Secerah Mentari… Seindah Pelangi…

Salam… Hidup ini seumpama mentari, hujan dan pelangi. Adakalanya ia secerah mentari.. seindah pelangi.. Hidup ini indah bilanya ia secerah mentari. Tapi kadang-kadang kita lupa yang ada ketikanya Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan hujan. Kita tertanya-tanya, ke mana perginya matahari. Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah. Janganlah selalu mengeluh dengan apa yang kita hadapi sekarang, tetapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Sebenarnya, cik tom nak update menang tempat kedua bagi Contest 3 Blog Pilihan Terbaik anjuran Amirez. Terima kasih kepada semua rakan yang support dan juga kepada penganjur serta penaja contest seo ini. Kemenangan tempat kedua ini boleh dikatakan tuah je kalau tak mungkin cik tom menang tempat ketiga. Apa-apa pun kagum dengan kehebatan onlajer yang menduduki tempat pertama google.

Pemenang Contest 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia
Pemenang Contest 3 Blog Pilihan Terbaik Malaysia

So, pada blogger diluar sana jangan cepat patah semangat untuk join contest SEO. Jangan jadikan tak pandai seo sebagai alasan kalah atau tak nak join SEO. Kita sentiasa melalui proses pembelajaran untuk berjaya. Masa korang kecil dulu pun terus je ke lahir-lahir dah pandai berjalan?? Mestilah kita semua melalui proses merangkak, bertatih, berjalan seterusnya berlari kan. Samalah juga dengan proses nak belajar SEO ini, kita kena sentiasa rajin untuk mencuba teknik baru. Google apa teknik yang bagus dan cuba aplikasikan di blog. Tengok bagaimana hasilnya.

Jangan asyik guna alasan kalau join memang konpem kalah atau alah mana aci buat contest seo memang asyik muka sama yang menang. Sebagai contoh, korang hanya nampak kemenangan akmaomar je dalam contest ini. Walaupun korang tengok hanya ada 1 entri di blog dia. Tapi macam-macam usaha dan teknik yang dilakukan untuk menang dalam contest ini cuma ramai tak nampak je. Bukan dia duk senang-lenang je tunggu menang bergolek kat kaki dia. She deserve it 🙂

Korang tak pandai SEO, boleh amik inisiatif pergi beli ebook SEO arifshah atau ebook Juara SEO Lokal. Pergi dalami dan belajar teknik yang betul. Kalau sayang nak keluar duit pergi godek2 entri blog lain mengenai tips dan teknik SEO. Cuma biasalah perkara free bukan semua rahsia seo akan didedahkan.

Dah tamat 1 contest SEO. Ada lagi 2 contest SEO yang berjalan dan bakal tamat akhir bulan ini iaitu Contest SEO Tahunku Yang Kacak/ Cantik dan juga Contest SEO Blog Popular. Kedua-dua contest seo ini cik tom tak join, hanya bertindak sebagai penaja sahaja. Contest SEO terbaru bermula ialah 10 Blogger Terbaik Malaysia dan bakal tamat 3 Mac 2013. Cik tom duk fikir lagi nak jadi penaja ke atau peserta? Sebab dua-duanya best!!

Seindah Pelangi... Secerah Mentari...
Seindah Pelangi… Secerah Mentari…

Seindah pelangi, pelangi akan hilang jua..
Secerah mentari, malam akan berganti siang..
Semuanya aturan dari ALLAH..
Ada ketikanya kita diatas..
Ada ketikanya kita mungkin berada dibawah..

Semoga segala rezeki ini akan mendekatkan lagi diriku padaMu..
Menambahkan rasa syukur dan berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan.
Kerana sebahagian daripada rezeki ini adalah milik mereka..
Tapi Allah salurkan kepada diriku supaya dikongsi bersama mereka..
Sebagai satu ujian supaya tidak sombong atau bongkak..
Kerana Allah sentiasa sayangkan hambaNya..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Secerah Mentari… Seindah Pelangi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE