Review Blog Ronaldmohoni.Com

Cik tom nak join contest review dari blogger nal owner blog Ronaldmohoni.Com. Cik tom nak review ni bukanlah bermakna blog cik tom dah hebat ye. Blog cik tom pun masih banyak kekurangan perlu dibaiki. Sekadar join meriahkan contest kawan blogger dan share pandangan sesama blogger untuk kebaikan bersama. Eh melalut pulak. Hee..

Blogger Ronaldmohoni @ Nal
Blogger Ronaldmohoni @ Nal

Ok back to the point. Cik tom nak perkenalkan secara ringkas tentang owner blog Ronaldmohoni.Com. Nama diberi Ronald Mohoni aka Ron yang turut lebih mesra dikenali sebagai Nal. Nal berasal dari negeri Sabah di bawah bayu. Nal mula menulis di blog sejak 2008 di blog Mediakini. Tapi untuk blog Ronaldmohoni.Com bermula pada November 2010. Nal sangat meminati dunia blogging dan bercita-cita menjadi Fulltime Blogger dan Usahawan Internet. Mempunyai beberapa buah blog yang cik tom sendiri pun tak pasti jumlah blognya. Tapi rasanya banyak sebab nal ni rajin orangnya.

Blog Ronaldmohoni.Com
Blog Ronaldmohoni.Com

Pada pendapat cik tom, theme blog nal sekarang menarik dengan berlatarkan warna biru dan putih. Blog pun laju untuk diakses masuk dan jelas mudah untuk dibaca. Memang seorang blogger yang pandai mengoptimumkan kelajuan loading blog. Apa yang paling utama cik tom tertarik pada blog Nal ialah cara penyampaian dalam setiap entry Nal yang santai, ringkas tapi padat dengan isi penting. Sebab ada sesetengah blog yang entry panjang tapi takde point penting dan banyak melalut. Cik tom masih belajar nak buat entry ringkas dan tidak membosankan.

Antara entry yang best under category “sains dan teknologi” yang banyak share mengenai gadget terkini dan sensasi. Selain itu, kisah Nal yang tak putus dapat buffered earning dan pandai menjana pendapatan dari blog. Sehingga ke hari ini, blog nal dah peroleh 6 BE pada tahun 2012. Tips2 blogging yang diberikan oleh Nal juga menarik untuk dipelajari dari seorang blogger yang berpengalaman menulis blog. Nal memang banyak pengalaman blog antaranya blog pernah digodam seperti dalam entry; Kisah Penulis Blog Dan Ronaldmohoni.

Sedikit cadangan penambahbaikan buat Nal iaitu pertamanya masukkan header ke dalam blog. Bagi cik tom header ini memang mainkan penting kerana bagi first impression pada pelawat yang singgah ke blog untuk menilai sesuatu blog. Kedua cik tom cadangkan Nal masukkan related post ke dalam blog. Related post salah satu tips untuk menaikkan lagi trafik pageview di blog. Kerana 80% pelawat akan tertarik klik untuk tahu lanjut mengenai sesuatu entry yang berkaitan. Last yang ketiga, sekarang blog Nal paparkan 10 blog post entry pada homepage blog. Sebaiknya maximun 5 post entry pada homepage supaya susunan blog nampak lagi teratur dan tidak perlu scroll panjang untuk ke footer.

Ini serba sedikit review tulus dari cik tom. Ini hanya review dan cadangan dari pandangan mata cik tom dan tidak semestinya betul pada pandangan lain. Semoga blog Blog Ronaldmohoni.Com terus sukses dalam dunia blogging!

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com,ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Com”

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

33 thoughts on “Review Blog Ronaldmohoni.Com

  • May 19, 2012 at 1:38 pm
    Permalink

    fulamak! bagusnya dapat 6 BE dalam tahun 2012 ni…
    sy 1 je BE

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:21 pm
      Permalink

      dah masuk 7 be dah pun..cik tom satu pun xde be tahun ni..huk3..

      Reply
      • May 20, 2012 at 11:36 am
        Permalink

        kena mintak tips dari dia ni./

        Reply
        • May 22, 2012 at 12:50 pm
          Permalink

          boleh cuba mintak tips dr nal..mmg byk dpt income dr blog.

  • May 19, 2012 at 1:38 pm
    Permalink

    Terima kasih cik tom, good luck 🙂

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:20 pm
      Permalink

      bro azman lagi pandai dan pro..ciktom budak baru belajar…hee

      Reply
  • May 19, 2012 at 2:01 pm
    Permalink

    setat dah dia..setat dahh..hehe..

    Reply
  • May 19, 2012 at 2:26 pm
    Permalink

    segan nak review blog blogger2 hebat ni..
    rasa kecil je..heheheh

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:19 pm
      Permalink

      eleh akak…akak lagi hebat..ciktom memang salute akak…salah seorang blogger yang cik tom kagum..

      Reply
  • May 19, 2012 at 3:25 pm
    Permalink

    6 be tu yg dsyt..hbat2 🙂

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:18 pm
      Permalink

      dengarnya dah masuk 7 be..memang dahsyat dan hebat..

      Reply
  • May 19, 2012 at 6:09 pm
    Permalink

    Owner dia pun kacak. Semoga dapat sesuatu dari contest ini ye Cik Tom. Saya dah lama tak join mana-mana contest ;(

    Reply
    • May 19, 2012 at 9:17 pm
      Permalink

      memang kacak..thanks nizam..kalau camtu jomlah join contest ni..asah skill join contest..hee

      Reply
  • May 20, 2012 at 12:12 am
    Permalink

    good luck, teringat plak ramai sruh aku letak header, tp tak pndai sgt buat ha2

    Reply
    • May 22, 2012 at 1:45 pm
      Permalink

      buat je yang simple2..header blog cik tom simple je buat sendiri..he

      Reply
    • May 22, 2012 at 1:31 pm
      Permalink

      cik tom xlayak nak review blog PH yang mmg dah hebat..lainlah kalau review pertandingan ok juga..kalau tiba2 nak review mmg tidaklah sbb still blogger picisan..

      Reply
  • May 20, 2012 at 12:24 pm
    Permalink

    good luck kita belum mula lagi,,serba tak tahu heee

    Reply
    • May 22, 2012 at 12:38 pm
      Permalink

      review je tulus dari hati dan pandangan suri..

      Reply
  • May 21, 2012 at 9:25 pm
    Permalink

    penting ye header nih…tapi macam mana nak buat header lawa-lawa..tak tercapai lagi kemampuan

    Reply
    • May 22, 2012 at 11:34 am
      Permalink

      penting juga..tapi ramai juga blogger hebat xde header..tp spnjg berblog blh kt header main peranan juga..pernah header cik tom buat buruk teruk kena hentam..bila bt cntk ramai yg puji suka..pelawat yg singgah pn tertarik..

      Reply
  • May 22, 2012 at 11:13 pm
    Permalink

    wahh..cik tom pun dah masukk…tak boleh jadi nih..hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!