Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Hari ini kita masak resepi masak udang pula ye. hee.. Bagi cik tom, udang lagi sedap masak merah tapi apa salahnya sekali sekala cik tom ubah selera buat menu udang masak lada hitam atau black pepper. Pada yang dah pro memasak harap jangan gelak dengan segala resepi yang cik tom share dalam blog ini. Sebab cik tom masih belajar memasak dan suka cuba resepi baru.

Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah
Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah

Bahan-bahan Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah:

500 gram udang
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1/2 labu bwg besar (dihiris)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara Masakan Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau harum.

2. Masukkan udang, lada hitam dan kacau rata.

3. Tutup kuali seketika untuk pastikan udang masak.

4. Masukkan garam, bawang besar dan kacau sekali lagi.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Resepi Udang Masak Black Pepper Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!