Saya nak menang gold coin 0.5g dari blog puanbee.com

Assalamualaikum dan salam sayang…. Dah lama nak join giveaway dari puan bee or ciktom lagi mesra panggil kak bee. Of course kena support kawan blogger yang terawal cik tom kenal dari blogging. Rasanya banyak jugak dulu cik tom tanya kak bee pasal wordpress. Selain support cik tom memang suka bangat hadiah yang ditawarkan iaitu gold coin 0.5g. Woww bab emas ni memang cik tom gemar sangat.

Syarat nak join contest ni pun mudah je hanya kongsikan cerita mengenai emas. Masa cik tom kecil2 dulu cik tom paling tak suka pakai barang kemas. Mesti emak suka paksa pakai waktu musim perayaan. Bagi cik tom masa tu pakai emas sarat2 ni dah ala mak cik gayanya. hahaha…

Paling cik tom tak boleh lupa. Masa umur cik tom 7 tahun kot, cik tom pernah hilang cincin emas bertatahkan berlian sebiji. Terjatuh ke dalam lubang toilet. Teruk kena marah dengan emak. Yelah bukan barang murah atau senang nak dapat kan. Serik sekejap nak pakai barang kemas.

Masuk ke sekolah menengah, cik tom dapatlah seutas rantai tangan emas kristal. Cantik sangat rantai tangan tue. Kristalnya warna warni bentuk love tergantung kat rantai tangan emas tu. Tapi sayangnya dah hilang jugak terjatuh masa keluar jalan2. Langsung tak jumpa sampai sekarang. Kalau terjumpa lagi design rantai tangan camtu memang cik tom beli. Tapi dah banyak kedai survey takdelah lagi setakat ni. hukhuk….

Cik tom jadi tak suka emas atau barang kemas sehinggalah waktu cik tom mula kerja. Masa tu cik tom kerja kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kawasan Pilah memang famous dengan harga emas lebih murah sehingga RM30 berbanding kedai emas di kawasan lain. Hampir setiap hari kawan ajak cuci mata tengok kedai emas sampailah satu hari tue lepas 5 bulan kerja. Kawan cik tom cakap nak beli cincin nak bagi nampak hasil gaji selama bekerja kan.

Cik tom pun jadi tertarik dengan idea kawan cik tom, K,zy dan terpengaruh nak beli jugak. Jadi cik tom beli rantai tangan emas jenis bebola yang halus tapi padu berat 6.36 g, harga masa tu total RM1030 pada 10/10/2011.

rantai tangan emas biji ketumbar

Itulah emas perhiasan pertama cik tom beli dengan duit sendiri dan paling cik tom sayang. Pernah ada kenangan hampir hilang jugak tau masa tue sehari sebelum raya kat Mesra Mall. Rasa nak nangis pusing satu Mesra Mall. Alhamdulillah ada rezeki lagi terjumpa kat Guardian.

Nampak benor tak pandai jaga barang kan? hihi…

Sejak dari akhir tahun 2011 tu sampai la ke sekarang memang cik tom gemar beli barang kemas. Alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk bagi hadiah cincin kat emak dan ibu saudara. Dulu cik tom aim beli barang kemas untuk bayar deposit beli rumah. Tapi entah kesampaian tak lagi hasrat cik tom ni. huhu…

Hasil hobi kumpul resit dari 2011-2016.

Pertengahan tahun lepas cik tom pernah beli emas lelong 2 bentuk cincin belah rotan. Seronok jugak first time bida emas lelong. Pengalaman berharga yang cik tom takkan lupa >>Pengalaman cik tom beli emas lelong.

Cik tom tak pernah ada koleksi gold bar. Tapi cik tom pernah menang silver bar 10 gram dalam satu contest blog beberapa tahun lepas. Gambar bawah contoh macam silver bar 10 gram yang cik tom dapat. Malas nak snap gambor. hehe..

Cik tom baru je buat akaun emas GAP dari public gold beberapa hari lepas. Baru je beli 1gram emas dalam akaun setakat nie. InshaAllah nak cuba komited untuk kumpul at least 1gram setiap bulan. hehe…

Sekarang cik tom jatuh hati dengan emas inspire pandora atau kak bee panggi masdora. haha.. Ada duit lebih lepas bulan 9 boleh la fokus kumpul duit sikit2 beli masdora pula. Geram je tengok charm, dangle, stopper entah apa lagi namanya. Comel2 sangat. hihi..

Comelkan pandora emas macam gambar kat atas?

Cik tom pun ada join main kutu emas dengan kak bee. hahaa… Bahaya2 kalau buka facebook je hari2 macam2 ada kak bee ni update gambar emas. Cuci mata jelah cik tom. Nak beli selalu tak mampu kan. haha..

Cik tom punya addict pada emas ni rasanya terserlah sampai ada entri blog kategori–> emas.

Kalau korang berminat nak beli gold bar ke, gold coin, cincin, rantai tangan/leher, bangle, masdora, charm atau nak main kutu emas boleh la add facebook kak bee>>Puan Bee.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

52 thoughts on “Saya nak menang gold coin 0.5g dari blog puanbee.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE