Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi Mudah & Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Resepi pizza maggi atau ada sesetengah yang panggil murtabak maggi ni dah lama tersimpan dalam draft tapi tak dipublish oleh cik tom. Actually resepi pizza maggi ni my sis, eda yang buat awal tahun aritu untuk masukkan dalam koleksi resepi blog ni. Siap 3x buat dah dalam gambar tue. Tapi tak tertaip resepi dalam blog ni. hehe… Resepi murtabak maggi ni original inspiration dia amik dari blog cik epal and then outer ikut bahan-bahan yang dah sedia ada dalam fridge.

Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi Mudah & Cepat

pizza maggi @ murtabak maggi
Resepi pizza maggi @ murtabak maggi

Bahan-bahan Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi;

1 peket Maggi perisa kari
2 biji telur gred A (kalau telur lain saiz@kecil sila tambah 1 biji lagi ek)
Sedikit Daging kisar @ Ayam @ Udang (Boleh diubah mengikut selera masing-masing ye)
Sedikit carrot (dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Sedikit minyak
Secukup rasa garam
*1 peket maggi=2biji telur

Cara-cara masakan Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi;

1. First, panaskan minyak dan masukkan daging kisar bersama bawang besar dan cili padi sehingga masak. Dah masak, angkat dan ketepikan.

2. Sila celur maggi sahaja sehingga kembang dan toskan air sehingga kering.

3. Kemudian, gaulkan maggi bersama 2 biji telur+ perencah maggi kari+daging kisar yang dimasak dalam step 1 sehingga sebati.

4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 sehingga masak @ garing.

Murtabak maggi @ pizza maggi ni lagi sedap makan dengan sos cili+mayonis. Makan pulak time panas-panas pastu pekena sekali dengan tea o suam. Memang perggh sedap sehingga menjilat jari. hehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Resepi Pizza Maggi @ Murtabak Maggi Mudah & Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!