Review Novel “Akulah Cinderella”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Saya “eda rushdi” ialah penulis baru di blog ciktom.com yang akan menulis post entry mengenai review novel-novel yang pernah saya baca. Idea penulisan review novel ini hasil idea asal kakak saya, cik tom selepas melihat minat saya yang mendalam dalam membaca dan mengumpul koleksi novel. Novel pertama yang akan saya review ialah novel “Akulah Cinderella”. Ini ialah novel hadiah dari kakak saya bersempena birthday saya.

Review Novel “Akulah Cinderella”

Review Novel “Akulah Cinderella”
Review Novel “Akulah Cinderella”

AKULAH CINDERELLA

Penulis: NOZI DANISYA (Terbitan Kaki Novel)

~Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.~

Harga: RM18 (SM) & RM21 (S/S)

Muka surat: 376 m/s

Sinopsis Ringkas Novel “Akulah Cinderella”:

Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehinggalah dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus diantara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.

“Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?”

“Oi pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik!”

Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu.

Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkan mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.

Secara keseluruhan, rating saya berikan bagi novel “Akulah Cinderella” ialah 3 dari 5 (3/5). Pendapat saya pada sesiapa yang suka scene pasangan kekasih bertengkar memang pasti akan sukakan novel ini sebab nampak cam couple sweet je. Cuma bagi saya sebab terlampau banyak scene bertengkar so rasa agak bosan. Maaf ye ni hanyalah pendapat peribadi saya dan mungkin berbeza minat dengan orang lain yang membacanya.

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

18 thoughts on “Review Novel “Akulah Cinderella”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE