Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Macam biasa satu resepi masakan cik tom akan cuba share sekali dalam seminggu iaitu setiap hari Jumaat. Resepi masakan sotong masak merah kali ini sesuai untuk bujang mahupun sekeluarga. Cik tom memang suka masukkan tomato ceri dalam masakan bagi penyeri dan penyedap rasa.

Resepi Sotong Masak Merah Tomato
Resepi Sotong Masak Merah Tomato

Bahan-bahan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah:

500 gram sotong (dipotong kecil)
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
5 biji tomato ceri **sebagai hiasan
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara Masakan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.

3. Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk.

5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi.

Selamat mencuba masakan Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

92 thoughts on “Resepi Sotong Masak Merah Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!