Satu Blog Adakah Mencukupi?

Semakin hari semakin kencang tumbuhnya blog. Tidak dinafikan blog menjadi suatu platform yang mudah dan murah untuk menyebarkan suatu “fahaman”mahupun idealogi.

Jika dahulu geng politik tidak memandang blog ini sebagai senjata utama tetapi kini tidak lagi. Blog kini sudah menjadi antara senjata utama dalam mempengaruhi pembaca.

Satu Blog  Adakah Mencukupi ?

Jika dilihat mana-mana blog, setiap blog akan ada  meletakkan  widget Google Pagerank di sidebar masing-masing. Seperti mana semua maklum, Google Pagerank banyak bergantung kepada kuantiti dan kualiti backlink yang diterima. Tidak mustahil saya boleh mengapai Google Pagerank 2 dalam masa hanya hampir 2 bulan.

Persoalannya bagaimana teknik manipulasi ini dijalankan ?

Caranya mudah, bagi saya anda perlukan lebih daripada satu blog. Anda boleh bangunkan subdomain  mahupun dengan menggunakan akaun blogspot. Dan pecahan blog ini tidak memerlukan update entri yang berketerlaluan, maksudnya bukannya setiap hari.

Cukup sekadar anda meletakkan link post yang telah diupdate. Ataupun boleh copy paste entri yang anda taip di domain utama ke 2nd blog. Mudah.

Cara seperti ini juga membantu anda menaikkan “pagerank page” bagi sesuatu post. Teknik manipulasi ini sebenarnya dapat membantu anda setiap kali dalam contest SEO. Ramai yang blogger memenangi Contest SEO menggunakan teknik ini.

Bagi saya mudah 1 blog sememang tidak mencukupi JIKA :

  1. Anda mahukan blog utama anda naik atau melonjak  dengan cepat terutama dalam di kaca mata Google Pagerank. Ini hanyalah salah satu daripada tips blogging yang mampu saya kongsi.
  2. Anda mahukan earning blog cepat bergerak, tambahan blog diperlukan.

Saya yakin ramai blogger yang mengamalkan dan mempunyai lebih daripada satu blog.

Dalam mengejar ranking dan juga traffic,  jangan dilupai kualiti kandungan haruslah dijaga dengan baik. Inilah salah satu sebab utama membuat orang membaca dan singgah di blog anda. Kuasa memilih di tangan anda.

Ini adalah perkongsian yang seberapa daripada saya admin budakfelda.com. Apa pula pandangan daripada anda, jom kita kongsi demi kebaikkan kita semua.

Artikel bagi “Slot Penulis Jemputan” kali ini ditulis oleh BudakFelda.Com, part-time blogger yang gemar menulis dan berkongsi idea. Blogging, Review Gadget dan Liverpool Fan adalah antara niche yang amat gemar dikongsikan. Anda boleh follow BudakFelda.Com via Google PlusFacebook dan Twitter

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

167 thoughts on “Satu Blog Adakah Mencukupi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE