Rezeki Itu Hak Allah

Rezeki itu hak Allah dan sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA tanpa batas. Rezeki yang bertambah berkat ialah rezeki yang diagih-agihkan ianya sedikit tapi cukup banyaknya yang boleh diagihkan. Rezeki mereka yang tidak berkat ialah sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Ibarat meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Selingan untuk ingatan cik tom dan juga rakan sekalian. Alhamdulillah hasil berjaya merajinkan diri sendiri join beberapa contest/ segmen/ komen pada bulan lepas telah membuahkan hasil untuk permulaan rezeki awal tahun 2013.

  1. Antara 5 pemenang hadiah saguhati anjuran Jobdirumah
  2. Antara 3 pemenang contest cikai anjuran Ladfeamir
  3. Dapat saguhati sempena 2 bulan top komentar di blog Ladfeamir
  4. Antara 10 pemenang segmen review sesama blogger anjuran Puanbee.

Masih ada baki 4 contest/ giveways yang cik tom join pada tahun lepas dan belum diumumkan lagi pemenangnya iaitu Giveaways iPhone 5 MummyAkmar, Contest Top Refferal iPhone 5 UmmiehanieRm100 Giveaways Eyriqazz dan Power Bank MyraJay. Harap-harap ada lagi rezeki dari contest/giveaways tersebut. ^_^

Pada tahun 2012, cik tom ada anjurkan 3 contest/ giveaways di blog ciktom. Dan juga ambil langkah pertama untuk jadi beberapa penaja contest di blog lain iaitu;

  1. Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz
  2. Contest SEO Tahunku yang kacak/cantik anjuran Spudin
  3. Contest SEO Blog Popular anjuran Anuar
  4. Giveaways Pondokkecil anjuran Hafizul
  5. Contest MKSyahir

Jika ada sesiapa yang nak cari penaja contest/ giveaways boleh hubungi cik tom ye. Kalau ianya tawaran menarik boleh kita bekerjasama 🙂

Bila dah pernah rasa jadi penganjur, penaja dan peserta contest/ giveaways ini, memang diakui setiapnya mempunyai kelebihan masing-masing. Secara kasarnya kelebihan untuk ketiganya ialah mempromosikan blog, membina network yang lagi besar serta kenalan baru, sebagai tanda penghargaan dan sudah semestinya hadiah yang lumayan.

Jangan sampai yang banyak membuatkan daku lupa pada ALLAH..

Jangan sampai yang sedikit itu membuatkan daku marah padaNYA..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

44 thoughts on “Rezeki Itu Hak Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!