Review Novel “The Wedding Breaker”

Assalamualaikum w.b.t
Hello semua..

Apa khabar semua pengunjung blog cik tom[dot]com? Hari ni eda nak update satu novel yang dah diadaptasikan menjadi drama. Drama ni dah pun di tayangkan di televisyen. Novel “The Wedding Breaker” atau pun nama baru dalam drama iaitu “Ariana Rose”.

Review Novel
Review Novel “The Wedding Breaker”

The Wedding Breaker
Penulis: Evelyn Rose
~“Selangkah engkau menghampiri aku, seribu langkah akan aku mendekatimu…..”~
Harga: RM25 (SM) & RM28 (S/S)
Terbitan: Karya Seni
Muka surat: 642 m/s

Drama ni dah pun mula di tayangkan bermula 30 Disember 2013 di slot Akasia TV3 dari pukul 7 malam hingga pukul 8 malam. Semestinya drama yang baru ini akan mempunyai peminat yang ramai kerana ceritanya yang best dan heronya yang hensem. Sebelum saya review dengan lebih lanjut mengenai novel ni, jom layan dulu sinopsis novel ni..

Sinopsis Novel “The Wedding Breaker”

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar.”- Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugaklah, reputasi dan status bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuan dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah..just talking to the lizard. See…there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you.. I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my hubby boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

Satu aje kesalahan awak, Ariana… Awak dah curi hati saya.”-Tengku Adam Kamil

Review Novel “The Wedding Breaker”

Okay, macam mana dengan sinopsis cerita dia? boleh agak tak cerita dia macam mana? Novel “The Wedding Breaker” (TWB) ni memang best sangat. Jalan cerita yang sweet dan menarik. Permulaan cerita ni adalah mengenai konflik antara Ariana Rose dan Tengku Adam. Mesti korang akan tertanya-tanya siapa Ariana Rose? Apa yang dah terjadi masa majlis perkahwinan Tengku Adam dan apa rahsia besar mengenai Tengku Adam?

Tapi even jalan cerita dia ada banyak persoalan yang perlu di rungkai, isi cerita novel ni masih lagi menarik. Dan bagi peminat novel yang suka sweet-sweet tu, elok sangatla anda baca novel ni. Memang banyak sangat sweet-sweet.

Novel ni jugak banyak pengisian tentang agama. Sebab dalam cerita ni akan ada mengenai perjalanan Tengku Adam yang mencari cinta Ilahi yang memang dah lama dia tinggalkan. Banyak hadis-hadis dan pasal agama yang di selitkan dalam cerita ni. Dalam kita membaca dan bersweet-sweet, dapat jugak berkongsi ilmu agama dalam novel ni. Yang pastinya, jalan cerita novel ni memang tak akan menghampakan. Endingnya juga santai dan menarik.

Membaca novel ini pastinya buat anda berangan-angan..huhu.. banyak tempat-tempat menarik yang di paparkan dan gambarannya membuatkan kita teruja untuk berada di sana. Watak-watak dalam novel ini mempunyai character masing-masing.

Watak utama sudah tentu Tengku Adam, seorang playboy malaya dan prince charming idaman gadis malaya kerana muka yang kacak dan seorang yang kaya raya. Dia juga seorang yang sangat panas baran dan bertindak mengikut nafsu. Manakala Ariana Rose, seorang gadis yang misteri dan banyak menyembunyikan identiti diri yang sebenar dari semua orang. Dan Ariana Rose juga adalah seorang yang sangat manja dan mempunyai personaliti yang sempurna.

Jadi,nak tau apa kesudahan dan perjalanan cerita ni? Jangan lupa dapatkan novel yang sememangnya meletop dan best ni. Mesti tak rugilah kalau beli. Kalau dah baca tu, mohon jaga tingkah laku..haha..sebab bila baca memang tak lekangla senyuman di bibir. Takut nanti orang ingat kita tak betul pulak senyum sorang-sorang baca novel ni..huhu

Wassalam..

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

5 thoughts on “Review Novel “The Wedding Breaker”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE