Roszaharah Yaacob Sentiasa Dalam Ingatan

Assalamualaikum dan salam sayang..  Post ciktom kali ini ialah hasil nukilan yang ciktom pernah coretkan untuk arwah sahabat tersayang, Roszaharah Yaacob di facebook ciktom sebelum ini.

Jaa sahabat yang cantik bukan sahaja luaran malahan dalaman juga.

Majlis perkahwinan Roszaharah Yaacob

Sebelum tu minta tolong yang beragama Islam untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Banyak nak luah tapi tak terluah. Betapa rindunya perasaan hati ni kat Jaa. Kawan susah senang. Bila ada masalah sentiasa bagi nasihat yang terbaik tanpa bias. Jaa la yang bagi galakan mohon kerja di UiTM Kuala Pilah dan juga UiTM Jengka, Pahang. Jaa pinjamkan nota. Tolang terangkan dan sama-sama discuss bila ada part yang ciktom confuse. Student pun selalu tertukar kita berdua. Ciktom pernah terjumpa ex-student kat luar, ada yang tersilap ingat Miss Jaa.

Teringat segala kenangan manis kita waktu kerja di Jengka. Paling manis moment kita menyewa dekat dengan surau. Hampir hari- hari kita berbuka dan solat terawikh di surau. Ada hari kita pergi solat subuh kat sana. Jaa jadi contoh tiha untuk rajinkan diri waktu pagi solat dhuha dan bangun malam solat tahajud..

Roszaharah Jaa la bagi dorongan masa ciktom decide nak kawin. Malah majlis kawin kita pun kebetulan tarikh sama 17 September 2016. Kita sama-sama berbincang persiapan kahwin. Kemudian bila tahu pregnant. Hari- hari kita mesej share tips/ pengalaman pregnant pulak.

Jaa selalu tanya dah tau belum baby jantina apa? Kalau girl, Jaa ckp nati kita jodohkan mereka berdua. Kalau sama-sama boy biar jadi kawan baik cam ummi dgn ibu??

Roszaharah Yaacob Penerima Biasiswa Yang Dipertuan Agong (YDP)

Jaa seorang student yang bijak pandai tapi langsung tak sombong. Tak pernah kedekut ilmu yang dia ada. Masa nak sambung PHD dia dapat Biasiswa Yang Dipertuan Agong (YDP) iaitu biasiswa tertinggi dalam Malaysia. Tapi langsung dia buat senyap je. Low profile, hanya kawan-kawan rapat je tahu termasuk ciktom.

Semua orang lain tahu pun bila masuk TV dan juga tersiar kat surat khabar yang dia salah seorang dari 10 ke 15 orang penerima di seluruh Malaysia. Yang mohon beribu atau mungkin puluh ribu tapi dia yang layak selepas jalani beberapa ujian termasuk ujian online dan interview.

Roszaharah Yaacob Masuk TV dan juga Surat Khabar

Roszaharah Yaacob Yang Independent

Sepanjang kenal jaa selagi mampu ja akan buat semua perkara sendiri. Tak nak susahkan orang lain. Tapi bila orang lain ada masalah jaa akan sedaya upaya tolong.

Tipu kalau ciktom cakap sepanjang berkawan kami tak pernah gaduh. Ye, pernah kami bergaduh sekali atau maybe lagi sesuai merajuk. Ciktom merajuk dengan Jaa ni hampir sebulan jugak. Dia tak putus- putus hantar gambar kata- kata pasal persahabatan sampai ciktom lembut hati.

Smpi ke titik terakhir ayat jaa sebelum meninggal ialah tak nak susahkan famili dgn sakit jaa/jaga anak ja sebab Ma Abah Jaa tak sihat.

Sampai hari ni rasa jaa masih ada. Hari2 rasa nak whatsapp jaa nak tnye khabar jaa. Wish birthday jaa dlm doa padaNYA.

Cinta Hati Roszaharah Yaacob

Semoga Fateh membesar jadi anak yang soleh dan bijak seperti ummi dia. amin… Semoga Yus tabah dan cekal dalam membesarkan Fateh jadi anak yang soleh tanpa isteri tersayang disisi.

Sebenarnya banyak lagi nak taip tapi rasa sebak sangat. InsyaAllah nanti ada kelapangan ciktom edit balik post ni.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Roszaharah Yaacob Sentiasa Dalam Ingatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.