Post navigation

Resepi Puding Buah Sos Kastard Cara Mudah dan Sedap

Posted on by

Salam.. Kali ini cik tom nak share cara nak buat resepi puding buah sos kastard. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap dimakan. Puding buah sos kastard ni memang best kalau makan petang2. Sejuk je rasa anak tekak. Puding buah sos kastard ni sesuai juga dijadikan desert selepas lunch or dinner. Kat bawah ni, gambar puding buah sos kastad sebelum dan selepas letak sos kastad. Tambah sikit ais untuk rasa lagi sejuk dan sedap. ;)

puding buah sos kastad

Bahan-bahan Resepi Puding Buah Sos Kastad

A) Bahan-bahan Puding

10 gm serbuk agar-agar
6 gelas air
1 tin fruit cocktail (asingkan airnya)
1 helai daun pandan (simpulkan)
2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
pewarna merah

Cara-cara Masak Puding;

1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

2. Masukkan gula dan air dari fruit cocktail dan biarkan mendidih.

3. Kemudian, tutupkan api dan buangkan daun pandan.

4. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna merah. Kacau sehingga sebati.

5. Masukkan dalam acuan atau loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.

B) Bahan-bahan Sos Kastad

1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung kastad (bancuh dengan sedikit air panas)

Cara-cara Sos Kastad;

1. Masukkan semua bahan dalam periuk.

2. Masakkan dengan api sederhana sehingga mendidih dan nampak agak pekat dari sebelumnya.

3. Sejukkan. Hidangkan sos kastard dengan puding dan juga fruit cocktail seperti dalam gambar diatas.

Selamat mencuba resepi puding buah sos kastad cara mudah dan sedap.

********************************************************
klik sini


8 thoughts on “Resepi Puding Buah Sos Kastard Cara Mudah dan Sedap