Resepi Sotong Masak Merah Tomato Mudah dan Sedap

Salam.. Jom kita tengok resepi masakan lain yang cik tom ubahsuai dari sotong masak merah kepada sotong masak merah tomato. Rasanya pedas dan masam2 sikit. So, kali ini cik tom akan share resepi sotong masak merah tomato. Resepi masakan sotong masak merah tomato yang cik tom masak ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti asal korang boleh ubahsuai kuantiti tue ye. Jom cuba resepi sotong masak merah tomato simple yang sesuai untuk bujang dan juga berkeluarga.

sotong masak merah tomato

Bahan-bahan Resepi Sotong Masak Merah TomatoΒ ( untuk 2 orang makan )

4 ekor sotong (dipotong kecil)
1 sudu besar cili boh
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 sudu besar sos tomato
1 biji buah tomato (dipotong empat)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi sotong masak merah tomato;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.

3. Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak sotong sehingga empuk.

5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan sos tomato, buah tomato, garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba resepi sotong masak merah tomato mudah dan sedap πŸ˜‰

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Resepi Sotong Masak Merah Tomato Mudah dan Sedap

    • September 17, 2011 at 12:36 pm
      Permalink

      boleh la masak untuk weekend ni nuru..heee

      Reply
  • September 17, 2011 at 11:21 am
    Permalink

    wah feveret saya tu sotong

    Reply
    • September 17, 2011 at 12:30 pm
      Permalink

      fevret cik tom juga tapi xleh makan byk2 sebab penyakit resdung alahan kat seafood..huk3

      Reply
  • September 17, 2011 at 6:56 pm
    Permalink

    wahhh xpernah lg makin sotong masak tomato πŸ˜€

    Tp sotong fav tu..

    Tgk resepi2 ni rindu lak makan ketam masak cili api. lama x makan πŸ™
    Jom baca entri terkini shah blogger …Fungsi Backlink Nofollow dalam Index SeoMy Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 12:55 pm
      Permalink

      ketam masak cili api memang best tapi duk umah sewa ni memang tak la..tunggu nanti balik rumah mak ayah..hik3

      Reply
  • February 14, 2012 at 11:14 am
    Permalink

    erm..arini pose..pose ganti..hehehe..mcm best je msak stong. nk try msak la, bt bke pose..jmat bjet ckit msak..xsbar rsany.

    Reply
    • February 19, 2012 at 5:47 am
      Permalink

      wah bagusnya puasa ganti…bagus ganti awal2…mmg banyak boleh jimat kalau masak sendiri…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE