Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Slot resepi kali ni cik tom nak kongsikan resepi cookies dari ofismate cik tom, yan. Cookies yan buat ni bukan dah kira setanding tapi lagi sedap berbanding cookies famos amos!! Yan bawak satu balang cookies dia kat ofis. Tak sampai 3 hari dah habis kitaorang makan. Tengah-tengah cerita ni pun cik tom rasa terbayang-bayang kesedapan cookies yan yang cair di mulut. Hehe… Nanti balik kampung nak cuba jugak la buat biskut famous amos yan. Nak cuba buat resepi ni kat sini tapi sedih takde oven.

Cookies famous amos yang sedap!
Cookies famous amos yang sedap! (source:nayhoney)

icon newJom belajar menjahit baju kurung tradisional/moden/riau/pahang, baju melayu dan jubah 

Maaf mutu gambar masakan cik tom memang langsung tak setanding dengan blog masakan yang kedaboom cantik dengan angle, lighting dan hiasan yang menarik. Amik gambar pun dari dalam balang. haha.. Al-maklum tuan blog tak berapa nak kreatif bab2 camni. Hehe… Sebenarnya dengan kemahiran mengambil gambar ni boleh menjana income sehingga lima angka. Tak percaya?? Boleh baca pengalaman brother ni>> Pengalaman buat bisnes fotografi.

Cookies famous amos hasil resepi yan
Cookies famous amos hasil air tangan dan resepi yan

Bahan-bahan Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan;

(1 adunan anggaran 100-150 biji*bergantung kepada saiz yang korang bentukkan)

3 cawan butter (125 gram mentega)
5 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
6 sudu besar gula perang
6 sudu besar gula putih
1 sudu esen vanilla
½ sudu kecil bicarbonate
1 biji telur
Chocolate chip/ badam/ gajus secukup rasa

Tips tambahan:

**kalau korang tak nak guna gula perang. korang boleh gantikan 6 sudu besar gula perang tue kepada 3 sudu milo. Then, adjust gula putih dari 6 sudu besar gula putih tue kepada 4 sudu besar gula putih je. (sebab milo dah manis)
**kawan cik tom cerita pengalaman dia pernah buat jugak sekali tue dia gantikan gula perang kepada 6 sudu koko. Tapi bila rasa adunan before bentukkan terpahit sebab terlebih koko. Jadi dia tambah gula untuk cover rasa pahit koko. So, gula putih jadi dalam 10-12 sudu besar.

Cara-cara Membuat Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan;

  1. Masukkan mentega serta gula dan diputar sehingga kembang.
  2. Kemudian campur bicarbonate, esen vanilla serta telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan nestum bersama milo/koko dan gaul lagi.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. *Jangan sampai adunan menjadi keras. nanti biskut korang pun keras)
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chip. *tips untuk elakkan chocolate chip mendap ke bawah semasa dibakar- boleh gaulkan chocolate chip dengan sedikit gandum.
  6. Sudu dan bentukkan adunan cookies di atas loyang. *sapu majerin di atas loyang untuk elakkan cookies melekat pada loyang selepas dibakar….biskut nie kembang so pandai2 bajet nak buat besar mana dan jarakkan ye.
  7. Bakar adunan yang telah dibentuk dengan suhu 180ºC selama 20-30 minit. *nak tahu masak ke tak?..bawah cookies tu agak keperangan sikit.

Senang je rupanya resepi cookies ni ek? Yang tinggal tahap kerajinan yang tinggi untuk bentukkan adunan atas loyang 100++ biji? Boleh berjam je kalau sorang-sorang ni. Hihi.. Terima kasih pada yan sudi berkongsi banyak tips untuk resepi cookies famous amos ni. Yelah orang dah berpengalaman mesti dah tau bila dah banyak kali buat kan.

Kalau korang nak belajar buat cookies dan resepi yang pelbagai jenis lagi dari profesional boleh cuba ke website>>biskut penyet, koleksi resepi biskut raya, belajar buat tart atau boleh belajar buat coklat. Menarik kan??

Selamat mencuba Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE