Resepi Puding Warna-Warni Mudah Dan Lazat

Cik tom tengah mood merajinkan diri mencuba resepi dan memasak kuih-muih yang mudah. Kali ini resepi puding warna-warni perasa nescafe yang cik tom buat. Selepas dah buat boleh share resepi buat puding warna-warni yang memang sedap kat blog pulak ek. Mana tahu ada yang rajin nak mencuba juga kan. Tugas memasak bukan hanya untuk perempuan sahaja. Mungkin selepas ini, blogger lelaki boleh cuba untuk memasak pulak untuk isteri. Pasti isteri lagi sayang. hee.. Selamat mencuba kepada kawan-kawan semua.

puding warna-warni sedap dan enak

Bahan A

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
2 cawan gula halus

Bahan B

1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard

Bahan C

1 sudu teh nescafe (boleh cuba perasa lain yang disukai)
1 sudu makan air suam

Bahan D

Pewarna merah dan hijau

Cara membuat puding warna-warni;

1) Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula halus sehingga hancur.

2) Bancuhkan bahan-bahan B.

3) Masukkan bancuhan bahan B dan kacau sehingga sedikit pekat.

4) Asingkan adunan kepada empat mangkuk berlainan.

5) Masukkan bancuhan bahan C (nescafe) ke dalam satu mangkuk.

6) masukkan pewarna hijau ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata.

7) Kemudian masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau sehingga rata.

8 ) Biarkan satu bahagian pada warna asal (kuning kastard)

9) Lapiskan perlahan-lahan adunan Nescafe ke dalam acuan berselang-seli dengan adunan warna merah, hijau dan juga adunan kastard.

10) Biarkan adunan keras sebentar.

11) Sejukkan di dalam peti sejuk dan boleh dipotong.

12) Ok sudah siap untuk dimakan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Resepi Puding Warna-Warni Mudah Dan Lazat

  • April 22, 2011 at 1:28 am
    Permalink

    Assalam…waahhh ciktom memasak.nak sikit boleh?nampak sedap tuu…

    Reply
    • April 22, 2011 at 3:36 pm
      Permalink

      salam adam…boleh la masak sikit2…hehe…boleh2…mai amik rasa..kui3..

      Reply
    • April 22, 2011 at 3:32 pm
      Permalink

      memang sedap..syaf cubalah buat..hee…
      pening main coding pe?
      takpe kl pening stop dulu..nanti mood dah ok baru sambung balik ye…

      Reply
  • April 22, 2011 at 7:57 am
    Permalink

    wahhhh..perasa nescafe ye..dla ni peminum tegar nescafe taw..yum yum..

    Reply
    • April 22, 2011 at 3:23 pm
      Permalink

      owh suka nescafe ye dla…memang sesuailah dla nak cuba buat puding warna-warni perisa nescafe ni..hee

      Reply
    • April 22, 2011 at 3:14 pm
      Permalink

      selamat mencuba…puding ni memang sedap rasanya..dijamin menjadi..hee

      Reply
    • April 22, 2011 at 8:53 pm
      Permalink

      memang mudah je…campur semua warna dan kacau macam buat garisan kasi warna kalerful…jangan campur semua sekaligus..resepi agar-agar pun cik tom ada buat tapi untuk entry autopublish minggu depan pulak sebab cik tom share satu resepi seminggu..hee….

      Reply
    • April 23, 2011 at 10:07 am
      Permalink

      Cikgu Tie selalu gak buat puding nie.
      Suka guna perasa Milo,tak suka nescafe.

      Reply
      • April 23, 2011 at 10:20 am
        Permalink

        cik tom pun xsuka nescafe tapi kat rumah suka nescafe…heehee

        Reply
    • April 23, 2011 at 10:36 am
      Permalink

      boleh try weekend2 ni…dah pilih nama untuk berdotcom?ciktom nak ucap tahniah awal2..hehe

      Reply
  • April 23, 2011 at 11:33 am
    Permalink

    Piwit.. Oh, apatah lagi kalau Cik Tom yang tolong watkan untuk saya.. eh? haha..

    Reply
    • April 23, 2011 at 11:59 am
      Permalink

      hehe..boleh je..meh datang terengganu ye.. ;p

      Reply
  • April 24, 2011 at 8:10 am
    Permalink

    pndai masak ke ni cik tom??leh la kawin pas ni kan??hehee

    bila nak pos tuk achie makanan tu,takkan bgi tgk je?ermmmmm
    Jom baca entri terkini achie …Bukan senang nak buat entryMy Profile

    Reply
    • April 29, 2011 at 3:55 pm
      Permalink

      pandai la share resepi ni..kalau bukan cik tom yang buat cik tom cakap dah dalam entry..hehee

      Reply
  • April 25, 2011 at 9:27 am
    Permalink

    Jadi org perempuan ni kena tahu sikit sebyk masak2 ni. Bila dah kawin lagi la kena selalu masak, tak leh malas2. Kecuali suami bertimbang rasa ajak makan luar hehe
    Jom baca entri terkini MEKAR …Memasak Juga Releven untuk Kanak-KanakMy Profile

    Reply
    • April 29, 2011 at 1:13 pm
      Permalink

      hehehe..tue la akak..belajar masak slow2…kalau yang basic tue dah tahu..kena tambah yang lain..kalau kahwin nanti tak tahu masak teruk jugak kalau suami tak bertimbang rasa..hee

      Reply
  • November 3, 2011 at 3:32 pm
    Permalink

    Kak,bru nk cuba la.,.,.,.,yg agar2 pelangi ni,merah telur tu ape ea?kuning telur ke?n ambil kuning nye shaja ke

    Reply
    • November 12, 2011 at 11:12 am
      Permalink

      yup yunk..merah telur tue means kuning telur…selamat mencuba..sori lambat reply sbb br on9..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE