Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sayang ketat2.. Ops sori mengedik pulak entri cik tom ni ye. Hihi.. Resepi kali ini ialah resepi puding gula hangus atau lebih glamer dengan nama puding karamel. Ini resepi rahsia mak saudara cik tom tau. Mak saudara cik tom ni biasa amik order untuk musim perayaan buat puding gula hangus dan juga kek gula hangus. Dua2 ni cerewet bagi cik tom dan memerlukan kesabaran nak buat

Tapi don’t worry cik tom dah mintak izin mak saudara sebelum publish entri resepi puding gula hangus ni. Dah dapat kelulusan 100% al-maklum cik tom ni anak saudara kesayangan. Haha.. Tipu je semua mak cik sayang samarata.

Puding Gula Hangus @ Karamel
Puding Gula Hangus @ Karamel

Bahan-bahan Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat (kecil)
7 biji telur ayam (gred A-kalau gred lain tambah lagi 2 biji)
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara masakan Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel

  1. Mula-mula korang kena carikan gula pasir dalam loyang atas api sederhana kecil.
  2. Masak gula pasir sehingga warna gula kekuningan.
  3. Bila cair gula goyang2 loyang biar gula tue rata ke seluruh dasar loyang. Ketepikan dan biar beku.
  4. Pukul telur di dalam bekas berlainan sehingga berbuih dan masukkan susu pekat. Kacau rata. Kemudian masukkan air dan gaul sebati. (*optional:untuk buat puding karamel halus cantik-better tapis adunan ini)
  5. Tuangkan adunan yang telah ditapis ke atas gula yang telah beku tadi (Step 3).
  6. Kukus puding sehingga masak. (Anggaran 45 minit)
  7. Dah sejuk terlangkupkan puding. Siap!

Teknik buat puding karamel ni kena mantap. Mungkin percubaan pertama tak berapa cantik kena usaha lagi ye. Kalau first time buat memang cun melecun macam dalam gambar cik tom buat tu memang korang terer lah.

Selamat mencuba Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel!!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

19 thoughts on “Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel

  • November 12, 2015 at 1:24 am
    Permalink

    Semasa saya berkhidmat di Mukah Sarawak dulu ada seorang rakan sekerja saya, lelaki pandai buat puding gula hangus ni… kalau kami buat open house atau port luck, inilah menu yang selalu dia hidangkan kepada kami…

    Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. .. nampaknya lepas ni kalau nak merasa makan puding gula hangus, kena belajar masak sendiri melalui resepi yang Cik Tom kongsikan ni…

    Terima kasih banyak2 Cik Tom..
    Jom baca entri terkini anuar …Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015My Profile

    Reply
    • November 19, 2015 at 1:03 am
      Permalink

      wah lelaki pandai masak puding karamel..memang kagum la..

      Reply
    • November 19, 2015 at 1:01 am
      Permalink

      yup2 dah balas..sorry ciktom jarang on9..semua artikel pun autopublish..huhu

      Reply
    • November 19, 2015 at 1:01 am
      Permalink

      boleh cuba buat kat rumah..takdelah rumit sangat..

      Reply
  • November 12, 2015 at 6:17 pm
    Permalink

    Dulu2 akak rajin jugak buat puding karamel ni … tapi makin tua jadi makin malas pulak haha.. Dan nak buat gula hangus tu pun dengar kata ada tekniknya kanCik Tom

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:53 am
      Permalink

      yup memang betul..salah teknik tak menjadi la pudingnya..

      Reply
    • November 19, 2015 at 12:48 am
      Permalink

      siapa tak suka puding karamel..memang sedap n cair dimulut bila makan..hehe

      Reply
  • November 13, 2015 at 10:32 pm
    Permalink

    Kuih tunjuk kat bazar ramadhan puding karamel

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:39 am
      Permalink

      kalau setakat nak makan sikit je better beli..tapi nak jamu utk jiran2 n famili better masak sendiri..lg berpuas hati..

      Reply
  • Pingback:Resepi Kek Gula Hangus @ Kek Span - Ciktom

  • March 7, 2016 at 12:39 am
    Permalink

    Salam bole saya tau loyang saiz bpe yg digunakan utk resipi ini?

    Reply
    • March 8, 2016 at 11:11 am
      Permalink

      wslm..cik tom tak tahulah saiz loyang berapa dear..adik main guna je ada kat rumah..hehe

      Reply
  • March 24, 2016 at 10:22 am
    Permalink

    Salam cik tom..susu pekat skrg ssh nk crk yg tin kecil..blh bgtau bpe ml x?

    Reply
    • October 20, 2016 at 7:20 pm
      Permalink

      wslm…ciktom kurang pasti..tak silap 250ml

      Reply
  • May 11, 2016 at 7:42 pm
    Permalink

    Saya dah Buat pudding karamel ni Tadi.tapi,Saya x pukul kuat telur tu.Saya pukul pakai sudu je.malangnya bau pudding hanyir bau telur.yg tu first time Saya buat tu.

    Reply
    • October 21, 2016 at 1:10 pm
      Permalink

      Nak hilang hanyir telur letak esen vanilla.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE