Rokok Elektronik | Bahayakan Kesihatan

Sekarang makin ramai lelaki merokok menggunakan rokok alternatif iaitu rokok elektronik. Rokok elektronik yang kononnya tidak gunakan tembakau dan selamat penggunaannya berbanding rokok biasa. Tapi rupanya tue hanya omongan kosong pihak pengilang je. Nak promosi produk diorang.

 


Kalau dah spesies rokok tue tetap rokok. Membahayakan kesihatan. Tak payahlah nak cuba tukar jenis rokok pulak. Cik tom dah pernah tengok live rokok elektronik ni. Jiran yang hisap dalam rumah dia masa hari raya lepas. Bila ditegur, dia cakap takpe asap dari rokok tue selamat.

Ye ye je selamat. Rokok biasa akan bakar tembakau tapi rokok elektronik ni akan mengewapkan nikotin dengan bahan lain dalam bentuk wap air. Bahan kimia dalam wap air tue pulak still tak dapat dikenalpasti apa jenisnya. Kalau ikut Islam, barang was-was isi kandungannya tak elok digunakan.

Sekumpulan saintis di Universiti California menilai lima jenis jenama rokok elektronik dan menemui beberapa masalah dari segi pengawalan kualiti, isu kesihatan, reka bentuk dan tiada label secukupnya.

Selepas menjalankan beberapa eksperimen, penyelidik mendapati rokok elektronik mampu membahayakan kesihatan dan menggesa pengilang menghentikan penjualannya sehingga penilaian menyeluruh dilakukan.

Bagaimanapun masih tidak diketahui jenis bahan kimia yang terdapat dalam wap air yang dibebaskan oleh rokok itu.

sumber petikan: sinarharian,5/12/2010.

 

p/s: Jangan hanya katakan TAK NAK pada ROKOK tapi tak seiring dengan perbuatan pulak ;D

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

80 thoughts on “Rokok Elektronik | Bahayakan Kesihatan

  • December 11, 2010 at 12:30 am
    Permalink

    betul3. dah nama rokok tu opkos la tetap bahaya. ish3. say TAKNAK to rokok. πŸ™‚

    Reply
  • December 11, 2010 at 12:41 am
    Permalink

    pestime akak dgr ttg rokok nih..

    tapi hubby akak jugak merokok..
    dia berazam nak benti awl thun 2011..wait n see la..huhu

    Reply
  • December 11, 2010 at 12:55 am
    Permalink

    katakan tidak pada rokok. nasib baik hubby k.izan mmg tak merokok.

    sama je pun rokok biasa ngan elektronik ni kan cik tom…apa yg sedap sgt pun tak taulah~

    Reply
  • December 11, 2010 at 1:39 am
    Permalink

    sekarang dah macam2 cara orang buat.tapi kalau rokok elektronik tuh lagi bahaya kot , sebab kalau asap yg keluar tuh asap chemical kan .

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:00 am
    Permalink

    isk sangat bahaya tu!

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:02 am
    Permalink

    ape2 rokok pon mmg xslamat~~

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:07 am
    Permalink

    huish, macam2.. baru pertama kali dengar ni, TQ share info…

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:26 am
    Permalink

    mahal jugak rokok ni.

    keh keh keh

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:27 am
    Permalink

    rokok to kill~

    wuwuwuwu…

    ciktomm!singgah nk qada baca sume prev en3 ni..hehe:D

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:32 am
    Permalink

    Macam-macam pula teknologi sekarang nie…Tapi yang tak bestnya, still boleh membahayakan kesihatan..

    Reply
  • December 11, 2010 at 2:41 am
    Permalink

    pedas punya ayat.. 'jangan hanya katakan TAK NAK pada ROKOK tapi tak seiring dengan perbuatan'

    ada member yang terus berhenti merokok, dan ade member yang datang balik tabiat merokok.

    hurmm.. so cmna? terpulang kepada diri sendiri nak berhenti merokok.

    betul sangat dah tu, rokok elektronik ke, tak elektronik ke, tetap membahayakan. nak sehat, g bersenam. lalala~

    Reply
  • December 11, 2010 at 3:26 am
    Permalink

    kemajuan teknologi sekarang ni membutuhkan pengorbanan nyawa yang besar sebenarnya. hurmmm…xpelah tak dipanggil uptodate pon kan..asal kesihatan tak terjejas.

    cik tom jgn hisap rokok tau. hahahaha.*kidding*

    Reply
  • December 11, 2010 at 3:46 am
    Permalink

    xtaw pulak da ada rokok elektronik…..asal nama rokok mesti membahayakan kesihatan

    Reply
  • December 11, 2010 at 3:47 am
    Permalink

    yup , sokong cik TOM
    dah rokok tu tetap rokok jugak

    Reply
  • December 11, 2010 at 4:39 am
    Permalink

    ceh… tak sangka plak ada rokok elektronik.. adeyhh…

    senang2, isap je eksoz moto.. hehe..

    Reply
  • December 11, 2010 at 6:47 am
    Permalink

    konfius la.. ape la yang best sngt dengan rokok nie.. tak de pe manfaat pun .. aduih.. katakan tak nak pada rokok

    Reply
  • December 11, 2010 at 6:56 am
    Permalink

    ANTI rokok !! rokok kills everyoNE !!

    Reply
  • December 11, 2010 at 11:32 am
    Permalink

    apis x suka orang hisap rokok dekat ngan apis. dorang ni banyak perangai pengotor kan?

    Reply
  • December 11, 2010 at 12:43 pm
    Permalink

    dulu sop ada wat entry pasal rokok ni bila kawan beli nyer..
    bila cari, mmg WHO sendiri x dapat pastikan kesan dr sokok tersebut sbb pengilang x pernah buat kajian.. πŸ™‚

    Reply
  • December 11, 2010 at 1:59 pm
    Permalink

    dah namanye rokok..
    tak de sikit pun yang baiknye..
    selalunye orang yang kata "tak pe" ni cuma nak suruh orang terima apa yang dia buat tu betul je..

    Reply
  • December 11, 2010 at 3:31 pm
    Permalink

    good information…. x pnah thu pown psal rkok elektronik nie,,,mcm gadget ar lak,,,ape2 pown…i hate rokok n perokok,,,,,!!

    Reply
  • December 11, 2010 at 4:37 pm
    Permalink

    wh.. ada plak rokok letrik?? hhehehe.. funny je πŸ™‚

    Reply
  • December 11, 2010 at 5:32 pm
    Permalink

    huhu selamat xde dadah elektronik =.="
    ad2 jer org skarang
    hohoh

    Reply
  • December 12, 2010 at 6:07 am
    Permalink

    ujud rokok cmni cik tom??kikiki..mcm comel.mcm klakar pon ade.apepun sume bhaye..

    Reply
  • March 21, 2011 at 4:34 am
    Permalink

    Hmmm hanya petikan dari akhbar sinar harian yang langsung tak tunjukkan bukti saintifik.

    Kalau ada penemuan terbaru dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan rokok elektronik ni bahaya kira okay jugaklah.

    WHO setakat ini hanya melarang pengeluar rokok elektronik dari mengiklankannya sebagai rokok alternatif. Tapi tak kata rokok elektronik ni bahaya pun.

    Cuba search laman web dari New Zealand.

    Reply
    • May 6, 2011 at 10:55 pm
      Permalink

      to..cik tom: P/s jangan main hentam jer fakta….nanti bantak bercangah, klo nak bagi info pun biar la berdasarkan bukti…bagi kerajaan malaysia tidak mengharam penggunaanya..malah mengalakkan kepada semua perokok tegar..cuma yang penting kena was pada pada pengiklanan supaya gologan bawah umur tidak terjebak pada gejala merokok ni…2 jer…klo bab kandungan dalam perisa x menjadi masalah sbb perokok tegar memerlukan nikotin dalam badan yang banyak…namun apa bila menghisap e-rokok ni ia dapat mengurangkn dan penerimaan nikotin yang sepatutnya…tidak membahayakan org sekeliling sbb ia bukan asap tapi air.. tidak sama pulak dg rokok asap yang dibakar melalui api…..

      Reply
      • May 7, 2011 at 10:52 am
        Permalink

        salam ye awak…saya rasa awak ni tak baca artikel yang cik tom buat dengan sebaiknya…cik tom xde hentam fakta ye..dalam post entry yang cik tom buat di blog siap ada masukkan keratan akhbar yang cik tom copy dari SINAR HARIAN sendiri bertarikh 5/12/2010…segala fakta yang saya buat ni pun saya research dulu.xde main hentam saja..saya rasa awak yang main hentam sebab awak ni PEROKOK TEGAR elektronik kan?atau maybe awak ni PENJUAL rokok elektronik?

        saya pun pernah tanyakan pada seorang doktor…doc tue cakap xde bukti sahih yang mengatakan rokok elektronik tue selamat..kalau ada cuba awak tunjukkan buktinya???WHO pun cakap takde bukti sahih untuk KESAN JANGKA MASA PANJANG untuk rokok ni..buat masa sekarang consider boleh guna tapi BUKAN bermaksud ia MEMANG 100% SELAMAT.

        mana BUKTI kerajaan GALAKKAN perokok tegar guna ROKOK ELEKTORNIK???cuba awak tunjukkan BUKTI???jangan pandai cakap je..kalau cakap saya pun boleh…sekarang saya nampak awak yang main hentam fakta…bukannya saya..

        haha..tergelak saya baca awak bagitahu perokok tegar MEMERLUKAN NIKOTIN dalam badan yang BANYAK??awak tahu tak nikotin tue APA??saya nak bagitahu yang saya ni budak blaja kimia,..so saya tahu apa yang saya cakap…nikotin tue wlpn jumlah sedikit penerimaan bila hisap e-rokok tapi untuk jangka masa yang panjang??kalau contoh dalam paru2 awak tue hisap 5 batang rokok sehari…contoh 5btg rokok=1ppm nikotin…kalau 20 tahun awak hisap rokok??kira dan renung2kanlah awak….jangan cuba nak menidakkan sesuatu perkara yang benar hanya kerana awak ni menghisap rokok yang tegar..

        [Nikotin (atau nikotina) ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 5% daripada berat tembakau ialah nikotin. Nikotin merupakan RACUN SARAF MANJUR ( potent nerve poison ) dan digunakan di dalam RACUN SERANGGA. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai peransang dan adalah salah satu sebab utama mengapa merokok digemari dan dijadikan tabiat.-sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nikotin%5D

        boleh refer artikel ni jugak-[http://us.health.detik.com/read/2010/01/21/111728/1283156/763/rokok-elektronik-diduga-sama-bahayanya-dengan-rokok-biasa]

        pasal bukan asap tapi wap air tue..saya ada baca dan lihat sendiri wap tue depan mata saya..tapi saya still ragui apa kandungan sebenar wap air tue?kalau orang nak menjual semua akan promote habis-habisan produk diorang terbaiklah..takde kandungan ini dan itu…ada bukti ker??dah pernah buat experiment or research based on the fact yang dikeluarkan??cakap kosong saya pun boleh..

        kalau awak rasa rokok ni tak merbahaya..awak gunalah…for me segala bukti dah cukup terang lagi tak payah nak bersuluh…if u think its right to smoke e-cigar…depend on u…but dont try to persuade others to think it is safe too…

        Reply
        • May 18, 2011 at 4:43 pm
          Permalink

          Rokok elektronik tu sesuai untuk yang berusaha nak berhenti merokok. Mungkin ciktom tak tahu macam mana rasa ketagihan rokok tu kepada perokok kerana ciktom bukan perokok. Kalau nak diikutkan kajian penyelidik dari California (USA), memang tak boleh lah nak terkejut kalau hasil kajian mereka mengatakan rokok elektonik ni berbahaya kerana nanti Marlboro tak laku (wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Tobacco_companies_of_the_United_States ).

          Rokok elektronik bukan tak berbahaya, cuma kurang berbahaya dari rokok California http://www.manta.com/mb_44_B8079_05/cigars/california atau mana2 rokok yang produce asap. Tak salah kalau nak kritik, cuma diharap mereka yang tengah berusaha berhenti merokok dengan menggunakan rokok elektronik tak tersentak dengan post ciktom yang emphasize rokok elektronik adalah berbahaya ni lalu membuang rokok elektroniknya, dan kembali menghisap rokok Marlboro. Saya memang pernah hisap rokok elektronik 2 bulan lepas selama 3 bulan dan kini dah bebas dari sebarang rokok. MERDEKA!

        • October 11, 2011 at 2:41 pm
          Permalink

          mmg ciktom dia suka mengkritik tanap membuat kajian…cara awk nk tegur tu salah….kalau nk dibnadingkan dengan rokok biasa,teramatla bahaya…..awk tidak boleh membuat sebarang spekulasi yg tidak betul berdosa.Itu dinamakn fitnah jugak. Sekarang pengusaha rokok tembakau mmg berusaha utk menjatuhkan pengusaha rokok elektronik sbb skrg rokok biasa sudah tak laku. Diaorg cuma nk untung biarpun ramai yg mati ke,sakit barah ke….sesiapa yg tgh menggunakan rokok elektronik ni jgn bimbang sbb jauh lebih selamat dr rokok biasa. Harap Maklum.

        • October 11, 2011 at 11:28 pm
          Permalink

          siapa cakap saya mengkritik tanpa buat kajian??awak tue yang kritik tanpa buat kajian ye..mana bukti2 awak nak sokong apa yang cakap tue??dalam setiap komen saya ada saya sertakan bukti dengan link tentang rokok elektronik ni..

          saya tengok macam awak ni je lebih2 nak promote rokok elektronik awak ni..kalau awak betul2 nak tolong orang lain berhenti merokok awak akan ceritakan segala keburukan dan kebaikan guna rokok elektronik ni..tapi ada ke buat camtu??ada ke bagitahu kandungan secara telus/?apa effect kalau guna long term??

          entry saya ni tak membela mana2 jenis rokok pun..samaada rokok tembakau mahupun rokok elektronik ye..kalau nak guna rokok elektronik ni sebagai alternatif berhenti rokok tembakau is up to u..cuma nasihat saya bertindak la menggunakan akal bukan emosi dan keuntungan wang semata2..

        • October 11, 2011 at 2:45 pm
          Permalink

          kalau nk tau apa kandungan liquid tu boleh go kt website http://www.e-rokok.com. Suma kandungan dlm tu adalah medicine class.

        • October 11, 2011 at 2:57 pm
          Permalink

          kalau awk pelajar kimia awk boleh buat kajianla….nikotin dan tembakau adalah benda yg berbeza. Awk jgn nk berlagak sbb tidak merokok dan pelajar kimia ke apa ke…..awk patut hormat keputusan perokok tegar yg berkeinginan nk berhenti merokok dr rokok yg merbahaya. Mmg nak berhenti secara mengeut amatlah bahaya utk bdn dan payah jd rokok elektronik merupakan cara terbaik utk seseorg perokok yg ingin berhenti. Sy adaalh perempuan dan bukan perokok tp sy hormat akan perokok2 berusaha utk berhenti rokok dgn mencari alternatif utk mencuba kaedah yg selamat. Sy rasa awk ni terlalu prejudis.

        • October 11, 2011 at 11:08 pm
          Permalink

          awak pulak yang emo kenapa pulak ni??siapa yang prejudis skang??saya rasa awak emo sebab awak tue kan jual rokok elektronik..so awak takut la bila ramai dan share entry ni kat fb..so takde siapa lagi yang nak beli rokok elektronik..memang la saya pelajar kimia tapi bukan saya boleh sesuka hati je buat kajian…kena la ada budget secukupnya dan kelulusan dari universiti..kalau tak dah lama saya buat kajian…nikotin dan tembakau memang la berbeza kalau awak tengok dari EJAANnya..huhu,,,kalau nak tahu nikotin tue la yang terkandung dalam tembakau..ni penjelasan pasal nikotin tue terkandung dalam tembakau http://en.wikipedia.org/wiki/Nicotine……

          cuba baca entry pasal rokok elektronik ni..kalau xpandai bi try la translate ke bm..

          “On 27 March 2009, Health Canada issued an advisory against electronic cigarettes. The advisory stated “Although these electronic smoking products may be marketed as a safer alternative to conventional tobacco products and, in some cases, as an aid to quitting smoking, electronic smoking products may pose risks such as nicotine poisoning and addiction”..dan banyak lagi pasal penjelasan rokok elektronik yang awak boleh baca dari website http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette

          kat link ni “http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette” ada banyak cerita pasal rokok elektronik ni takde disah sebagai selamat k..tapi sebagai alternatif utk berhenti hisap rokok tembakau maybe boleh.****tue pun kalau la betul2 stop takut nanti ketagih pulak rokok elektronik****tapi kalau dah asyik sedut akan dapat side effect jugak walaupun asal nikotin tue hanya pada amout yang rendah je..nikotin tue bahaya effectnya kalau dah sedut tiap2 hari..try google pasal nikotin kalau nak tahu lebih lanjut k..awak nak bangkang cakap saya ni awak selidik tak dulu??saya siap tunjuk bukti lagi dari website yang sahih bukan website yang penjual rokok elektronik…awak ada???awak jgn nak taksub sangat dengan rokok elektronik awak tue..komen guna akal jangan guna emosi semata2..xkisah la awak perempuan ke lelaki.

        • October 11, 2011 at 3:01 pm
          Permalink

          tetapi nk disamakn dgn rokok biasa ibarat langit dgn bumi sbb mmg jauh bezanya. Awk xtau kedudukan perokok2…..kalau awk ada cr yg lebih bgus kenapa tak usulkan dekat kerajaan cara yg lebih baik utk perok2 quit smoking,maklumlah awkkan pelajar kimia buatlah sesuatu kalau taknk peroko hisap roko elektronik ni….

        • October 11, 2011 at 11:23 pm
          Permalink

          ye ke saya xtau kedudukan perokok macam mana??awak apa tahu??awak pun cakap awak tue perempuan dan tak merokok..awak lebih tahu ke??famili sy ada merokok ye..kawan2 sy pun ramai merokok…siapa cakap sy xtau??sy tau mmg susah nak tinggalkan tabiat merokok ni..dah jadi ketagih merokok..tapi pelik time PUASA boleh pulak TAK MEROKOK?? semua tue hanya mind set je cakap tak boleh merokok and so on..

          sy xsuka bila ada yang ambil kesempatan jual rokok elektronik ni konon2 utk langkah alternatif berhenti merokok..sedangkan jual rokok elektronik pelbagai jenis rasa cam malboro, dunhill, strawberry, mint dan lain2 (seperti mengalakkan ketagih rokok elektronik)… pastu dengan yakin bagitahu rokok elektronik selamat dan rokok tembakau berbahaya..sedangkan kedua2nya ada side effect..

          ada cara yang lebih baik kalau saya nak usulkan pada kerajaan iaitu jatuhkan je hukum HARAM pada merokok sebab ianya memudaratkan kesihatan..kalau ikut agama islam apa yang memudaratkan pada diri itu hukumnya jatuh HARAM…ada sesetengah ahli fatwa negeri dah keluarkan haram..cuma tak sepakatnya je semua mufti kat Malaysia ni..kalau la saya ni ahli parlimen memang dah lama saya usulkan kat perdana menteri dan dalam sidang parlimen..suruh selidik lebih mendalam pasal ni..tapi nak buat camane sy hanya dapat salurkan tue hanya di blog saya ni.. πŸ™‚

  • June 14, 2011 at 9:11 am
    Permalink

    Dear Purchasing Manager,

    We are one of the leading company specialized in the manufacturing E-Cigs, E-Liquid in China.

    The price for e-liquid is as follows:

    5ML: Usd 0.8@

    10ML: Usd 1.2@

    15ML: Usd 1.75@

    20ML: Usd 2.35@

    30ML: Usd 3.0@

    50ML: Usd 4.8@

    500ML: Usd 48@

    1L: Usd 68@

    Nicotine Content :

    Super High 36mg,
    Extra High 24mg,
    High 18mg,
    Medium 11mg,
    Low 8mg,
    None 0mg

    Any problem or interest, pls tell me freely.

    Renee

    Thank you & Best regards,

    Zhengzhou Moor Technology Co.Ltd
    Tel: 86-371-63358745 Fax: 86-371-63358745
    Web: http://www.topproductssales.com
    Email: sales01@topproductssales.com
    Skype: zzmrecig01
    Add: 80 Songsha Road, Zhengzhou, Henan, China 45000

    Reply
  • October 11, 2011 at 2:37 pm
    Permalink

    rokok elektronik tidak berbahaya sbb kandungannya hanyalah perisa,nikotin serta cecair proplyen glycol….siapa ckp ada tembakau?liquid rokok ni tidak mengandungi tar,tembakau dan jugak bhn2 racun yg mcm terdapat dlm rokok biasa. Kalau tak kenal rokok elektronik tak yah bnyk ckp,jgn nak menuduh sebarangan. Alat yg digunakan hanaylh atomizer bila dah bercmpur dengan liquid dia akan menghasilkan wap air bukan asap..wap air tu mcm air yg kita masak. MMg tidak merbahaya. Sudah ramai yg berpuas hati sbb kandungan liquid utk rokok elektronik hanyalah sedikit shj kandungan nikotin. Dan yg menggembirakan ramai pelanggan rokok elektronik dapat berhenti merokok setelah menggunakan rokok ini dan tidak lg berkeinginan untuk menghisap rokok biasa dipasaran.Plg bnyk cuma 24mg dan ada jugak 0mg nikotin. Nikotin yg dijual hanayalh yg dibenarkan shj. Apabila nikotin tidak bercampur dgn bhn2 spt tar,tembakau serta bhn2 racun yg lain tidak merbahaya,ianya merbahaya dlm rokok biasa sbb kandungan tar dan tembakau serta bhn2 racun yg lain bercampur tu yg merbahaya,kalau tidak masakan boleh lulus masuk dlm beruta TV(9 yg mengesahkan rokok elektrnik tidak merbahaya.
    Harap Maklum. Terima Kasih.

    Reply
    • October 11, 2011 at 11:48 pm
      Permalink

      nikotin tue yang terkandung dalam tembakau…bukan ada tembakau dalam rokok elektronik ye..kan cik tom dah cakap memang la kandungan nikotin tue sikit..tapi kalau dah lama2 sedut dan setiap hari akan bertambah la kandungan nikotin tue dalam badan ye..

      kat sini pun ada cerita padal kandungan liquid rokok elektronik http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette …ciktom dah tengok depan mata cik tom sendiri rokok elektronik tue..xmungkin hanya wap biasa dilepaskan sbb perokok tue ckp rs nikmat mcm rokok tembakau..ala masuk berita tv9 tue normal la kalau ada yang dah bayar nak masuk tv9..tengok je la produk kosmetik macam produk natasha, tia amelia, permata al-hijrah dan macam2 lagi produk yang asalnya keluar tv cakap selamat n bla bla..tup2 rupanya keluar pastu ada produk yang keluar tue tak selamat pun..semuanya dah boleh bayar dgn duit je kalau nak buat pengiklanan kat tv..takde yang telus dah..so sy xhairan sgt kalau dah kuar tv tue..thanks la sudi komen panjang lebar kat blog cik tom πŸ™‚

      Reply
  • January 9, 2013 at 1:51 am
    Permalink

    Maaf aku sambung balik artikel yg dh mati. Sebab aku sokong diorang pilih alternatif nie utk berenti merokok. Lagi baik dari isap rokok tembakau tu.
    1) Asap dari tembakau dan yg disedut perokok, dua2 pon bahaya dan leh buat org sekeliling punya nyawa pon terancam.
    2) Belanja utk rokok alternatif x semahal rokok tembakau dari jangka masa panjang.
    3) dan mcm2 lagi
    Pada aku yg sangat benci perokok bodoh adalah sebab bau rokok tu sendiri busuk dan membencikan, asap dari rokok yg dibakar tu merbahaya, asap dari yg dihembuskan pon merbahaya, aku boleh rasa nak mengamok bila ada org merokok dekat dgn aku, tambah2 dlm kawasan larangan merokok. Tapi sejak ada rokok elektronik nie, masalah bau rokok(asap tembakau) tu dah xde, bau busuk mulut diorang pon xde. Secara keseluruhannya, aku x rasa terganggu lagi kalau lepak dgn perokok terutamanya kwn2 yg guna rokok elektronik nie. Terus terang la, aku dh keje dekat cc lebih 7 tahun dan dah terhisap asap passive(Lebih 7 tahun) dan entah2 ada kanser dan tunggu mati je nie. Tapi lega aku lepas ada rokok elektronik nie. Xde lagi aku masalah susah nk bernafas bila lepak dgn diorang nie.

    Reply
    • January 10, 2013 at 12:54 pm
      Permalink

      terima kasih pada pandangan awak..mungkin itu sudut positif pd orang sekeliling yang berkawan dgn perokok rokok elektronik..

      Reply
  • January 10, 2013 at 9:33 am
    Permalink

    Pandangan 10 sen saya, CikTom telah menganalisa rokok elektronik penuh prejudis, bias dan tidak objektif. Akibat terlalu benci dengan rokok, beliau membutakan diri dengan hanya melihat keburukan rokok elektronik tanpa menimbang kebaikannya BERBANDING rokok konvensional. Saya bukanlah peniaga rokok elektronik. Saya hanyalah perokok tegar selama 17 tahun. Saya telah membuat kajian web dengan teliti.

    Dapatan saya,
    1. rokok elektronik tidaklah 100% selamat kerana ia tetap mengandungin nikotin yang JIKA diambil secara berlebihan, akan membahayakan kesihatan.
    2. Pengguna harus berhati-hati dengan e-liquid/e-juice yang dibeli. jika campurannya tidak mengikut sukatan yang betul, ia turut membahayakan kesihatan.
    3. jika digunakan secara betul, rokok elektronik adalah alternatif yang AMAT JAUH lebih baik dari menggunakan rokok biasa.
    4. terdapat pelbagai laman web yang independent menyarankan rokok elektronik sebagai langkah alternatif yang efektik untuk berhenti merokok.
    5. kajian-kajian yang menunjukkan rokok elektronik adalah merbahaya tidak melakukan perbandingan dengan rokok biasa. maka bias wujud di situ.
    6. orang yang menggunakan rokok elektronik adalah golongan yang mahu berhenti merokok. artikel anda yang berat sebelah dan prejudis ini menunjukkan bahawa anda lebih rela saudara mara/sahabat handai anda mati daripada diselamatkan dari rokok biasa. anda harus ingat, anda tidak semestinya betul dalam hal ini. Banyak lagi sumber yang anda boleh rujuk.

    Sila layari http://www.casaa.org untuk maklumat lanjut.
    Sila juga tonton: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4bCKk2UzJOI

    Reply
    • January 10, 2013 at 12:44 pm
      Permalink

      terima kasih banyaklah awak ye…sy mengaku je memang saya 100% prejudis pd rokok..
      tak kisah la rokok elektronik ke rokok tembakau ke…
      tp sy hanya prejudis pada rokok dan BUKAN PEROKOK ye…

      Kenapa saya 100% prejudis pada rokok????
      sebab dah nyata rokok tue merbahaya kpd semua manusia..
      point saya disini tidak kisahlah rokok elektronik ataupun rokok tembakau biasa…kedua2nya tetap bahaya…
      point lain saya ingin ketengahkan ialah berusahalah berhenti rokok dengan cara lain selain dari alternatif rokok elektronik..
      bukan saya nak suruh semua perokok berhenti rokok secara MENDADAK..memang tak dapatlah kan..body pun tak dapat terima kl berhenti secara mengejut…sebab body perokok dah biasa consume jumlah nikotin yg banyak dalam badan setiap hari..

      perokok boleh berhenti secara perlahan-lahan dengan kurangkan dosage rokok..bersenam dan pemakanan sihat..isi masa lapang dengan perkara berfaedah…atau boleh cuba makan pil nikotin yang akan suggest utk kurangkan dosage pemakanan pil ini dari masa ke semasa sehingga berhenti fully ketagihan pada nikotin yg sbnr terkandung dalam rokok…

      kalau perokok cakap susah nak berhenti merokok tapi kenapa sepanjang BERPUASA boleh pulak tahan 12 jam TAK MEROKOK? Kalau yang tetap merokok juga time puasa tue tak dapat saya nak kata apalah..tue urusan awak dengan Allah..

      perkara yang paling saya BIMBANGkan ialah apabila perokok tegar tembakau beralih KETAGIH pada rokok elektronik pulak..
      walaupun pada permulaan alasannya sebagai alternatif untuk berhenti merokok rokok tembakau biasa…

      kebanyakan kes sy jumpa bila guna rokok elektronik ni jadi ketagih rokok elektornik pula..alasan mudah diberikan? ala xpe rokok elektronik ni selamat… bukan bahaya pun.. boleh rokok kat mana2 je xde orang nak marah + nampak stylo hisap rokok elektronik yg pelbagai rekabentuk menarik..

      kalau awak tak setuju dengan pendapat saya, up to u..awak pun bebas nak bersuara oleh itu saya publish semua komen disini kerana semua ada hak bebas untuk bersuara…saya pun takde nak ganggu hidup orang lain…hanya boleh bagi nasihat je..tapi ini PENDAPAT SAYA dan ianya hak saya untuk bebas utarakan pendapat di blog saya sendiri..

      Reply
      • January 10, 2013 at 8:00 pm
        Permalink

        http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=uwLWw62uCd4#!

        ini talked show diambil pada August 2010 di mana dia akan ambil pendapat doctor itu sendiri menyatakan pro dan contra…

        secara jujurnya, sesetangah penghisap ecig tidak menggunakan nicotine..dia akan membuang nicotine dlm ecig dia…yang tinggal hanya vegetable glycerine (vg) dan flavoring..dua campuran in boleh didapati di mana-mana kedai kek..oleh itu sekiranya penghisap ecig terdedah kepada bahaya kerana ada vg dan flavoring, yang peminat kek lagi teruk kerana tiap2 kali makan kek..dan secara jujurnya majority penghisap ecig dia akan membancuh flavor dia sendiri, setiap bancuhan ada kiraannya

        http://www.todmuller.com/ejuice/ejuice.php

        oleh itu pada pendapat saya, pendapat awak ini sekadar mencari publisiti murahan sahaja..kerana apa? setiap isu yang diutarakan pihak itu perlu membuat research terdahulu dan perlu bersikap adil tapi kalau sudah memang prejudice saya sarankan baik awak membuat blog untuk anti syarikat2 tembakau yang dah berpuluhan tahun bertapak di malaysia..

        Reply
        • January 14, 2013 at 1:11 pm
          Permalink

          publisiti murahan?? πŸ™‚

  • January 10, 2013 at 8:57 pm
    Permalink

    ni kalau tak tau apa2 toksah dok buat kepala la bodo.
    ada jugak melayu yang bodoh macam gini..
    x selidik ape2 teros buat entry.. macam la kau ni pakar kimia.. piiiiiiiiiiii laaaaaaaaaaaaaaaaah! pui!

    Reply
  • January 10, 2013 at 8:59 pm
    Permalink

    salam ..cik tom tahun brapa year ?? amek kos ape????u mane??

    Reply
  • January 11, 2013 at 5:11 am
    Permalink

    Saya pengguna Personal Vaporizer (bukan ROKOK elektronik ye.. apa rokok2 ni? euwwwww.. kotor dan busukkk..) dan saya hanya mampu tersenyum.. πŸ™‚

    Reply
  • January 11, 2013 at 6:29 am
    Permalink

    setiap blogger pasti akan menegakkan fakta dan auta yang mereka canangkan… stendet… any category nyer blogger pon…. huhuhuh so just amek nih sebagai orang cetek minda n skeptikal lagi prejudis terhadap e-cig

    and…. u sapa erk? pakar jantung? pakar koronari? huhuhuhuhuh

    http://www.healthnz.co.nz/cancerrisk.htm

    dalam e-liquid terdapat 3-4 bahan campuran

    nikotin + propelene glycol + vegetable glecyrien + perasa…… some of the liquid tak buubuh nikotin….

    pg= terdapat dan terguna pakai untuk industri kosmetik

    vg= aslinya dari tumbuh tumbuhan dan diguna pakai untuk industri makanan (cik tom tom… jangan just buat blog merapu merepek nih k… sila lah buatkan jugak kek utk suami awak… kalau awak buat kek.. pasti awak tau yang glycerin ini sama macam shotenning cuma dalam bentuk syrup)

    nircontine= estrak nircotine dari nikotin solid…. bergantung pada brapa mg yang nak di bubuh…. hahahahah here the trick begin…. dunhill 24mg nirkotin…. so jangan isap yang over than 24mg…. amek 18….. lepas tuh… turunkan lagi kandungan nircotine…. truskan turun….. sehingga berjya sampai 0…….

    flavor: aper cik tom tak tau ke perasa tuh apa?

    wakakakakakakaka makin aku baca blog dia… makin meroyan pompuan nih….. bersepah sana sini fakta n auta dia…..

    saya tak hisap okok…. saya jugak tak isap e-cig…. cuma tak suka orang yang jumud…orang yang cukup ilmu sebuk nak kupas permasalahan…. nak best… next time… jangan biased….buat research pro n cons k….. kalau rasa nak tiau satu side jer…. tukar category pegi blog politik k….. follow either papagomo or topeng perak……

    nuff said…. jangan mempamerkan kebodohan sendiri…. ianya akan menjadi hiburan orang lain utk mentertawakan anda….

    Reply
  • January 11, 2013 at 8:10 am
    Permalink

    “nikotin tue yang terkandung dalam tembakau…bukan ada tembakau dalam rokok elektronik ye..kan cik tom dah cakap memang la kandungan nikotin tue sikit..tapi kalau dah lama2 sedut dan setiap hari akan bertambah la kandungan nikotin tue dalam badan ye..”

    tahukah anda bahawa nikotin juga terkandung dalam sayur sayuran seperti terung, kentang dan TOMATO sekali, kalau makan sayur banyak banyak pun bertambah jugak nikotin dalam badan…ha ha ha ha

    Reply
  • January 11, 2013 at 8:20 am
    Permalink

    cik tom tawu x source yang paling unreliable adalah dari wiki…… everyone can edit that web ..adoila…. hahaha **,

    Reply
    • January 14, 2013 at 1:04 pm
      Permalink

      tau je..but its more reliable sources compare to sources from smokers or website that selling e-ciggrates..tq.. πŸ™‚

      Reply
  • January 11, 2013 at 8:32 am
    Permalink

    saya pengguna rokok elektronik selama 1th. drp yg mcm gambar ciktom post tu sampai la kpd yg lebih advance. kami lbh suka mgelarkan diri kami sbg vapors utk tidak menyamakan diri kami dgn perokok. sekarang saya dh boleh buat liquid sndr. bahan2 100% sy dptkan di kedai kek. dan saya vape tanpa nikotin πŸ˜‰

    Reply
    • January 15, 2013 at 1:31 pm
      Permalink

      ajar saya camana nak buat vape sendiri boleh ke?

      Reply
    • January 14, 2013 at 1:17 pm
      Permalink

      website yg awak bg tu pun source web yg jual e-cigrattes..pe pun tQ kpd semua yg rajin komen πŸ™‚

      Reply
  • January 12, 2013 at 11:21 pm
    Permalink

    mungkin kalau perkataan rokok elektronik tu ditukarkan nama kepada pengewap elektronik / vapor set, mungkin ciktom x prejudis…dia ni xleh nampak /dengar perkataan rokok. πŸ˜‰

    Reply
  • January 15, 2013 at 1:22 pm
    Permalink

    oooi…Orang tak merokok tak sakit ke? tak kena cancer ke? tak batuk ke? tak mati ke? fikir fikirkanlah …tok wan aku hisap rokok umur dia sampai 70 puluh lebih.

    kawan dia yang tak merokok semua dah mati awal lagi…jangan lah lebih lebih kutuk rokok tembakau atau elektronik.

    lagi lagi orang yang tak merokok komen tak dak bukti langsung ikut perasan saja…tak hisap rokok duduk diam diam…

    Reply
  • January 15, 2013 at 9:54 pm
    Permalink

    I’ve gone through most of the comments and replies from this author. He/she will just put a smily if she can’t answer back, I guess simply to annoy you. The truth is, this author is a prejudiced bastard, idiotic ignorant imbecile who thinks he/she knows what’s right for everyone. Regardless of how you put it, Cik Tom, you’ll have to admit one day that you are simply WRONG, b*tch. Your ignorance will ruin your life one day. Remember, plenty of research have revealed that sugar, if over-used, will only lead to diseases. So why don’t you start hating your mother for preparing food and drinks containing sugar? Goodbye, idiot. You’re blog isn’t worth reading. It is only worth being condemned.

    Reply
    • January 15, 2013 at 10:25 pm
      Permalink

      im just smile not because i can’t reply it la..
      im not stupid to follow all of that annoying comment from you..
      if my blog truly not worth reading, so why you still read and comment my blog?? hehe… ur so funny la..smile again πŸ™‚
      if u dont like it feel free to klik close from my blog…
      thank you so much for your effort to comment in my blog πŸ™‚

      Reply
  • January 17, 2013 at 12:37 am
    Permalink

    Artikel di atas ialah pandangan peribadi cik tom dan juga sumber keratan dari Akhbar SINAR HARIAN… So, dah namanya pun pandangan peribadi takde diselitkan dari sudut kelebihan dan keburukan rokok elektronik. Ini ialah blog PERSONAL @ PERIBADI bukannya blog skema untuk senaraikan semua fakta lengkap ataupun blog politik yang dikatakan bias.

    Kepada yang tersasar kat sini dan teringin artikel berunsur FAKTA LENGKAP DENGAN RUJUKAN SAHIH boleh rujuk artikel penulisan Dr Zubaidi Hj Ahmad>> Menghisap “rokok elektrik” adalah amalan sia-sia . Beliau seorang DOKTOR, penulis buku, dan juga penulis di Majalah Anis & Harian Metro. SO, harap takde isu cakap artikel kosong tanpa support. Harap dapat membuka mata-mata pembaca diluar sana.

    Tujuan artikel ini tidak memihak pada mana2 jenis rokok samaada rokok tembakau, rokok elektronik/ tidak memihak pada mana2 syarikat penjualan rokok/ tidak memihak pada mana2 pihak kerajaan atau pro kerajaan.

    Penulis tidak mempunyai apa-apa niat selain memberi pandangan dan nasihat. Terpulang sama ada korang mahu mendengar atau tidak. Nak proceed hisap rokok elektronik/ rokok tembakau? terpulang pada hak masing2.

    “Ingatlah orang yang mahu kebaikan itu akan mencari jalan, manakala sebaliknya mereka yang cenderung ke arah keburukan itu akan hanya sentiasa mencari alasan.”

    Reply
  • January 17, 2013 at 4:08 pm
    Permalink

    Cik tom…nak berkenalan leh…pm me…tak kenal maker tak cinta…huhuhu..nanti sy ajar cik tum care2 nak review ecig dgn lebih mendalam…hingga ke alam rumahtangga dan institusi kekeluargaan..huhuhu..pm me ok..pm me..alamat emel ade kat atas tu..

    Reply
  • January 21, 2013 at 4:36 pm
    Permalink

    tumpang laluuuu……..
    ingredient dalam liquid e-cigarrete :
    1.flavour (kat kedai kek melambak jual)
    2.propelyne glycol @ pelembab (kat kedai kek pun ade jual)
    3.glycerine (kat kedai kek melambak jual)
    4.water (air laa)
    5.12miligram Nikotin dalam sebotol e-liquid (kegunaan seminggu)

    antara 5 bahan tu tang mana yang bahaye?
    kalau tak tau sila google atau wiki, bukan sembang pompang sane sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Nikotin

    Reply
    • January 21, 2013 at 4:58 pm
      Permalink

      dalam sebatang rokok tembakau terdapat 20 miligram (mg) tar serta 1.5 mg nikotin bermakna perokok akan menyedut 400mg tar & 30mg sehari sekotak rokok & percuma 4000 bahan kimia, berbanding e-cigar hanya terdapat 12mg nikotin sebotol 10ml utk kegunaan 5-7hari .. cuba pikir dgn logik jadi yang mana lebih bahaya & kenapa kerajaan menentang e-cigarette & bukan mengharamkan rokok tembakau… πŸ™‚

      Reply
      • January 21, 2013 at 8:35 pm
        Permalink

        sudah dijelaskan dlm entry+komen sy dlm blog ni bukan utk comparison mn yg lg bahaya/selamat between e-cig & rokok konvesional, atau bukan ulas isu terkini yang kerajaan mengharamkan e-cig…xde kaitan ye..entry ini pun dah lama sy publish tahun 2010 lagi…ini pendapat saya utk pembaca diluar sana berhenti kesemua jenis rokok/vapor dsb..nak merokok pe pun up to u..wslm..

        Reply
  • January 21, 2013 at 5:55 pm
    Permalink

    cik tom is good to share this topik ,
    Pada perdapat saya . rokok yang sedia ada dgn rokok elektronik yang terbaru di pasaran adalah jauh lebih baik .. Pada saya , ia di panggil “Vapor” krn ia tidak mengeluarkan asap , kerana ia menghasilkan wap ..
    Bahan2 yang di gunakan utk menghasilkan vapor ni pon mmg biasa kita guna dalam penghasilan makanan seharian ..sprt propylene glycol (PG) dan vegetable Glycerin (VG). dan nikotin pula amat rendah . Is good to change to use this .. seiring dgn slogan berhenti merokok mengikut slogan kesihatan malaysia. Dari isap asap , ke wap.. Namun atas pekembangan ini, kerajaan Kononnya Prihatin terhadap rakyat mengatakan ianya merbahaya. sedangkan jika ramai yang mengunakan vapor ini , penjualan rokok akan jatuh mendadak, Ruginya pada kerajaan ,kerana ia merupakan salah satu pendapatan negara. Prihatin tak kerajaan ? bukan demi kesihatan ,tapi demi poket masing2 . Penyiaran di media2 Tv dan Agensi kesihatan merupakan permainan mereka sahaja. Namun masyarakat kini jauh lebih bijak menilai . Bayangkan kadar kesihatan seperti masalah jatung dapatan dikurangkan . Hospital pon kurang pendapatan. tu sbgai contohlah .. Pada saya kalu kerajaan nak mendokong ROKOK itu BAHAYA kan KESIHATAN . hentikan penjualan rokok , dan penyelupan. habis cerita .. ini tak .. Nak beralih arah untuk tax bahan2 e liquid ni. — Masyarakat Perihatin Mahukan Perubahan. Ini pendapat saya πŸ™‚

    Reply
    • January 21, 2013 at 9:04 pm
      Permalink

      thanks pd pendapat bernas awk..

      sebenarnya saya bersetuju dengan pendapat saudara mengenai kenapa gov mengharamkan e-cig tapi tidak pada rokok konvesional..kerana itu sumber utama income tax negara Malaysia..kl gov ckp rokok bahaya kesihatan patut semua hentikan penjualan rokok,penanaman tembakau tp tak juga kan..em sanggup ke gov nak hentikan??huhu.. mesti tak sebab tue sumber income tax.. sebagaimana semua sediamaklum tahap demokrasi negara kita macam mana kan.. so agak susah bila gov dah melarang e-cig tp sy rs kalau ada persatuan bertanggungjawab utk ketengah isu ni lebih serius kpd gov..why not kan??mn tau nak dekat pru13 ni suara rakyat lebih didengari..

      ..TAPI cuba kita fikir balik juga kalau semua rakyat Malaysia tak merokok masih bolehkan pihak kerajaan mengenakan cukai yang tinggi pada rokok??sy rs the best solution ialah semua rakyat malaysia cuba berhenti merokok utk kebaikan diri sendiri dan keluarga tersayang..point disini tak kisah la apa jenis rokok konvesional/ e-cig/ vapor..sbb bila perokok berhenti rokok tukar kpd vapor…nanti gov akan kenakan cukai pd liquid e-cig plk atau kes larang penjualan liquid e-cig..so baik xyah hisap rokok/asap mn2 pun..Kalau semua perokok berhenti mesti gov tak dpt kenakan cukai tinggi sesuka ht..maybe ada yg xstuju ckp pndpt ini kurang relevan tp sy rs tiada apa yg mustahil dalam dunia ni..anda penentu corak bagaimana hidup anda di ms depan πŸ™‚

      point sy still: katakan tak nak pd apa2 jenis rokok pun πŸ˜‰

      Reply
  • January 23, 2013 at 9:18 pm
    Permalink

    “Kalau dah spesies rokok tue tetap rokok. Membahayakan kesihatan. Tak payahlah nak cuba tukar jenis rokok pulak. Cik tom dah pernah tengok live rokok elektronik ni. Jiran yang hisap dalam rumah dia masa hari raya lepas. Bila ditegur, dia cakap takpe asap dari rokok tue selamat.
    Ye ye je selamat. Rokok biasa akan bakar tembakau tapi rokok elektronik ni akan mengewapkan nikotin dengan bahan lain dalam bentuk wap air. Bahan kimia dalam wap air tue pulak still tak dapat dikenalpasti apa jenisnya. Kalau ikut Islam, barang was-was isi kandungannya tak elok digunakan”

    bahasa tu yg org dok kondem cik tom oi… bukan nak suruh cik tom tu buat kajian ke apa.. haha dgn sombong takbur dan berlagaknya terus menyatakan benda ni salah mcm hisap dadah.. skrg dah keja kan? boleh la berfikir cara matang dan d bawak kepada penulisan yang lebih beretika dan profesional.. dulu student mmg NAIVE yang amat… rujuk pun 1 paper n wiki.. haha tapi takpa… saya akan terus baca blog cik tom bagi traffic mencanak naik… mana tau kematangan selama 2 tahun dari blog pasal rokok ni d buat bg idea kepada org lain in whatsoever perspective..

    Reply
    • February 19, 2013 at 2:11 am
      Permalink

      ok terima kasih atas teguran anda πŸ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!