Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga | Assalamualaikum dan salam sayang… Baru- baru ni ciktom ternampak satu produk sabun pencuci baju keluaran 100% muslim yang dikilangkan oleh mereka sendiri di Pekan Nenas, Johor. Memang tak jauh dengan lokasi rumah ciktom duduk sekarang. Apa yang menarik minat ciktom untuk mencubanya selain dari sokong poduk keluaran #bmf ialah kerana fungsi 2 dalam 1 sabun AKEF ni.

Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

Apa yang 2 dalam 1 tu? Ingat macam milo 3 in 1 ke? hihi…

Fungsi 2 dalam 1 ialah selain digunakan sebagai sabun untuk basuh baju turut melembutkan pakaian dan berbau wangi tanpa perlu tambahan softener. Mak-mak kan memang suka bab jimat duit ni. haha..

Lagi best lagi banyak korang bergerak lagi wangi baju yang korang pakai tau! Jimat lagi tak payah beli perfume. haha..

First time ciktom buka penutup tu memang bau harum semerbak tau. Ciktom suka baunya soft dan macam aromatherapy pulak. Rasa relaksss gitu.  Seronok lagi tu bau harum wangi tu sampai tempias satu buah rumah bau wangi! Suami balik kerja tanya eh pakai pewangi rumah baru ke? Wanginya..

1 cup dah cukup untuk bersihkan baju dari kotoran dan berbau harum wangi. Jimat lagi dari segi penggunaan.

Jimat jimat jugak tapi paling utama sekali ciktom memang cari pencuci pakaian yang selamat untuk basuh baju anak ciktom, adira. Yelah kan budak2 ni kulit sensitif kena la produk yang organik dan selamat. Macam Sabun Akef ni sesuai untuk kulit sensitif kerana diperbuat daripada formulasi berasaskan tumbuhan.

Kalau sebelum ni macam renyah guna 2 jenis pencuci pakaian dewasa & kanak-kanak. Sekarang senang ciktom boleh basuh baju sekaligus je suami dan adira. Tengok reaksi adira punya excited bau wangi sabun Akef ni bila ciktom minta dia jadi model sabun. Yelah excited bau wangi baju dan seluar dia. hehe…

Selain itu, bentuk pek sabun Akef ni juga mudah dibawa dan takdelah berat macam botol dan tak makan ruang yang besar bila ciktom simpan dalam storage.

Ada sekali tu ciktom dah siap basuh baju tapi anak buat perangai dan ciktom terlupa nak jemur sampai ke malam. huhu.. Sila ngaku siapa yang biasa jadi macam ni? hehe…

Bila nak jemur baju malam tu dalam rumah, still bau wangi tau semua kain baju tu. Langsung takde bau hapak ke kepam apa.

Lepas dah kering dan lipat baju pun masih kekal bau wangi tau. Takdelah kekadang suami bebel kenapa baju dia ada bau kepam macam sebelum ni. haha.. Jadi ciktom memang highly recommend golongan mak-mak mahupun bujang beli Sabun Akef ni selain dari jimat pengunaan,  produk ni jugak selamat untuk digunakan seisi keluarga.

Kelebihan Produk Sabun AKEF

Tadi tu semua hasil dari pengalaman ciktom dah cuba guna sabun Akef. So, ni ciktom nak share fakta sikit dari hasil ciktom ceduk di Facebook Sabun Akef.

  • Di formulasi oleh teknologi Jepun
  • Microcapsule yang tahan lama. Makin di gosok makin wangi
  • Melembutkan pakaian, tidak perlu tambahan pelembut lain.
  • Anti bacterial, tidak kepam dan hapak jika terlambat untuk sidai baju

💓2 PILIHAN BAU YANG AMAT WANGI

1.🌹– Rose pink
2.🌸– Purple blossom

🐂TANPA LEMAK HAIWAN

🌙PRODUK MUSLIM

👕PAKAIAN TIDAK BERBAU HAPAK SEMASA RENDAMAN

Harga Sabun AKEF

Sabun AKEF hanya RM 15.50 untuk kuantiti 2 Liter. Harganya memang berpatutan dan sangat berkualiti setanding pewangi jenama terkemuka di Malaysia.

Di Mana Nak Beli Sabun Akef?

Mesti korang tertanya kan mana nak cari sabun ni? Untuk area Johor, korang boleh beli di kedai-kedai runcit area Bandar Dato Onn, Adda Heights, Bukit Mutiara Dato’ Onn, Taman Sri Pulai, dan Taman Pulai Perdana. Kalau online pulak, korang boleh beli melalui online shopping Shopee.

Jana pendapatan tambahan dengan menjadi agen dan stokis Sabun AKEF

Ciktom pun sejak berhenti kerja ni suka jugak cari peluang cari duit tepi dan ciktom dapat informasi sempena bulan Februari 2020 ni, ada promosi khas untuk sesiapa yang berminat jadi stokis atau agen sabun Akef tau.

Kenapa Sabun Akef?

🌺 Modal tidak besar untuk jadi Agen dan stokis

🌺 Senang nak bawa didalam kereta utk dijual sebab pack kecil

🌺 Pelanggan senang nak beli dengan kerap

🌺 Ruang yang digunakan untuk simpan stok tidak besar

🌺 Nak jual di kawasan perumahan , rakan pejabat dan saudara mara pon senang.

Modal dan Keuntungan Jadi Stokis Sabun AKEF

Modal dan Keuntungan Jadi Agen Sabun AKEF

PROMOSI TERHAD UNTUK 20 STOKIS & AGEN BARU BULAN FEB INI.

Harga Asal untuk jadi Stokis adalah RM4165 (500 pack) ,

1) Promosi Terhad UNTUK MENJADI STOKIS Feb 2020, RM2100 (250 pack)

– Harga Jualan (rm15.50/pcs) , harga Stokis (RM8.40/pcs), untung RM7.1/pcs (dijual kpd pelanggan biasa)
– Percuma penghantaran kedepan pintu rumah
– Percuma Banner dan Bunting (30 unit untuk agen bawah stokis)

2) Promosi Terhad UNTUK MENJADI AGEN Feb 2020, RM312.30 (30 PACK)

– PERCUMA PENGHANTARAN SEMENANJUNG MALAYSIA
– Harga Jualan (rm15.50/pcs) , harga Agen (RM10.41/pcs), untung RM5.09/pcs (dijual kpd pelanggan biasa)

Jomlah apply jadi stokis atau agen sabun AKEF. Berminat untuk jadi stokis dan agen sabun AKEF? Boleh wassap terus: http://sabunakef.wasap.my/

Untuk maklumat lanjut korang boleh jugak terjah je media sosial Sabun Akef ni;

Facebook: https://www.facebook.com/sabunakef

Instagram: https://www.instagram.com/sabun_akef/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

4 thoughts on “Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.