Resepi Telur Masak Sayur Kicap Cara Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat masakan telur masak sayur kicap iaitu antara resepi yang cik tom suka masak sebab penyediaan yang mudah. Resepinya cik tom reka sesedap rasa je. Janji mudah, cepat untuk disediakan dan juga menyelerakan untuk dimakan. Faham-faham jelah dah balik kerja mesti letih nak masak pulak. Lebih senang masakan yang simple je. Hehe… Korang boleh ubah kuantiti bahan-bahan mengikut kesesuaian dan selera korang ye nak manis, masin atau nak masukkan sayur jenis apa yang disukai.

Resepi Telur Masak Kicap
Resepi Telur Masak Kicap Sayur

Bahan-bahan Resepi Resepi Telur Masak Sayur Kicap ( untuk 2 orang makan ):

2 biji telur
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos tomato
2 biji cili padi (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil serbuk perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng telur dan menumis

Cara-cara masakan Resepi Telur Masak Sayur Kicap:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur samada satu per satu atau sekaligus (ciktom goreng 2 biji sekaligus). Telur yang telah siap goreng diangkat dan diketepikan.

2.  Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar serta cili merah yang dihiris sehingga naik bau wangi (bukan hangit).

3.  Masukkan kicap, sos tiram,bunga kobis, sedikit air dan kacau sehingga rata..

4.  Masukkan garam dan serbuk perasa. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu (sayur bunga kobis sedap dimakan rangup).

5. Apabila mendidih atau agak-agak bunga kobis empuk, sila tutupkan api.

6. Tuangkan di atas telur goreng tadi.

7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Selamat mencuba Resepi Telur Masak Sayur Kicap ^_^

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Resepi Telur Masak Sayur Kicap Cara Mudah dan Sedap

  • May 5, 2012 at 1:42 am
    Permalink

    Kalau akk telur tu suka di buat goreng mata kerbau saja .. apa pun suka telur .. yeaaa

    Reply
  • May 5, 2012 at 9:57 am
    Permalink

    hok sempoi gini kome suka 🙂

    Reply
  • May 5, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    sedapnya…lapo lah pulak…

    Reply
  • May 5, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    suka telur dadar
    tapi nampak gaya macam ni pun ok jugak ni

    Reply
  • May 5, 2012 at 12:17 pm
    Permalink

    Sedap telur, Azie selalu buat sayur sawi putih mix telur memang lazat dan disukai hubby.

    Reply
  • May 5, 2012 at 3:32 pm
    Permalink

    saya suka makanan ni, dah lama x makan, tp saya tahu ianya memang sedap

    Reply
  • May 5, 2012 at 6:12 pm
    Permalink

    masakan orang bujang la nih.haha..

    Reply
  • May 5, 2012 at 6:30 pm
    Permalink

    saya suka telur masak kicap yang berkuah dan ada kacang peas. 🙂

    Reply
  • May 10, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    lau xbubuh sos tomato xpe ke ganti dgn sos cili je

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!