Review Pengalaman Menggunakan CoolHijab Untuk Masalah Rambut

Assalamualaikum dan salam sayang… Korang ingat lagi tak tips penjagaan rambut bagi yang berhijab cik tom pernah share sebelum ni? Pada akhir tips tu cik tom ada bagitau tengah cuba satu produk kan? Produk apa tu? Produk tersebut ialah Coolhijab.

Korang pernah dengar tak pasal CoolHijab?

Produk coolhijab terbaik

CoolHijab ni sejenis serum rambut yang banyak membantu wanita berhijab dalam menjaga rambut walaupun berhijab tau! Tapiii.. CoolHijab ni bukan sesuai untuk yang berhijab je, yang tak berhijab pun boleh pakai jugak ye. Lelaki pun bolehhh..

Review Pengalaman Cik Tom Menggunakan CoolHijab

Alhamdulillah cik tom dah pakai CoolHijab hampir dua minggu memang superbest! Bukan ayat bodek ke apa tau. Tapi kali pertama cik tom guna dan sapu kepala terus jatuh hati. Hehe..

cik tom review pengalaman mengunakan coolhijab

Cik tom jatuh hati dengan bau CoolHijab yang wangi dan lembut. Lagi best lepas sapu je tue terus pakai tudung kan nak keluar pagi tue kan. Bukak tudung nak solat tengahari tu, bau wangi masih melekat sampai kawan pun tegur wanginya pakai perfume apa kat rambut? ehemm..

Jadi sekarang cik tom takde dah risau kalau2 ada bau kepam ke kepala bila bukak anak tudung. Yelah sebab kadang2 bila siap2 nak keluarkan tue kan rambut tak kering betul terus cik tom sarung tudung. Kalau seharian lembap rambutnya boleh berbau. Nak jalan tepi orang ramai pun segan. Terus drop self confident.

Review Pengalaman Menggunakan CoolHijab Untuk Masalah Rambut

Alhamdulilah dengan CoolHijab dah tak perlu risau.

Yang lagi best CoolHijab ni bila sapu tue rasa sejuk je kulit kepala, kepala jadi ringan dan mata terus cerah. Jadi dah tak mengantuk nak buat kerja pagi-pagi. Hehe… Ni semua sebab salah satu bahan CoolHijab ialah peppermint oil sebab tu rasa berangin dan segar je bila sapu.

Alhamdulillah cik tom berjaya sapu konsisten setiap hari selama dua minggu. Cik tom perasan bila sikat rambut tu dah kurang gugur rambutnya. Yelah bahan utama dalam CoolHijab ni ialah minyak zaitun. Bagus untuk menguatkan akar rambut dan rambut lagi kilat bersinar. Nak tahu bahan-bahan lain dalam CoolHijab?? Boleh refer gambar dibawah;

isi kandungan serum rambut coolhijab

Cik tom suka botol jenis travel saiz dan ringan senang nak bawak pergi mana-mana. Sekarang dah jadi benda wajib yang ada dalam handbag cik tom. Hehe.. Bila-bila je boleh sapu. Lagi-lagi bila rasa serabut kepala.

Mula-mula cik tom tengok harga RM90 dengan kuantiti 30mL. Rasanya macam agak mahal. Tapi ni cik tom dah guna hari2 dalam dua minggu ni tak bergerak mana pun kuantitinya. Sebabnya CoolHIjab ni kan serum dah concentrated (pekat). Jadi tak payah nak letak banyak. Picit je 2 atau 3 kali dah cukup untuk seluruh kepala dan rambut. Tue kalau rambut panjang tau. Rambut pendek sekali pun dah cukup. Lagi bertambah jimat.

Kiranya harga CoolHijab ni memang berbaloi sangat dengan kualiti dan kuantitinya. Satu botol ni boleh tahan 2 bulan atau lebih tengok gaya cik tom guna ni. Haha..

Keburukannya lambat habis kalau guna CoolHijab. Apasal tak elok? Sebab cik tom ni jenis tak penyabar. Suka tengok produk beli cepat habis. Pelik kan? Hehe…

Ada masalah rambut berbau, gugur dan rasa panas ketika bertudung? Kalau berminat nak dapatkan CoolHijab ni sila whatsapp lelaju kawan cik tom, En.Nashar di talian;

Whatsapp: 012-2173122

Facebook: Aircond Rambut

Harga pasaran: RM90 sebotol
Harga promosi : RM70 sebotol
Postage: RM7 (SM) RM10 (SS)

Nota jari: Pssstt jangan lepaskan peluang dengan harga promosi terbaik dari En.Nashar ni. Yang penting original dari HQ.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

34 thoughts on “Review Pengalaman Menggunakan CoolHijab Untuk Masalah Rambut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE