Resepi Popia Carbonara Cara Mudah Cepat Je Nak Buat

Assalamualaikum dan salam ceria… Sudah hampir 2 tahun eda tak kongsikan resepi di blog ciktom oleh sebab kekangan masa eda habiskan untuk sambung master. Eda masih  suka  mencuba pelbagai  resepi terutamanya masakan western, dessert dan viral. Terkini eda suka makan popia carbonara. Memang banyak lambakan food delivery dan frozen popia carbonara tapi rasa lagi puas hati dapat masak sendiri dan boleh buat bebanyak untuk simpan dalam    peti sejuk beku.

Resepi Popia Carbonara Cara Mudah

Senang bebila nak masak hanya keluarkan dari peti,cairkan sekejap dan kemudian goreng. Maybe eda boleh buat food delivery untuk popia carbonara jugak. Ada nak ke? haha..

Alhamdulillah bulan Oktober lepas eda dah berjaya pegang segulung scroll master. Sekarang tengah berusaha mencari pekerjaan, tolong doakan eda berjaya dapat kerja secepat mungkin ye. amin..

Resepi Popia Carbonara Cara Mudah

Bahan-bahan Resepi Popia Carbonara Cara Mudah:

Separuh Cheese Cheddar  Beqa (boleh gunakan cheese yang lain juga)
5 batang Sosej
1 tin cendawan
1 batang carrot
1 botol besar sos carbonara Prego
Bawang merah dan bawang putih
Garam
Blackpepper
Susu segar dutch lady
1 biji telur (sebagai gam untuk kulit popia)
1 paket kulit popia (50 keping)

resepi bergambar popia carbonara

Cara-cara Buat Resepi Popia Carbonara Cara Mudah

  1. Parut carrot hingga menjadi halus. Hiris cendawan butang, sosej, bawang merah  dan bawang putih.
  2. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning dan naik bau.
  3. Kemudian masukkan sosej, cendawan  dan carrot ke  dalam kuali. Goreng sehingga  masak bahan-bahan tersebut.
  4. Setelah masak, masukkan sebotol  sos prego carbonara ke dalam  kuali dan gaul sehingga sebati. Masukkan sedikit garam dan black pepper ke dalam kuali.
  5. Masukkan separuh kotak susu dutch lady dan separuh cheese cheddar ke  dalam  sos. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati dan tunggu hingga sos mendidih. Kemudian tutupkan api.
  6. Ambil sekeping kulit popia, letakkan di dalam pinggan atau dulang, letakkan sesudu sos prego di atas kulit dan gulung kulit popia tersebut. Di hujung kulit, sapukan telur untuk kukuhkan balutan kulit popia tersebut.

 

Tips tambahan 1: selain telur, campuran tepung dan air juga boleh digantikan  untuk dijadikan gam untuk kemaskan gulungan popia tersebut.

Tips tambahan 2: untuk buat sos carbonara untuk popia ini, sos tersebut mestilah tidak terlalu cair kerana jika cair, sukar untuk letakkan di atas kulit popia dan sukar untuk gulung kerana akan meleleh keluar. Jadi pastikan sos carbonara menjadi pekat.

menu picnic popia carbonara

Eda pergi picnic dengan anak-anak buah kat Tasik Pepsi Blue sambil menikmati Popia Carbonara air tangan eda. Rasa lagi bertambah sedap popia carbonara ni bila makan beramai-ramai dengan yang tersayang.  hihi..

Selamat mencuba Resepi Popia Carbonara Cara Mudah!

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

5 thoughts on “Resepi Popia Carbonara Cara Mudah Cepat Je Nak Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE