Santai Petang Ramadhan

BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!”

RAJIN KE KUBUR

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand . Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.” ” Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh…… “

CEWEK TELANJANG NAIK TEKSI

Cewek telanjang nekad naik taksi, pemandu teksi pun membebel. Si cewek pun marah-marah.”Gak pernah lihat orang telanjang apa!!!” Pemandu teksi pun menjawab,”Aku cuma bingung kamu nanti nak keluarkan duit dari mana!!!”

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Santai Petang Ramadhan

  • August 12, 2010 at 6:30 am
    Permalink

    hahahahaha..ini terbaek..nasib baik pose..kalau x dah guling2 dah ni..nice one!

    Reply
  • August 12, 2010 at 7:49 am
    Permalink

    hahahaha memg penawar duka dah lara betoi r entry kali nie yeahhhh yippiee

    Reply
  • August 12, 2010 at 9:10 am
    Permalink

    hentakbelipat: tQ…ingat2 anda tu puasa tau..hehe

    Reply
  • August 12, 2010 at 9:10 am
    Permalink

    ash: nape ni dear??duka lara pe??anything u can share wit me 🙂

    Reply
  • August 12, 2010 at 4:11 pm
    Permalink

    hehe…lucu la..mmg santai la..perut pun tak lapar…

    Reply
  • August 13, 2010 at 5:18 am
    Permalink

    alhamdulillah..bgslah 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE