Review Domain dan Hosting NetKL Servis Terbaik!

Alhamdulillah blog cik tom dah ber hosting dan domain genap setahun pada bulan lepas 4/4/12. Kisah cinta cik tom bersama NetKL ni dah lama juga bermula 22/11/10 cik tom mula berdomain dari tomatogurlslife.blogspot.com (panjang giler url!) ke ciktom.com (best pendek je kan!). Masa tue harga domain RM31.60+RM3 (minta netKL setupkan segala setting domain ke blogspot)= RM34.60. Sekarang harga baru domain di NetKL bermula 15/1/2012 ialah berharga RM35+RM3 (untuk pemasangan)=RM38.

Best sangat ke servis hosting NetKL ni??

Menipulah kalau dari awal cik tom cakap semua perkara puas hati dengan NetKL kan. Setiap perkara mesti ada pro and kontranya kan. Macam biasalah kalau bercinta mesti pernah gaduh, ada perkara yang tak puas hati. Contohnya blog cik tom pernah kena resource overlimit oleh sebab penggunaan blog lain yang sama share server yang tinggi. Tapi alhamdulillah perkara tue dah pihak NetKL setelkan. Layanan servis NetKL memang tip top, pandai memujuk menyebabkan cik tom cair untuk terus setia renew lagi dengan NetKL. Setiap kali ada masalah dan cik tom mula merajuk. Macam biasa pihak NetKL memang cepat diorang respon selesaikan segala pertanyaan dan perbaiki servis. Tips terbaik jangan segan2 guna segala khidmat diorang ye. Malu bertanya sesat jalan!!

Mana lagi untung, beli domain je atau hosting??

Kalau beli hosting akan automatik percuma 1 domain. Contoh pakej hosting paling murah RM60. Beli domain je harga RM35. Beza harga beli hosting dan domain hanya RM22 (RM60 – RM38= RM22). Kesimpulan lagi untung beli hosting terus! Bagi yang tak tahu pasal hosting jangan bimbang sebab pihak NetKL sediakan khidmat percuma setupkan dan import segala entry dari blogspot ke wordpress. Kalau cakap tak pandai hosting?? Berlambak-lambak tutorial wordpress dari kujie, arifshah, denaihati dan ramai lagi. Yang penting ada usaha untuk belajar!!

Mahal ke kalau beli hosting dan domain sendiri??

Sebenarnya tak mahal pun. Ada pelbagai pakej dan berlainan harganya. Kalau pakej MySilver berharga RM60 setahun, myGold RM100 setahun dan MyPlatinum RM200 setahun.

Contoh kalau ambil pakej plan MySilver yang bernilai RM100 setahun.
Kalau kira RM100 ÷ 12 bulan = RM8.33/bulan
RM8.33 ÷ 30 hari = RM0.28/hari.-zhazmi

Bagi cik tom murah. Setiap hari menabung 30 sen sehari dalam tabung besi selama setahun sampai next payment untuk hosting. Tak payah pening-pening. Untung beriklan lebih dari tue boleh dapat kan.

Cik tom guna pakej hosting mana??

Sebelum ini blog cik tom guna pakej hosting myPlatinum yang cik tom menang affiliate NetKL pada 4/4/2011. Tapi baru-baru ini cik tom just renew guna plan myGold sebab tengok bandwith dan disk space blog ciktom guna tiap2 bulan still under limit untuk plan myGold selepas berunding dengan pihak NetKL.

Ramai ke blogger yang guna NetKL ni??

Cuba tengok kat bawah dah berapa ramai yang sign up under cik tom? Total signup dah 58 orang. Itu pun ada juga yang bagitahu sign up under cik tom tapi tak termasuk pun dalam record. Tapi takpelah bukti dah menunjukkan memang ramai blogger yang berdomain dan hosting dengan NetKL. Jadi korang bila lagi?? Masih teragak-agak?? Nak fikir lagi??

Pelanggan NetKL
Pelanggan NetKL

Sebelum nak tanya soalan lain lagi. Korang sila baca dulu artikel berkaitan domain dan hosting yang pernah cik tom share iaitu;

1. Domain Di NETKL Terbaik
2. Kelebihan Domain Berbayar
3. Tips Pemilihan Nama Domain
4. Apa itu Domain, Hosting dan Perbezaannya

Macam mana cara nak beli domain dan hosting??

Korang just follow je step yang dah disediakan oleh NetKL untuk beli domain dan hosting. Cik tom nak buat tutorial tapi malas asyik busy. Kalau nak beli boleh klik banner dibawah ye. Harap korang boleh beli under affiliate cik tom dengan klik pada banner di bawah;


ATAU

klik >>BELI DOMAIN DAN HOSTING NETKL<<

Kalau ada pertanyaan simple2 boleh email cik tom selagi termampu utk jawab; tomatogurl86@gmail.com. (jangan cari email ini di facebook sebab facebook tue adik bongsu cik tom punya. dia dah marah cik tom sebab ramai add dia tegur cik tom. hahaha ;D) Kalau soalan advance terus tanya pihak NetKL ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

27 thoughts on “Review Domain dan Hosting NetKL Servis Terbaik!

  • May 4, 2012 at 12:18 am
    Permalink

    domain SJ pon dari NETKL…

    Reply
  • May 4, 2012 at 1:25 am
    Permalink

    sy dah bnyk kali guna servis netkl ni,memang terbaik ciktom..3 blog tu cuma mampu pakai domain je tanpa hosting,tak reti la pakai wp..sampai skg tak reti..ermmmm

    #ada tlong 3,4 blogger pasang domain,netkl memang pantas buat keja..

    Reply
  • May 4, 2012 at 7:09 am
    Permalink

    wah..lumayan gak jadi affliate ni..untung ciktom…

    Reply
  • May 4, 2012 at 9:08 am
    Permalink

    Nak guna webhosting ni perlu pertimbangkan banyak perkara. Salah percaturan menyesal belakang hari. Jadi setuju sangat bab “malu bertanya sesat jalan” tu..

    Reply
  • May 4, 2012 at 9:35 am
    Permalink

    Saya guna netkl..dah terfikir nak tukar plan gold…bandwidth selalu habis cepat he3..

    Reply
  • May 4, 2012 at 9:51 am
    Permalink

    aku pakai surf7 je…free… hehe but i think klu ramai yg pakai netkl ni maknanya bagusla tu servis dia ek…sbb yg penting servis… tul tak?

    Reply
  • May 4, 2012 at 10:57 am
    Permalink

    Saya lama dah dengan NetKL sejak dari tahun 2008. Cuma sekali ada masalah ketika penghunjung 2011 tetapi perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan sekali.

    Belum ada lagi yang sign up affliate seperti CikTom. 🙂

    Reply
  • May 4, 2012 at 11:26 am
    Permalink

    sudah lama berhasrat nak ada hosting…
    tapi bila masanya nak ada..
    eheheee

    Reply
  • May 4, 2012 at 12:25 pm
    Permalink

    Tehramuan guna netkl gak
    Tak ada masalah besar setakat ni
    Ok je

    Reply
  • May 4, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    salam..

    baru je start aktif berblog balik. tp just update entri, nak BB ni dh malas kecuali kalau ada angin rajin..

    haha

    Reply
  • May 4, 2012 at 1:15 pm
    Permalink

    Servis NetKL memang bagus dari segi nk email dkat dia. hehe (:

    Reply
  • May 4, 2012 at 2:29 pm
    Permalink

    Info yang amat bagus ..

    saya pun guna netkl (terbaik dri ladang)

    Happy Blogging Cik Tom

    Reply
  • May 4, 2012 at 2:57 pm
    Permalink

    dah 2 tahun lebih guna asyik ada masalh jer..setakakt pemerhatian sy dia berada di tgh2 nak kata bagus tak juga heee..

    Reply
    • May 12, 2012 at 11:07 am
      Permalink

      bagi ciktom servis netkl terbaik dr segi support admin..segala masalah yg diajukan akan dijawab n diselesaikan dgn kadar segera..

      Reply
  • May 4, 2012 at 3:12 pm
    Permalink

    wahh, orang kuat netkl ni..

    Reply
  • May 4, 2012 at 4:03 pm
    Permalink

    teringin jugak nak ada domain sendiri..tp nak update blog pon husna malas..hak3..:D

    Reply
  • May 4, 2012 at 5:12 pm
    Permalink

    review terbaik lah cik tom.

    Reply
  • May 4, 2012 at 5:12 pm
    Permalink

    tak mampu lg la nak guna domain sendir,.hihih.

    Reply
  • May 4, 2012 at 5:51 pm
    Permalink

    setakat ni kak pakai 2 pihak hosting yang berlainan…. fivio dgn netkl.. satu blog personal, lg 1 blog bisnes… dua2 ada pro n kontranya…. 🙂

    Reply
  • May 4, 2012 at 8:36 pm
    Permalink

    tak pernah lagi cuba hosting netkl, tapi domain dari netkl 😀

    Reply
  • May 4, 2012 at 11:15 pm
    Permalink

    adeehh rasa macam termakan je hasutan
    nak tukar NetKL la pulak hehheeh

    Reply
  • May 6, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    thanks utk backlink cik tom 😀
    hehe.. mmg tip top servis netkl ni, slame pkai hosting ni.. skali je ada server maintainence tu pun 30 minit je..

    Reply
  • May 12, 2012 at 9:54 am
    Permalink

    setelah ekonomi melecet, saya transfer daripada hostgator ke jomhosting…. bila dah boleh maintain semula, nak ambik HG lagi sekali…. huuhuhuhu

    Reply
  • January 12, 2013 at 1:19 pm
    Permalink

    memang ada cadang nak tuka domain pon, tapi tak tahu mana yang terbaik, denga2, netkl.. ramai pakai netkl, so maybe akan pakai domain netkl jugak kowt.. hihi.. thanks 4 informations.. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!