memang sedap dimakan….biasa nyer makan nasi tomato pasti bertambah….:)

    Reply
  • November 29, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    mentang2 lah nama ciktom
    nasi tomato lah pilihannya…. terbaiikkk ๐Ÿ™‚

    Reply
    • December 9, 2012 at 9:14 pm
      Permalink

      akak dah pro masak2..seganlah saya..hee

      Reply
    • December 9, 2012 at 9:14 pm
      Permalink

      planta tue lagi elok guna compare minyak…tp incase nak guna minyak blh jugak.

      Reply
  • November 30, 2012 at 8:15 am
    Permalink

    jom try praktikkan resepi ni

    Reply
  • November 30, 2012 at 8:22 am
    Permalink

    Terbaik la nasi tomato. Saya bab makan memang suka sangat. Hehe ๐Ÿ™‚

    Reply
  • November 30, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    nasi tomato ni tak pernah pulak aku cuba

    Reply
  • November 30, 2012 at 11:55 am
    Permalink

    tengok gambar macm pernah makan hehe, cuma tak tahu namanya sahaja

    Reply
  • November 30, 2012 at 12:58 pm
    Permalink

    Nyum..nyum..mesti sedap ni..tengok pun dah tahu..boleh la saya try masak nanti..buat kejutan sikit untuk isteri..mesti dia kagum dengan kehebatan saya membuat nasi tomato.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • December 9, 2012 at 9:05 pm
      Permalink

      memang idea yang terbaik! slmt mencuba ye.

      Reply
    • December 9, 2012 at 8:39 pm
      Permalink

      nanti pasni husna boleh buat sendiri..lg sedap

      Reply
  • November 30, 2012 at 7:13 pm
    Permalink

    Makan nasik tomato ke,nasik minyak ke,briyani ke,akak tak suka makan dengan ayammasak merah atau kari sebab nasik berminyak,kuahnya pun berminyak.kalau acar timun tu akak suka..lauk nya pulak,cukup dengan ayam goreng je..kena tos kering2 la ayamgoreng tu..cerewet kan akakni??hahahah

    Reply
    • December 9, 2012 at 8:37 pm
      Permalink

      laa ye ke?kl ciktom mmg suka sgt pekena dgn ayam masak merah..hee

      Reply
  • December 1, 2012 at 3:13 am
    Permalink

    Conform nk try masak nnti.. Mcm sedap je,, hehe

    Reply
  • December 1, 2012 at 8:10 am
    Permalink

    asalkan tomato yerr cik tom hhehe…sbnrnya saya tak pernah makan nasi tomato…jadi terima kasih kerana beri resipi…saya try makan… ๐Ÿ™‚

    Reply
    • December 9, 2012 at 8:25 pm
      Permalink

      try la makan..mana tau nanti jatuh hati dgn nasi tomato.. ๐Ÿ™‚

      Reply
    • December 9, 2012 at 8:24 pm
      Permalink

      musim kawin bukan biasa nasi minyak ke?hee

      Reply
  • December 2, 2012 at 2:13 am
    Permalink

    resepi cik tom sendiri ker ni?..hehe

    Reply
  • December 2, 2012 at 3:33 am
    Permalink

    kat terengganu payah sangat nak jumpa nasi tomato ni. Setelah 4 tahun di terengganu, bila sampai kat serdang je terus cuba nasi tomato di sebelah UNITEN. layan

    Reply
    • December 9, 2012 at 8:23 pm
      Permalink

      eh ye ke?ciktom org terengganu..ada je nasi tomato..hee

      Reply
  • December 2, 2012 at 2:43 pm
    Permalink

    wahhh . nampak sedap . boleh try nie resepi nie .

    Reply
    • December 9, 2012 at 8:16 pm
      Permalink

      selamat mencuba..lauknya boleh guna ayam masak merah..

      Reply
  • December 2, 2012 at 5:58 pm
    Permalink

    resepi mudah macam ni la yang aku mahu
    sebab aku suka makan je, tak berapa suka nak memasak
    hehe

    Reply
    • December 9, 2012 at 8:15 pm
      Permalink

      resepi ni mudah je nak buat..nanti cikgu boleh masak utk wife.hee

      Reply
  • December 3, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    dah cik tomato, mmg le terer buat nasi tomato. cik tom = nasi tom. hehehehe

    Reply
    • December 9, 2012 at 6:18 pm
      Permalink

      hehe..nasi fevret cik tom selain nasi ayam.

      Reply
  • December 3, 2012 at 5:14 pm
    Permalink

    mentang2 nama cik tom…nasi tomato tue pun nampak menarik..tengok mudah tapi nak buat tak tahu bila…hehehe

    Reply
    • December 9, 2012 at 6:17 pm
      Permalink

      ahahaa…tue kan dah trademark cik tom ๐Ÿ™‚

      Reply
  • December 3, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    salah satu feveret saya ni..kalau ciktom buat, jangan lupa ajak saya datang makan..hehehe

    Reply
  • December 3, 2012 at 11:31 pm
    Permalink

    Salam gadis tomato, boleh tak saya masak ubah sikit resepi ganti planta dengan mentega untuk rasa lebih lembut? jangan risau tomato tu saya kekalkan dalam masakan ๐Ÿ™‚ sambil makan dengar lagu kartun jepun lama tomato man http://www.youtube.com/watch?v=-GruaW9nm10.

    Reply
    • December 9, 2012 at 6:15 pm
      Permalink

      boleh je ikut keselesaan masing2 utk outer resepi asal cik tom ni ye..

      Reply
  • December 8, 2012 at 10:26 pm
    Permalink

    nasi tomato memang sedapppp!!!

    Reply
  • March 21, 2013 at 11:55 am
    Permalink

    cedap n simple jep..tp law makan dengan ayam masak kurma cedap tak ciktom?
    Jom baca entri terkini yana …doa untuk kitaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE