Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat

Assalamualaikum dan salam sayang… Lama pulak rasa tak update resepi masak-masak simple. Budak baru nak belajar memasak kan. huhu.. Ok resepi kali ni khas untuk minum petang bersama suami tercinta. hihi… Baru-baru ni suami cik tom request buat roti telur cheese leleh mudah dan cepat disediakan.

Suami cik tom ni suka benor makan semua menda berkaitan cheese. Salah satu dia bagitau murtabak cheese. First time cik tom dengar murtabak pun di ‘cheese’ kan jugak. Rupanya macam mana? Cik tom pun tak pernah tengok atau rasa lagi. hehe..

Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat

Percubaan: cik tom

Ok jom kita tengok bahan-bahan mudah untuk sediakan roti telur cheese ini ye.

Bahan-bahan mudah roti telur cheese meleleh

6 keping roti
3 keping cheese
2 biji telur
sedikit garam
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat roti telur cheese leleh versi malas

1.Ambil sekeping roti dan letakkan 1 keping cheese di atasnya. Kemudian tutup keduanya dengan sekeping lagi roti.

Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat
Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat

2. Next, sila potong roti tersebut mengikut bentuk yang disukai. Tak nak potong pun takpe jugak. Macam cik tom potong kepada 4 bahagian nak bagi nampak cam bentuk mini sandwich gitu. hihi..

3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam. Pukul telur sehingga kembang.

4. Celup roti yang di potong tadi ke dalam telur yang dah kembang tu.

5. Goreng di atas kuali yang dah dipanaskan dengan sedikit minyak. Nak goreng roti telur cheese ni tak perlu minyak yang terlalu banyak ye. Goreng la ikut suka hati korang. Nak garing, hangus ke atau cukup sekadar telur tu masak. haha…

ps: make sure jangan sampai cheese meleleh kena kuali. dah melekat haru jadinya. hangus. ;p

6. Angkat dan siap untuk dimakan. Nak buat mudah je. Yang tinggal rajin ke tidak nak buat je. hoho..

Suami cik tom cakap patut tak nampak cheese tu kat tepi roti.  Tapi kalau tak nampak camne nak buat resepi roti cheese leleh. hehe…

Resepi berasaskan cheese lain; Resepi cheesekut cara mudah dan sedap

Ok, selamat mencuba resepi roti cheese leleh mudah dan cepat!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Resepi Roti Telur Cheese Leleh Mudah dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE