Review Novel Aku, Dia & Drama Queen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Pertama kali melihat novel ni eda tertarik dengan covernya yang cantik dan tajuk novel yang menarik. Terus tertarik untuk beli novel ini buat adik tersayang, Zulaikha.

NOVEL: AKU, DIA & DRAMA QUEEN

Penulis: LILY HASLINA NASIR (Terbitan PTS Litera)

Harga: RM17.90 (SM) & RM19.90 (S/S)

Muka surat: 319 m/s 

Review Novel Aku, Dia & Drama Queen

Sindrom resdung dan sinus menyerang zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacumm sana.. hacumm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk atau debu di rumah.

Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila punya rakan sebilik baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.

Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.

Kali ini penulis memilih judul AKU DIA & DRAMA QUEEN  kerana Zaza berdepan dengan masalah rakan baru yang suka tunjuk pandai, berlagak hebat dan sentiasa perasan ‘bagus’ sehingga menyusahkan orang lain. Cerita ini mengisarkan Zaza yang mendapat rakan sebilik yang kononnya tidak begitu serasi tinggal di rumah sewa mereka. Alkisah, rakan sebilik Zaza yang bernama Adibah ini pernah menuntut di Universiti of Machigan, Amerika Syarikat. Atas sebab-sebab tertentu, Adibah terpaksa kembali ke Malaysia dan menyambung pengajiannya di kolej Zaza.

Bermulalah adegan-adegan yang tidak sanggup dibayangkan oleh adik-adik serta pembaca sebaik sahaja Adibah berkongsi bilik tidur dengan Zaza. Adibah bongkaknya asyik merungut dan membandingkan kehidupannya sewaktu di luar negara. Konon dia alergi tinggal bersama Zaza, Puteri Rania, Khadijah dan Insyirah. Tidak fasal-fasal Adibah mendapat gelaran baru ; Diva & Drama Queen. Disebabkan itu juga, dia sangat serasi bersahabat dengan musuh ketat Zaza iaitu Asyikin dan Maliz.

Jadi, pasti pembaca semua ingin tahu kesudahan kisah ini bukan? Apakah rahsia di sebalik gadis bernama Adibah ini? Dan adakah dia akan berubah dengan sikap sombongnya itu? Jangan lupa dapatkan buku ini! Juga boleh di jadikan hadiah untuk adik-adik dan kawan-kawan.

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

24 thoughts on “Review Novel Aku, Dia & Drama Queen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!