Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati..

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Kali ni untuk slot masak-masak cik tom nak share resepi dari housemate cik tom, teha. Nama  dia sama dengan nama cik tom. hehe… Resepi puding roti cik tom nak kongsikan kali ni memang sesuai untuk semua lapisan usia lagi-lagi untuk kanak-kanak kat rumah. Mesti seronok kalau dijamukan dengan puding roti sumi jelly yang bila makan jadi penyejuk anak tekak time jerebu ni. Suami pun pasti bertambah sayang kan.. hehe…

Resepi Puding Roti Sumi Jelly
Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati 😉

Antara resepi berasaskan puding dan agar-agar yang pernah dikongsikan dalam blog cik tom;

Ok kita move on pada bahan dan cara nak buat puding roti sumi jelly yang mudah dan insyaAllah sedap kalau kena cara membuatnya. 🙂

Bahan-bahan Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati;

Sumi Jelly (dibuang airnya)
3 keping roti (tidak perlu dibuang kulitnya)
200 mL susu cair
600 mL air
1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu esen ros (if takde boleh jugak ganti dengan esen vanilla)
Beberapa jenis pewarna – merah, kuning atau biru (ikut citarasa korang ye)

Cara-cara masakan Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati;

  1. Susunkan sumi jelly di dalam bekas acuan mengikut kreativiti korang ye. (ketepikan)
  2.  Blend (kisar) roti bersama dengan susu cair. (ketepikan)
  3. Campurkan air, agar-agar serbuk dan gula ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sehingga sebati.
  4. Selepas mendidih, masukkan esen ros dan juga roti+susu cair dan yang telah diblend (step 2). Kacau sehingga sebati.
  5. Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian (tiga bekas berlainan).
  6. Letakkan pewarna (kuning, merah, biru) pada setiap adunan.
  7. Tuangkan adunan pertama ke dalam acuan yang diletakkan sumi jelly (step 1). Biarkan ia sejuk dan agak2 nak mengeras. *jangan keras sangat pulak..
  8. Kemudian, tuangkan lapisan kedua dan biarkan mengeras. Ulang perkara yang sama untuk lapisan ketiga.
  9. Biarkan sejuk di peti ais dan hidangkan.

Jom pelajari aneka >>bun, pau dan pizza dari hotel.

Selamat mencuba resepi Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!