Post navigation

Resepi Spaghetti Daging Cara Mudah dan Ringkas

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi spagetthi daging cara mudah dan ringkas. Resepi spagetthi daging ini sesuai untuk satu family anggaran dalam 6-8 orang. Sesekali cuba pula masak resepi western untuk famili. Makanan yang paling sedap ialah masakan yang dimasak oleh air tangan sendiri dan dimakan beramai-ramai bersama famili tersayang. Nak memasak ini tidaklah susah sebenarnya tapi yang penting perlu rajin untuk mencubanya.

Resepi Spagetthi Daging

Resepi Spagetthi Daging

Bahan-bahan Resepi Spagetthi Daging:

1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging kisar (cik tom guna brand Ramly)
1 botol sos spaghetti (cik tom guna brand Kimball yang original)
5 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 biji tomato (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara masakan Resepi Spagetthi Daging:

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi sehingga masak. Kemudian toskan dan letak ditepi kita teruskan untuk masak sos spagetthi pula ye.

2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dan masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi (bukan hangit ;p).

3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak.

4. Masukkan ubi kentang dan tunggu sehingga masak.

5. Masukkan sos spagetthi kimball. Kacau sehingga sebati dan menggelegak.

6. Masukkan tomato dan garam. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Kemudian kacau sehingga rata.

7. Untuk pekatkan lagi boleh tambah sedikit sos cili.

8. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama mee spagetthi.

Selamat mencuba Resepi Spaghetti Daging Cara Mudah dan Ringkas ^_*

********************************************************
klik sini
klik sini

36 thoughts on “Resepi Spaghetti Daging Cara Mudah dan Ringkas

  1. Mlm td saya dinner spagheti jugak. tp cara buatnya lg ringkas..guna sos Prego je & daging kisar Ramly. tmbh garam sikit & air.