Resepi tortilla ala twister KFC Shida

Hi dear!!  Resepi tortilla ala twister KFC kali ni pun hasil air tangan Shida. Penyediaannya memang mudah dan cepat untuk disediakan sebagai sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah. Kira sarapan tortilla ala twister KFC ni memang ni menu sarapan agak sihat compare korang makan yang KFC punya. Lagi2 kalau korang masak semua ni guna kuali nonstcik tanpa minyak dan banyakkan sayuran.

Resepi tortilla ala twister KFC
Resepi tortilla ala twister KFC

Kalau beli kat pasar satu tortilla ni mau RM4.Kos buat sendiri maybe dalam RM1-RM2. Wrap tu harga RM6++ada 8 keping. Jimat pun jimat bawak bekal. Kalau nak cari idea untuk bisnes dari rumah pun boleh meniaga tortilla ni depan umah. Confirm laku sebab tak semua rajin/ tak sempat nak buat kan walaupun mudah je.

Bahan-bahan Resepi tortilla ala twister KFC Shida

1 keping wrap ( recommend guna wraps wholegrain brand Mission)
1 keping ham (dimasak)
1 biji telur (digoreng flat nipis)
1 keping daun salad
½ biji Tomato
Sos cili
Mayonis

Cara-cara masakan Resepi tortila ala twister KFC Shida

  1. Panaskan wrap di atas kuali. Sekejap je untuk panaskan sebab wrap ni dah masak pun. Nak makan camtu pun boleh.
  2. Kemudian letak wrap di atas pinggan dan mula susun telur yang telah digoreng, salad, tomato dan ham.
  3. Letakkan sos cili dan mayonis secukup rasa. Kemudian gulung wrap tersebut.
  4. Sedia untuk dimakan.

Korang boleh pelbagaikan inti wrap ala twister KFC ni. Nak guna ayam goreng potong kecik2 tu ke? Daging burger,sosej? Ikut kreativiti dan selera mulut masing-masing ye.

Cik tom suka buat tortilla ni sebab bagus untuk diet. Penyediaannya pun mudah. Selamat mencuba Resepi tortilla ala twister KFC Shida!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

15 thoughts on “Resepi tortilla ala twister KFC Shida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE