Review Pengalaman Minum Jus Delima Gulsan

Salam…. Cik tom nak share pengalaman cik tom minum jus delima Gulsan. Sekarang baru masuk botol kedua. Masa minum botol pertama tue ada liat-liat dan termiss makan gak pagi dan malam. hehe.. Cik tom start makan jus delima gulsan ni bulan october lepas kalau tak silap laa.

Cik tom minum jus delima ni satu sudu dua kali sehari… Kalau rajin, cik tom minum satu sudu pagi before breakfast dan satu sudu lagi malam before tidur. Kalau rasa malas2 tue, terus pagi tue minum 2 sudu jus delima. hehe…

Jus Delima Gulsan
Jus Delima Gulsan berasaskan buah delim

Allah menyebut buah delima sebanyak 3 kali di dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah- buahan daripada syurga.

Firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

Jus Delima Gulsan
Jus Delima Gulsan

Cik tom dapat tau jus delima ni dari awal tahun 2013 lagi bila tengok housemate cik tom kat kuala pilah selalu makan pagi2. Dia cakap bagus untuk antipenuaan sebab ada kandungan antioksida yang tinggi dalam jus delima ni.

Kawan ni pun beli kat Kelantan. Cari kat kuala pilah time tue takde pulak jual. Cik tom cari ada jual online dengan blogger melastikbintang. Cik tom cakap nak order dengan dia tapi last2 cik tom lupa tak terorder pun. huhu.. Sori ye MB.

Time keje kat Jengka ni tengok banyak pulak jual jus delima ni. Cik tom beli kat Dhiya Beauty dengan harga RM18 sebotol. Tue pun harga asal RM20. Mintak diskaun dapat la RM18.

Time balik cuti kat Terengganu aritu, pergi Hilwah Trading tengok ada discount dapat RM12 sebotol (harga asal RM15). Terus cik tom borong sampai 6 botol. 3 botol bagi mak dan 3 botol lagi untuk cik tom.

Beli borong 6 botol jus delima gulsan
Sekali beli borong 6 botol jus delima gulsan

Kenapa banyak sangat borong sampai 6 botol?? Bagus sangat ke jus delima gulsan ni?? Ok ni cik tom bagitau dulu antara khasiat buah delima dari pamplet jus delima gulsan yang cik tom dapat;

  • menstabilkan paras kolesterol
  • merawat “sinus”
  • meningkatkan sistem metabolisma badan
  • tahap antioksida yang tinggi
  • melawan penyakit jantung
  • rawatan ketidaksuburan/ kemandulan
  • menguatkan sistem pertahanan badan/ imunisasi badan
  • mengurangkan risiko kencing manis
  • mengurangkan batuk dan asma
  • merendahkan tekanan darah tinggi

Actually cik tom ada consume vco (virgin coconut oil) keluaran catalyst sebab ada masalah resdung. Dulu sebelum makan vco, pagi2 cik tom memang selsema. Tapi alhamdulillah dengan izinNYA lepas makan vco, dah tak selsema pagi dan sistem penghadaman lawas. Tapi bab vco tu nanti insyaAllah cik tom buat entry lain pengalaman cik tom consume vco dari tahun 2012.

jus delima gulsan dan jus delima pamoga
jus delima gulsan dan jus delima pamoga

Sebab nak tengok okay ke tak jus delima ni.. perbezaannye camane dengan vco. Cik tom siap stop consume vco starting 1 November 2013. Tapi ikutkan cik tom makan jus ni sekali dengan vco dari october lagi.

Cik tom dan mak dua2 duk makan jus delima gulsan ni. Dalam pic atas tue ada jus delima pamoga yang adik bongsu cik tom makan. Tapi cik tom tak makan yang tue sebab mahal giler harganya. Kisah tue pun panjang insyaAllah artikel akan datang. huhu..

***********************************

Review positif feedback dari cik tom ialah mudah buang angin dari badan, sistem penghadaman jadi lawas, bangun pagi2 alhamdulillah hidung tak gatal & takde selsema.

Angin dalam badan jadi mudah je nak kuar. Kalau dulu bila angin banyak dalam badan, rasa badan berat dan pening kepala. Tapi alhamdulillah rasa badan makin ringan tapi bab gemuk tue lemak tepu tak berkurang lagi. Maybe sebab awal lagi. haha..

Perut pun jadi lawas jeee. Senang nak membuang. Awal2 pagi lagi dan malam sebelum tidur pun membuang. Masa consume vco pun alhamdulillah resdung makin better. Saje try pati delima ni hampir sebulan pun alhamdulillah sesuai dengan penyakit resdung. Hidung tak gatal atau selsema pagi2, makan seafood pun okay. Alhamdulillah 🙂

***********************************

Based on review emak pulak. Emak cik tom ni memang ada penyakit kolesterol/ masalah kolesterol tinggi dalam badan. So, cik tom bagi mak jugak consume pati delima gulsan ni.

Sebelum ni muka emak cam bengkak2 sebab kolesterol tinggi tapi lepas dah sebulan lebih makan pati delima ni, bengkak2 kat muka mak dah makin surut & hilang. Kadar bacaan kolesterol pun makin terkawal. Yang part lain cik tom tak sure tapi yang paling nyata ramai orang tegur perubahan muka emak lepas makan pati delima ni. Bengkak muka makin surut dan nampak lagi berseri. hehe..

Bagi cik tom rasa jus delima ni biasa2 je. Takdelah sedap sangat tapi not bad la. Rasanye pekat likat masam-masam manis gitu. Setakat nak telan sesudu dua tue okay la anak tekak cik tom ni. Sekarang pagi2 before breakfast, cik tom amalkan makan satu sudu jus delima+ satu sudu madu. hehe…

Korang boleh beli kat mana-mana kedai jual barang kecantikan atau kesihatan berdekatan dengan rumah korang. Tapi incase nak beli online, korang boleh rujuk facebook>> At-Tijarah Online Store (fanpage owner blog MB).

Renungan bersama…. Sesungguhnya yang menyembuhkan penyakit hanyalah ALLAH S.W.T . Tiadalah memberi kesan sesuatu barang tanpa keizinan dari-Nya. Yang penting kita mesti sentiasa berusaha, berikhtiar dan berdoa.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Review Pengalaman Minum Jus Delima Gulsan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE