Review Novel “Cik Bunga dan Encik Sombong”

Assalamualaikum w.b.t..
Hello semua ^_^

Okay, entry kali ni saya nak share pasal satu novel ni. Tajuknya Cik Bunga dan Encik Sombong :).. jom baca review pasal novel ni..

Review Novel
Review Novel “Cik Bunga dan Encik Sombong”

Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis: Airisz
~”Untuk hidup berdua, haruslah setia….”~
Terbitan: Karya Seni
Harga: RM22 (SM) & RM25 (S/S)
Muka surat: 592 m/s

Okay, tajuk novel dan cover novel ni nampak unikkan? Bagi saya la, jalan cerita ni nampak unik sikit dari novel yang pernah saya baca.. tapi sebelum saya cerita panjang, jom baca sinopsis novel ni dulu.. 🙂

Sinopsis Novel “Cik Bunga dan Encik Sombong”

Aku? aku Intan Asnidar. mana cantikpun. kulit pun ala-ala hangus. kerja kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? dia memang segak. nama dia pun sedap, Harris Isqandar. kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. kulit dia putih sampai mak ingat aku dah bawak balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. tapi paling terkejut bila dia cakap, “okey Intan, mulai sekarang awak adalah tunang dan bakal isteri saya. sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal jadi suami isteri. suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! aku pun tak nak jadi menantu dia. tak berminat langsung. tapi sungguhkah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak kemana. tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik Harris Isqandar?

_______________________________________

Review Novel “Cik Bunga dan Encik Sombong”

Okay..macam mana?nampak macam sedap tak?hehe.. cerita ni sweetla jugak sebab kisah bercinta lepas kahwin kan..tapi bagi saya lain sikit. Jalan cerita ni mungkin lebih kurang sama dengan yang lain sebab konflik menantu dengan mak mertua yang mementingkan darjat. Almaklumlah, cik bunga je kot Intan ni.

Tapi cerita ni best sebab, Intan seorang yang sangat kuat. dia tak cepat melatah dan menyerah. biasa sesetengah novel, jalan cerita sebijik macam drama indon. Selalu mengalah dan percaya hasutan. then orang jahat sentiasa buli kaw-kaw..huh..boring jalan cerita macam tu..macam perempuan ni lemah sangat.. dalam novel ni, Intan sentiasa kuat hadapi Datin Nora,mak mertua dia yang gila darjat ni dan si gedik Erny bekas tunang Harris. Datin Nora ni selalu ganggu Intan sebab nak suruh Intan tinggalkan Harris dan Harris akan kahwin dengan Erny..

haha..dalam novel ni pun ada scene mak mertua tarik tudung and rambut Intan..dan scene Harris tarik rambut Erny sebab marah sangat.dan scene tampar menampar antara Erny dan Intan.. serius, sambil baca pun dah boleh bayang..haha.. tapi Intan memang a very strong person. even dia selalu kena maki dan hasut dek mak mertua dan si gedik tu, dia tetap kuat dan percayakan suami dia. she really good in manage the situation around her. lagipun, siapa tak sayang suami dan rumah tangga?so dia tak pernah mengalah. dan Harris dalam cerita ni pun, watak dia sangat matang dan pandai manage masalah jugak.

Harris ni memang protect giler isteri dia. tapi dia ni tak pandai nak luah perasaan sayang dia kat Intan..kesian Intan duk tunggu Harris luah..dapat ke dia luah?macam mana?ha..baca sendiri..huhu.. dan Harris jugak dah merancang something yang istimewa untuk isteri dia ni..tapi dapat ke dia bagi benda istimewa tu kat Intan?sebab Harris terlibat dengan kemalangan semasa drive sorang-sorang dengan kereta Intan..aish.. 🙁 kenapa boleh kemalangan?

Tapi yang pasti cerita ni santai dan tak banyak konflik.and cerita ni bila baca rasa indah je..sebab ianya berlatarkan keindahan sawah padi dan suasana kampung yang nyaman.. So, kalau sesiapa yang berkesempatan ke kedai buku dan nak cari novel tu, carilah novel ni ye.. sedap dan terbaik baq hang!!hehe..

wassalam..

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

10 thoughts on “Review Novel “Cik Bunga dan Encik Sombong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE