Sayonara Diego dan Dora

Salam… Setelah hampir setahun lebih cik tom bela kura-kura kesayangan cik tom, diego dan dora. Dari titik tolak entry Nak Cari Teman Hidup dan seterusnya ada pelbagai tips dan pengalaman cik tom kongsikan di blog sepanjang cik tom bela diego dan dora. Alhamdulillah semuanya okay cuma air dalam akuarium cepat kotor dan kura-kura cik tom memang kuat makan. Kalau lapar je diorang suka buat bising dengan cakar2 batu dalam akuarium bagitahu nak makan. hehe..

kolam diego dan dora

Tapi sayang seribu kali sayang cik tom terpaksa lepaskan diego dan dora kat kolam berhampiran rumah cik tom. Tak sampai pun 500 meter dari rumah cik tom ni. Keputusan ini terpaksa diambil bila ayah cik tom bagitahu kura-kura tue dah tak sesuai tinggal dalam akuarium sebab dah terlampau besar. Nak buat kolam pulak memang keliling rumah cik tom ni takde tanah dah yang tinggal nak buat kolam. Limited space.  huhu..

Diego dan dora dalam kotak

Emak cik tom ada jugak bising tanya kenapa buang kura-kura tue. Sayanglah dah pelihara dari kecik lagi. Tapi ayah marah sangat bila emak sebut perkataan “buang”. Rasanya ayah yang paling sayang kot sebab jadi teman dia baca suratkhabar. Ayah cakap bukan buanglah tapi letakkan diorang tempat yang lebih baik sesuai dengan keadaan diorang yang dah makin membesar. Kolam tue pulak memang banyak udang kecil, anak-anak ikan dan pokok kiambang. Sesuai untuk diorang berteduh dan cari makan.

Tempat baru diego dan dora

Ayah siap pesan lagi, makanan kura-kura memang banyak ayah belikan. So nanti sekali sekala kitaorang boleh jenguk dan bagi makan kat diego dan dora. Sob3.. Entah ingat lagi diorang kat cik tom lepas ni. Bila ayah lepaskan diorang nampak happy je. Siap menyelam dan berenang sana sini. Diego siap makan daun kiambang lagi. Dora pulak happy berenang. Ayah bagi pellet tapi diorang buat derk je. Oh sadis. huhu.. Jaga diri baik-baik diego dan dora di tempat baru.

Diego dan dora nampak happy

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

42 thoughts on “Sayonara Diego dan Dora

    • November 28, 2011 at 5:36 pm
      Permalink

      memang sayang..tapi xpe boleh jenguk diorang lagi pasni sebab kolam tue dekat dengan rumah je..

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:38 pm
      Permalink

      hi emiey..lama ciktom xsinggah blog..rindu emiey…owh sygnya rara dah mati..jaga ryan baik2 ye..

      Reply
  • November 28, 2011 at 5:28 am
    Permalink

    tp memang betul, itulah habitat mereka sbnrnya, mereka boleh lah makan benda yg segar segar dan berenang dgn sepuasnya
    Jom baca entri terkini Juan …Hijrah, Perlukah..My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 5:41 pm
      Permalink

      harapnya diorang happy dan dapatkan sesuai diri dengan tempat baru…

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:43 pm
      Permalink

      harapnya diorang masih ingat kalau cik tom jenguk kat sana..hehe

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:54 pm
      Permalink

      cik tom doakan yang terbaik utk diego n dora..

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:56 pm
      Permalink

      bawak pergi keje ke akak?masalah kura2 tue dah semakin besar..xboleh letak dalam bekas kecil..kesian kat diorang..aquarium yg sebelum ni dah plg besar jual kat kedai tapi dah sempit dah..tue terpaksa lepaskan diorang kat kolam dekat rumah..sob3

      Reply
  • November 28, 2011 at 12:02 pm
    Permalink

    alahai..
    sedih..
    tak pe cik tom..
    bela lagi yang lain..
    dah besar lepas kan kat situ…
    bertambah la sikit kawan2 diego dan dora..:)
    Jom baca entri terkini diana …KALAU TAK TERCAPAI BUAT MALU JE..My Profile

    Reply
    • November 28, 2011 at 5:57 pm
      Permalink

      sedih tapi harap diorang happy dapat tempat tinggal yang lagi selesa..ada jgk plan nak bela yg lain..huhu

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:57 pm
      Permalink

      yup..kalau kita sayang mesti kita nak dia bahagia..thanks

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:58 pm
      Permalink

      terima kasih..harapnya ini tindakan yang terbaik..bagi kebebasan kat diorang..

      Reply
  • November 28, 2011 at 6:09 pm
    Permalink

    Owh tidak.. tapi memang betul pun.. sal sekarang kura2 saya lagi besar dari tapak tangan saya.. ahakz..

    Tapi nasib ada kolah pvc kat rumah, kalau tidak.. payah juga.. huhu..

    Tapi itu kura2 adik saya, sal saya punya pet lain dah.. yakni mr Bunny.. keh keh keh..

    Reply
    • November 28, 2011 at 6:33 pm
      Permalink

      sedih tapi nak wat camane cik tom nak yang terbaik untuk diego dan dora…tempat tinggal yang selesa utk diorg…owh ade mr.bunny..mana pic?cerita la dlm blog.

      Reply
  • November 28, 2011 at 10:09 pm
    Permalink

    alorhhh…cian pulak..mesti dalam hati ayah cik tom sedih kan,cuma tak tunjuk je kan.tapi kalau nak sedap kan hati sedih,pujuk: xper..mereka lebih sesuai tempat yang lagi luas dan bebas.hope panjang umur diego n dora.tapi bila jenguk,jangan mereka dok eksyen sudah la kan..hahaha
    Jom baca entri terkini maya mustwany …MANA LAGI HEBAT?My Profile

    Reply
  • December 3, 2011 at 1:47 pm
    Permalink

    Awww… dah kene lepaskan dah.. takpe2.. dah takdir dorang mcm tu.. Semoga diego n dora hidup bahagia kat sana.. 🙂

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:11 pm
      Permalink

      aah dah lepaskan..sedih sgt tp nak wat camane..harap yang terbaik utk diorng..

      Reply
  • December 4, 2011 at 11:20 pm
    Permalink

    pergh.. lama betul x tgok diego dan dora.. dh besar eh diorang..

    rasa sekejap betul masa berlalu..

    alahai.. dh bela dri kecik, terpaksa berpisah plak.. mesti sedih gila.. huhu..

    Reply
    • December 27, 2011 at 3:53 pm
      Permalink

      masa mmg cepat berlalu..doakan yg terbaik buat diego dan dora..insyaAllah..

      Reply
  • December 6, 2011 at 5:38 pm
    Permalink

    dah lama x singgah sini…
    mungkin itu keputusan yang terbaik utk diego dan dora…
    akhirnya mereka kecapi erti kebebasan sebenar 🙂

    Reply
    • December 26, 2011 at 5:33 pm
      Permalink

      insyaAllah..ciktom pun harap camtu..ciktom pun dah lama xbw ke blog2..kl rajin pun smpt singgah 2, 3 blog..pastu stop,..huhu

      Reply
  • December 21, 2011 at 8:03 am
    Permalink

    kekeke. ciktom saye pon ade bela 3ekor kura2 dulu. kuku,rara, dan raku. tapi bila diorag da besar dah xmuat space dlm akuariun so terpaksa dlepaskan di tasik kebun. skrg mereka pon dah sronok dsana. kdg2 dtg jugak lawat tpi diorg x jengah muka pun.hehe. btw blog ciktom best. thumbs up! 🙂

    Reply
    • December 26, 2011 at 2:12 pm
      Permalink

      comel2nya nama kura wakiwa..xpe kita sm2 doakan diorg terbaik n lebih selesa ditempat baru kan…thanks dear..tp ciktom busy+malas nak update blog..hee

      Reply
  • December 21, 2011 at 12:49 pm
    Permalink

    cik tom..
    sy bela kure2 gak.. bubu nmenye..
    bubu aktif sgt..
    tp 1 day tibe2 mate die xleh bkak..
    so die xleh nk mkn sbb xnmpk..
    dah suap2 pon die xnk.. sedih sgt cik tom..
    xtau nk wat cmne dah..
    just asking la.. bole ke anta kure2 g klinik haiwan eh?
    ke klinik haiwan tu utk binatang b’bulu je?

    Reply
    • December 26, 2011 at 2:10 pm
      Permalink

      sweet nama kura2 bubu..rindunya kat kura2 cik tom..huk3…
      ciktom rasa baik aisya anta je kura2 tue pi klinik haiwan..klinik haiwan xsemestinya utk haiwan berbulu je tp utk semua jenis haiwan…

      Reply
      • February 13, 2012 at 7:28 pm
        Permalink

        hai ciktom saya ada bela kura2 bila dia dah besar saya x nak lepaskan diorang nanti sedih lah pastu kura2 saya ada sekor betina, pastu bila dia dah besar nak tengok dia dapat anak

        Reply
        • February 19, 2012 at 6:27 am
          Permalink

          kalau sayang janganlah lepaskan..jaga kura2 adik baik2 ye sampai besar dan bertelur.

  • February 3, 2012 at 8:38 pm
    Permalink

    bsr gak diego n dora time dilepaskan…brape umur depa time 2 cik tom??kura2 leh hidup brape lame eh??yg kecik sebesar 5kupang 2 leh ke membesar till xmuat akuarium???byk tul soklan…bkn pa, kte br je plihara kura2…sj borim2…cr bnda yg leh wt main..totoey n tutuey namanye…=)

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:22 pm
      Permalink

      cik tom xpasti umur diego dan dora tapi cik tom dah bela setahun lebih..kura2 haiwan yang paling lama dapat hidup sehingga beratus tahun lamanya..
      kura2 cik tom memang asal besar duit 50 sen pastu membesar sampai besar akuarium kat rumah…comelnya nama kura2 awak..

      Reply
    • February 17, 2016 at 7:55 pm
      Permalink

      memang sedih tapi untuk keselesaan diego dan dora..terpaksa ciktom bagi duduk kolam lagi selesa…sebab saiz dah lebih besar dari tapak tangan ayah cik tom..akuarium ikan yang besar tu pun dah sempit untuk 2 ekor kura2 saiz besar..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE