Rezeki Siti JamuMall Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu

Assalamualaikum dan salam sayang… Tertarik pulak ciktom dengan satu kisah wedding yang viral sebagai wedding of the year kerana menerima tajaan sebanyak RM500 ribu. Mungkin ada sesetengah tak mengenali Siti Suriani tapi lebih mengenali nama beliau dengan Siti Jamumall yang viral suka LIVE untuk mempromosi pelbagai produk. Teknik promosinya memang menambat banyak penonton sehingga laris produk yang dipromosikannya.

Rezeki Siti JamuMall Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu
Cantik sangat pelamin dan gaun pengantin Siti

Rezeki Siti JamuMall Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti inginkan yang terbaik pada majlis raja sehari supaya menjadi satu kenangan terindah dalam permulaan hidup mereka. Tidak terkecuali sama seperti Siti yang pada permulaan merancang perkahwinan secara kecil-kecilan sahaja. Tapi tak disangka rentetan dari peristiwa Siti memuat naik satu status mengenai majlis perkahwinannya di facebook Siti. Siti terus mendapat whatsapp dan call nonstop dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi syarikat  yang berminat untuk sponsor majlis perkahwinan Siti.
Yang mengagumkan ciktom hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk sponsor majlis kahwin siti, paling menyentuh hati ni. Dengarnya yang paling menyentuh hati Siti ialah ada sesetengah company tu baru berjinak dalam perniagaan turut berbesar hati untuk menaja majlis perkahwinan siti. Memang hebat aura Siti ni sehingga dapat menarik perhatian ramai penaja dari bisnes kecilan sehingga ke syarikat ternama.
Menurut Siti tak menyangka bahawa perancangan majlis perkahwinan yang mulanya hanya biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah yang dikatakan berkat usaha Siti selama 3 tahun membuahkan hasil .. beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.
Selama ni siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral. Oleh sebab itu ramai hargai jasa siti dan sanggup sponsor majlis perkahwinan Siti. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari pre wedding, majlis berinai, nikah, majlis kahwin sampailah ke pakej honeymoon.
Tengok jelah pelamin dan gaun pengantin Siti. Meletopp sangat!! Berkenan ciktom tengok persis perkahwinan dengan puteri kayangan gitu. Siti pulak cantik sangat orangnya.

Sebilangan dari Sponsor Majlis Perkahwinan Siti Jamumall

Jom tengok sebilangan dari yang sponsor majlis perkahwinan Siti. Mana tahu korang ada berminat dan nak dapatkan servis perkhidmatan diorang juga di majlis perkahwinan korang.
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma  >> https://www.instagram.com/weddingsbyemma/
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection >> https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

Grand Cake dari Mad About Cake >> https://instagram.com/madaboutcake_official

Vip Menu dari Rumpun Selera >> https://instagram.com/rumpunselera
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty >> https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/
Jamu dari Seri Lady Empire Resources >> /https://instagram.com/seriladyofficialhq
Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal >> https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri >> https://instagram.com/irah_sukri
Telekung dari Pretty Aini >> https://instagram.com/prettyainiumrahhaji
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza >> https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/
Scarft dari Scarft By Mehrun >> https://instagram.com/scarfbymehrun
Printed Box dari Art Creation Printing >> https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/
Perfume dari  Luxe Essencia Resources
Honeymoon Pakej dari Arwana Resort >> https://instagram.com/arwanaperhentianresort
Tahniah kepada Siti Jamumall dan pasangan atas perkahwinan kamu berdua dan juga tajaan majlis perkahwinan sehingga RM500 Ribu! Semoga perkahwinan ini dirahmatiNYA dan berbahagia sehingga ke Jannah. amin..
#sitijamumallwedding #weddingoftheyear

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Rezeki Siti JamuMall Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu

  • April 13, 2019 at 8:28 pm
    Permalink

    akak tak kenal dia..
    tapi nampaknya dia mmg terkenal sampai dapat tajaan banyak gitu.
    murah rezeki sungguh kan.. 🙂

    semoga rumahtangga yang dibina bahagia dunia akhirat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE