Resepi Roti Swiss Roll Cheese Mudah dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Hye semua pembaca blog Cik Tom! Kali ni eda nak berkongsi resipi ataupun cara nak buat roti swiss roll cheese. Kepada penggemar-penggemar cheese macam eda ni, mesti suka dengan resipi kali ni. Tak memerlukan bahan-bahan yang rumit atau peralatan yang rumit pun. Roti swiss roll cheese ni boleh di jadikan hidangan untuk breakfast ataupun minum petang bersama keluarga tersayang…

Okay, jom kita geledah dan masuk dapur dan buat roti swiss roll cheese  mudah dan sedap yang ohsem ni!!!

Bahan-bahan untuk resepi roti swiss roll cheese yang kena ada ialah:

  1. Roti
  2. Cheesedale
  3. Sosej
  4. Telur

Senang jekan nak cari bahannya? Jadi……………..

Resepi roti swiss cheese roll
Resepi roti swiss cheese roll

Cara-cara masakan resepi roti swiss roll cheese yang sedap dan semestinya mudah;

1) Potong sosej kepada dua bahangian. Sebenarnya sosej ni atas diri masing-masing. Samaada nak sosej besar tu ataupun kecik je.tapi bagi eda seeloknya potong, sebab masa nak gulung nanti, takla besar sangat dan mudah nak gulung. Lagipun, kalau kita potong dua, jimat sikit.hehe… sebab jadi banyak dan bolehla buat banyak-banyak. Eda beli sosej yang de 10 batang. Jadi kalau potong dua, boleh dapat 20.. jimat..huhu 😀

2) Untuk step kedua, ambil roti dan gelek roti tu sampai jadi nipis.

**Kerak kat tepi tu jangan buang tau. Gelek kuat-kuat sikit kat bahagian kerak tu,nanti dia jadi lembut. Biasanya, eda tengok ramai yang buang kerak roti tu. Membazir je. Gelek pakai gelas pun boleh, pakai kayu roll buat kuih pun lagila boleh. Korang gelek betul-betul tau, sebab nanti bila goreng roti tu akan jadi lembut sangat dan sedap.

3) Step ketiga ni, ambil sekeping cheesedale dan letak tengah atas roti yang dah di gelek tu. Lepas tu ambik sosej yang dah potong dua tu letak atas cheesedale tu.

**Letak satu je ye.. letak tu jangan tengah-tengah sangat, jangan atas sangat..hehe…

4) Step keempat, bolehla mula menggulung roti.

**Masa gulung tu, pastikan kemas-kemas tau, dan tekan-tekan sikit dengan jejari runcing bagi si gadis dan jejari sasa bagi si jejaka..hehe… untuk yang hujung tu, kalau dia dah melekat tak apala tapi kalau tak melekat dan asyik terbuka je, korang boleh sapu dengan telur sikit sebagai gam untuk bagi kemas dan tak terbuka.

5) Dan akhirnya siap!! Korang ulang step atau langkah yang sama untuk roti-roti yang seterusnya sampaila habis roti tu…

Nak belajar buat taufufah dan air soya boleh tengok>> resepi taufufah dan air soya.

Oh ye, Untuk roti, korang beli la roti hiris yang panjang tu. Yang ada banyak, sebab sosejkan ada 20 batang (lepas potong 2). Jadi beli la roti cukup-cukup untuk sosej tu. Tapi kalau tak nak buat banyak pun tak apa. Dan kalau buat banyak lagi bagus. Yang tak nak goreng lagi boleh simpan dalam peti dan goreng untuk hari lain. 😉

Okay, mesti tertanya-tanya telur nak buat apa kan?takkan untuk gam je?? Okay, untuk telur tu, sebenarnya boleh guna untuk menggoreng. Tapi ni atas kesukaan masing-masing. Bagi yang tak suka muak sangat atau swiss roll cheese ni jadi terlalu heavy food. Tak perlu guna telur pun untuk goreng. Bagi yang nak guna telur, sebelum goreng tu, celupkan dalam telur yang dah dipukul dan goreng atas kuali.

Dicadangkan agar goreng atas kuali yang tak melekat tanpa guna minyak tu ye…lagi cantik… untuk yang tak nak guna telur tak apa. Goreng je macam tu, pun sedap jugak tau. Sebab dalam tu dah de rasa best cheese plus sosej tu…nyum..nyum…

Resepi lengkap belajar buat bun, pizza dan pau>> cara buat pau, pizza dan bun.

Tengah menaip ni pun, dah rasa kecur je air liuq…huhu…terbayang-bayang rasa cheese tu..huhu… jadi jangan lupa cuba tau..eda dah buat untuk kakak dan adik-adik dah..diorang memang sukalah…hehe.. siap mintak gorengkan lagi dan lagi… selamat mencuba!!

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

6 thoughts on “Resepi Roti Swiss Roll Cheese Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE