Post navigation

Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Macam biasa satu resepi masakan cik tom akan cuba share sekali dalam seminggu iaitu setiap hari Jumaat. Resepi masakan sotong masak merah kali ini sesuai untuk bujang mahupun sekeluarga. Cik tom memang suka masukkan tomato ceri dalam masakan bagi penyeri dan penyedap rasa.

Resepi Sotong Masak Merah Tomato

Resepi Sotong Masak Merah Tomato

Bahan-bahan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah:

500 gram sotong (dipotong kecil)
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
5 biji tomato ceri **sebagai hiasan
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara Masakan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.

3. Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk.

5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi.

Selamat mencuba masakan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah :)

********************************************************
klik sini

This entry was posted in resepi by ciktom. Bookmark the permalink.

About ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

92 thoughts on “Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah

  1. tak pernah lagi djdanchef try sotong masak merah ni, slalu buat sotong goreng tepung jek. ada masa nnt nk try. malas nak menyotong beli sotong.. hihi

  2. lama tak jenguk ciktom.. ciktom apa khabar ya… :) btw, sotong masal merah tu peberet deno juga :)