Review Novel “Aku, Dia & Coklat”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Ini ialah review novel ketiga yang saya share di dalam blog kakak saya. Novel ini berkaitan COKLAT! Pasti semua sukakan coklat kan?? Kakak, cik tom pun suka sangat buat kek coklat. Adik ika pula suka minta kakak buatkan kek coklat bila ada jamuan akhir tahun sekolah atau birthday.

Review Novel “Aku, Dia & Coklat”
Review Novel “Aku, Dia & Coklat”

AKU, DIA & COKLAT

Penulis: LILY HASLINA NASIR (Terbitan PTS Litera)

Harga: RM16.00 (SM) & RM18.00 (S/S)

Muka surat: 309 m/s 

Review Novel “Aku, Dia & Coklat”

Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik, jangan makan coklat. Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.

Sang jejaka idaman, si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan menguyah tomato atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima sendawa!

Hati Zaza mahukan coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan blog ibu Fariz, Puan Faridah?

Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?

*****************************************************************

Sebuah cerita yang di tulis dengan penceritaan yang menarik dan ringan. Ianya sesuai di baca oleh semua kelompok. Tapi lebih sesuai untuk adik-adik sekolah rendah dan menengah. Novel ini tidaklah sarat dengan kisah pencintaan yang sememangnya tidak sesuai untuk adik-adik. Jadi, jika ada kakak-kakak yang ingin mencari hadiah untuk adik-adik, buku ini memang menarik dan sesuai untuk di jadikan hadiah. Selamat membeli & membaca!!

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

9 thoughts on “Review Novel “Aku, Dia & Coklat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE