Resepi Puding Buih Berkuah Cinta

Salam sejahtera…. Kita masuk pulak slot masak-memasak. Jem otak bila asyik duk citer pasal duit je. Lagi seronok masak-memasak curahkan perasaan kasih sayang buat orang tercinta. hee.. Selama ni biasa duk beli je kuih puding berkuah ni yang juga fevret emak cik tom. Sekali sekala try buat puding buih berkuah sendiri pulak. Hajat hati nak guna acuan bentuk love tapi takde pulak. Acuan bunga pun jadilah asalkan ada warna merah cam hati tue. hehe… Nama resepi macam biasa sesedap rasa je oleh cik tom. Meh kita tengok bahan dan resepi puding buih berkuah cinta.

Resepi Puding Buih Berkuah Cinta
Resepi Puding Buih Berkuah Cinta

Bahan-bahan Resepi Puding Buih Berkuah Cinta:

Bahan (puding):
50 gram agar-agar peket
1500 mL air
4 biji putih telur
½ cawan gula
3 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah
Perasa strawberry

Bahan (Kuah):
1 tin susu cair
2 tin air
½ tin gula
2 sudu besar tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Cara-cara Membuat Resepi Puding Buih Berkuah Cinta:-

1. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan agar-agar tadi dan rebus sampai agar-agar larut. Pastikan campuran tadi agak likat.

2. Apabila mendidih, masukan pewarna dan perasa. Kacau sebati.

3. Letakkan agar-agar tadi ketepi dan ianya hendaklah selalu dikacau supaya ia tidak mengeras.

4. Ambil 4 biji putih telur dan pukul sehingga betul-betul kembang.

5. Ambil agar-agar tadi setelah ianya dipastikan agak sejuk dan tidak mengeras, campurkan dengan putih telur tadi. Pukul sekali lagi adunan sehingga sebati.

6. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Cara membuat kuahnya:

1. Panaskan perlahan-lahan susu cair dan air.

2. Setelah mendidih, campurkan esen vanilla, gula, telur dan garam.

3. Campurkan sedikit air ke dalam tepung kastad dan kacau didalam cawan.

4. Campurkan tepung kastad tadi ke dalam kuah susu sikit demi sedikit sehingga kuahnya pekat.

Selepas dah kuah pekat dan sebati, boleh curahkan kuah kastad ni atas puding buih yang telah disejukkan dalam peti. Lagi best time makan waktu petang. Rasa sejuk je anak tekak. hihi… Selamat menyediakan resepi puding buih berkuah cinta buat keluarga yang tersayang 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

64 thoughts on “Resepi Puding Buih Berkuah Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!