Sambutan Hari Lahir Emak dengan BBQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Entry ini sepatutnya dah dipublish bulan 11 tahun lepas sempena hari lahir emak, 10 November. Oleh sebab problem line internet tak dapat nak upload gambar. Terus tak publish dan masuk dalam draft. Walaupun dah agak terlewat cik tom tetap nak publish entry ni. Tarikh lahir emak cik tom ialah 10 November 1958. So, 10 November 2011 yang lepas, cik tom dengan adik-adik cik tom bertungkus lumus masak kek coklat lembap dan kek lapis masam manis untuk sambut hari lahir emak.

Gambar kat bawah ini adik, ikaย dan seha dengan emak cik tom.

Kek Birthday emak

Taraaย kek coklat dan kek lapis masam manisย yang dah siap dimasak.

Kek Coklat dan Kek Lapis Masam Manis

Masa malam 10 November tue, cik tom sambut simple je dengan adik-adik sebab dah ada perancangan nak buat suprise kat emak pada malam keesokan 11 November. Abang-abang dan kak ipar dah plan buat BBQ kat belakang rumah abang cik tom. Kitaorang cakap nak buat majlis sambut pengantin baru, abg zul dan kak mieraย tapi sebenarnya lebih kepada nak sambut hari lahir emak. Memang meriah sangat dengan nasi goreng, BBQ ayam, daging, sosej, ubi kentang, sate, dan banyak lagi.

Proses nak bakar-membakar ayam dan sosej.
BBQ

Mak cik, pak cik dan ayah cik tom bersantai sambil makan dan tunggu BBQ siap.

Sambutan hari lahir emak

Seronok sangat buat majlis BBQ ini ramai2. Rasa kemesraan lagi bertambah erat. Selain keluarga cik tom, keluarga akak ipar datang juga meriahkan majlis BBQ.

Sambutan hari lahir emak 2

Aktiviti kemuncak, secara tiba-tiba lampu dipadamkan dan kek hari jadi emak dikeluarkan. Yang ini kek hari lahir beli kat kedai. Emak yang tengah makan terkejut ada kek dan siap semua anak-anak nyanyi lagu selamat hari lahir.

Sambutan hari lahir emak 3

Cik tom dah pening nak beli hadiah apa kat emak sebab sebelum ni dah pernah beli handbag, baju, kain, wallet, booch, kasut. Last2 thanks tue idea akak ipar bagi hadiah yang emak selalu guna/ teringin nak beli. Cik tom bagi hadiah tikar buluh yang bercorak (dah lama emak nak beli tapi xterbeli2 lagi) dan 3 helai apron (yang ini emak memang selalu pakai tapi cik tom sengaja beli 3 apron corak comel2). Emak siap cakap, eh mana tau emak memang nak beli semua ini tapi asyik tak jadi n lupa je. Biasa la dah instict anak kesayangan emak! heee ^_^
Sambutan hari lahir emak 4

Emak potong kek dan malu-malu cakap dah tua-tua still sambut hari lahir. Bagi cik tom, emak wanita paling cantik di dunia. Sayang emak sangat dan Ya Allah bagilah peluang dan kemudahan buat hambaMU ini untuk membalas segala jasa kedua ibubapaku. amin…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

48 thoughts on “Sambutan Hari Lahir Emak dengan BBQ

    • January 23, 2012 at 3:33 pm
      Permalink

      yup emak lahir setahun lepas merdeka..alert ye..hee

      Reply
  • January 22, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    Salam. Selamat Hari Lahir buat ibu Cik Tom.. Moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.. Bertuah ibu Cik Tom dapat anak2 yang begitu menyayangi dirinya.

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:33 pm
      Permalink

      salam kak nur..thanks akak..hee ๐Ÿ˜‰

      Reply
  • January 22, 2012 at 6:18 pm
    Permalink

    wau! kek lapis masam manis..baru jer makan tadi..kebetulan betul…
    apa-apa pun selamat hari jadi kepada IBU CIKTOM kita…hehe
    semoga panjang umur dan murah rezeki….AMIN

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:31 pm
      Permalink

      kek lapis masam manis sedap..
      thanks udinz…tukar url blog br ek..

      Reply
      • January 23, 2012 at 8:40 pm
        Permalink

        yaa…baru tukar…sbab url tu panjang sangat…org nak cari pun susah…google pun malas nk index…hehe

        Reply
        • January 24, 2012 at 3:26 am
          Permalink

          owh patut la…semua url lama tue jadi broken link…huhu

  • January 22, 2012 at 8:26 pm
    Permalink

    suka baca citer happy & penuh kasih gini. ^__^

    smoga emak ciktom sihat selalu..

    *saya pulak baru je tunaikan hasrat emak nk jln2 ke kelantan. mak tak penah sampai sana lagi. alhamdulillah kesampaian jugak.

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:21 pm
      Permalink

      cik tom agak jarang share cerita personal sejak ptghan tahun lepas..
      byk entry information je..heee
      thanks ujie…smoge ujie n emak juga sihat2 selalu..

      alhamdulillah bagusnya tunaikan hasrat emak..mmg anak yang baik..

      Reply
  • January 22, 2012 at 9:26 pm
    Permalink

    waa..mak sy xpenah sambut besday..selamat hari ulang tahun kelahiran mak cik tom..semoga panjang umur & murah rezeki..

    Wira Chomel recently posted Situasi Hangit Politik Malaysia

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:00 pm
      Permalink

      thank wira comel..sekali tahun bagus juga wira raikan besday emak..tanda penghargaan kat ibu bapa…

      Reply
  • January 22, 2012 at 9:32 pm
    Permalink

    wah meriahnya cik tom…kami pun suke wat besday famili..kumpul reramai best kan…neway…happy besday to mak cik tom..moga murah rezeki serta panjang umru..amin….

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:16 pm
      Permalink

      kalau dah kumpul ramai2 satu family memang meriah…
      thanks akak ๐Ÿ˜‰

      Reply
  • January 22, 2012 at 11:35 pm
    Permalink

    buat bbq memang meriah
    saya suka dengan aktiviti macam ni
    moga2 emak ciktom sentiasa sihat dan berbahagia selalu

    Reply
    • January 23, 2012 at 3:11 pm
      Permalink

      seronok dengan aktiviti apa2 pun asalkan bersama keluarga tersayang..
      thanks tehr..

      Reply
  • January 23, 2012 at 12:41 am
    Permalink

    hehe sedapnya nampak makanan tu. selamat hari jadi tuk emak Cik Tom ^^

    Reply
  • January 23, 2012 at 2:08 am
    Permalink

    Mak ciktom punya tarikh lahir sama dengan my mother kecuali tahun je lain. My mother lahir tahun 1952. Alhamdulillah masih sihat dan kuat. Harapnya mak kita sama2 kuat dan sihat ye…InsyaAllah…

    Reply
    • January 23, 2012 at 2:54 pm
      Permalink

      wah emak kita kongsi tarikh lahir sama ye…yup semoga emak kita sentiasa sihat dan kuat..amin..

      Reply
  • January 23, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    Meriah bebeno tu cik tom…mcm2 ado…hehehe

    Reply
    • January 23, 2012 at 2:10 pm
      Permalink

      meriah sangat..rindu pulak rumah..homesick..hik3 ๐Ÿ˜‰

      Reply
  • January 23, 2012 at 1:35 pm
    Permalink

    muda lagi mak cik tom ๐Ÿ™‚

    Reply
  • January 23, 2012 at 3:51 pm
    Permalink

    mesti best kan bila berkumpul adik-beradik buat bbq,,,meriah ..

    Reply
    • January 24, 2012 at 3:15 am
      Permalink

      memang best kumpul ramai2 dengan adik beradik…

      Reply
  • January 23, 2012 at 5:19 pm
    Permalink

    Hapy bday buat mak cik tom…
    Wah, bestnya smbut bday…
    Kek cklet lagi.. Terliur nmpak kek tu…

    p/s : buatkan kek cklet utk saya boleh? Hehehe=))

    Reply
    • January 29, 2012 at 2:26 am
      Permalink

      thanks peyan…boleh datang rumah ciktom..hehe

      Reply
  • January 23, 2012 at 6:57 pm
    Permalink

    mana satu cik tomnya yee??

    Reply
  • January 23, 2012 at 8:46 pm
    Permalink

    Meriahnya,kebetulan sama tarikh ngan adk bngsu chig.apa pun, selamat pnjang umo ya. D sampng eppy dgn org tersyg

    Reply
  • January 23, 2012 at 9:36 pm
    Permalink

    wahh meriah..best..dengan family memang best kan cik tom

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:49 am
      Permalink

      memang best bila kumpul ramai2 dengan famili camni..

      Reply
  • January 23, 2012 at 9:37 pm
    Permalink

    yuppp selamat hr lahir buat ibu ctom tersayang…. muda lagi ibunya, mak akak dah 64 tahun nie,.. rindu rasanya bila duduk berjauhan nie,…

    Reply
    • January 29, 2012 at 1:48 am
      Permalink

      owh ye ke akak..emak ciktom kawin muda masa umur 18tahun.hee..thanks ye akak..

      Reply
  • January 24, 2012 at 3:20 am
    Permalink

    selamat hari lahir mak,jangan lupa sy kat sni mak..hehee mak cik tom wanita paling cantik kat dunia,ciktom keturunan wanita tercantik la gamaknya ni.meh sini nak ngorat lebih^^

    slmt malam cik tom..

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:49 am
      Permalink

      thanks achie…emak je yang cantik..anaknya biasa2 je..hee

      Reply
  • January 24, 2012 at 3:28 am
    Permalink

    sebenarnya mak mak ni suka kalau kita zahirkan sayang kita pada mereka.Memang mak cik tom gembira benau la rasanya.Semoga di panjangkan umur dan dipelihara oleh Allah

    Reply
    • January 29, 2012 at 5:46 am
      Permalink

      thanks razali..yup diorang memang suka kita zahirkan kasih syang..tanda lebih dihargai..

      Reply
  • January 24, 2012 at 7:41 am
    Permalink

    wah..besar kek..hehe..

    Reply
  • January 24, 2012 at 7:07 pm
    Permalink

    selamat hari lahir kepada emak cik tom.. smg usia yang berlalu dan akan dtg sentiasa dalam rahmat Allah sokmo.. ameeennn… ๐Ÿ™‚

    Reply
  • January 25, 2012 at 12:01 pm
    Permalink

    kek tu cik tom buat sendiri ke? wow.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • January 29, 2012 at 12:48 am
      Permalink

      yelah ciktom buat sendiri..kalau teringin nak belajar boleh follow under resepi kek ye.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE