Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

Cik tom nak join segmen yang fariqscorpio buat iaitu Segmen Kereta tempatan Pilihan Anda. Sebelum ni nak join Segmen Jom Kipas Blogger tapi tak sempat nak join tengok2 dah tutup. huhu.. So kali ni tak nak lepaskan peluang join segmen kedua fariq ni. Memang kenalah segmen fariq ni sebab cik tom baru beli kereta Perodua Kelisa yang secondhand 3 minggu lepas untuk mudahkan berulang alik kerja.

Kereta tempatan pilihan cik tom ialah kereta Perodua Kelisa 1.0 EZ auto. Kenapa cik tom pilih kereta Perodua Kelisa ni? Sebabnya kereta produk perodua keluaran Malaysia ni banyak kelebihannya. Terutamanya, dari segi body kereta kelisa ni yang kecil. Cik tom memang suka kereta yang kecil dan bersesuaian dengan ketinggian cik tom. Kereta kelisa ni nampak comelnya macam tuannya yang bawa. Selain itu, kereta kelisa mudah je nak menyelit kat jalanraya.

kereta kelisa comel

Pasal apa pulak kereta transmission auto? Sebabnya cik tom tak reti bawak manual. haha.. Selain itu, kereta kelisa ni mudah untuk parking kerana bodynya yang kecil. Hanya perlukan ruang yang kecil untuk parking. So, cik tom tak perlu bimbang sangat walaupun tak berapa pandai pun parking sebabnya ruang parking tue kira besar lagi bila compare dengan body kelisa. huhu..

Yang paling best memang jimat petrol guna kereta kelisa ni. Petrol still lagi tahan 2 minggu tanpa isi semenjak mula-mula cik tom datang bawak kereta tue dari marang ke kemaman (>90km) dan guna ulang alik pergi kerja dari rumah sewa dan beli makanan. Memang diakui kereta kelisa ni jimat petrol. Siapa cakap kereta produk luar negara je jimat minyak?

Pasal enjin, cik tom tak tahu sangat tapi abang cakap bagus sebab enjin injap DOHC. So, cik tom cari maklumat dari hasil google. Kereta Kelisa ni mempunyai satu kelajuan maksimum 97 mph (156 km / h) dan boleh mencapai kira-kira 55 batu se gelen. Kereta Kelisa mempunyai satu tiga silinder 989 petrol cc injap DOHC 12 enjin (Enjin EJ-DE) dengan sistem pancitan bahan api elektronik. Tapi kelajuan paling tinggi cik tom bawak setakat ni 90km/h je.

Sedikit sejarah kereta kelisa ialah kereta kelisa ni mula diperkenalkan di Malaysia pada Januari 2002 bagi menggantikan kereta kancil. Tapi sekarang dah takde kereta kelisa ni sebab perodua dah hentikan pengeluaran dan gantikan dengan produk baru iaitu Perodua Viva pada bulan Mei 2007.

Cik tom berbangga dengan produk keluaran Malaysia. Beli dan sokonglah produk dari Malaysia. Jangan kita asyik duk bangga dengan produk dari luar negara je.

Sumber: Kereta Kelisa

p/s: Sebenarnya contest ni dah tutup 2hb Jun 2011 semalam.. Lupa nak buat autopublish sebab lepas balik kerja je terus siap2 barang nak balik kampung. Sampai rumah terus tertidur letih. Tapi oleh sebab dah siap taip semua so cik tom publish juga. ^_*

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

  • June 3, 2011 at 9:24 pm
    Permalink

    Salam.
    Kiutnya kereta. sama colour dgn baju pemiliknya. hehe.

    pst: mula-mula kerja ni elok la pakai kereta buatan tempatan dulu. murah pun murah. jimat minyak & jimat nk bayar bulanan. Nanti 5-6 tahun kerja baru la nk tukar kereta ada power besr sikit ke.
    Jom baca entri terkini mekar …Ajal si Ikan EmasMy Profile

    Reply
  • June 3, 2011 at 9:30 pm
    Permalink

    saya suka Myvi. =)

    Reply
    • June 4, 2011 at 10:46 am
      Permalink

      dah tau jai memang suka pesona sebab nmpk banner pesona kt blog jai…hehe…ayah cik tom pakai kereta pesona..ok la..not bad…huhu

      Reply
  • June 4, 2011 at 2:32 am
    Permalink

    kereta kelisa ni macam mini cooper sket. hihi.. lawa kalau make over ni. asada lebih suka saga baru skrg ni. ngeee 😀
    Jom baca entri terkini ASaDa RyutaRo …Tips Berjimat Cermat Untuk Si BorosMy Profile

    Reply
    • June 4, 2011 at 10:42 am
      Permalink

      wah ramai yang suka saga baru yg FL tue ek?xpe beli la 1 bila balik malaysia..hehe

      Reply
    • June 4, 2011 at 10:37 am
      Permalink

      aah memang kereta kelisa ni jimat minyak…sesuai untuk yang belum kahwin sebab kecik kot..nanti dah kahwin ramai anak tak muat kereta…hehe

      Reply
  • June 4, 2011 at 9:28 am
    Permalink

    pergh ~ napa modelnya muka mcm kelisa juga? haha..

    kelisa memng best, sal ada keta kelisa mkcik punya jg kan.. tp mnual la.. ahakz.. ala, auto atau mnual, sma jak.. msing2 ada klebihan.. hehe..

    Reply
    • June 4, 2011 at 10:33 am
      Permalink

      hahaha…muka model mcm kelisa ek?tue sudah tentu sbb 2-2 comel…hik3..

      Reply
  • June 4, 2011 at 12:07 pm
    Permalink

    woahhh.. ciktom dh ada kereta sindri rupanya… hehe.. tahniah2..

    Reply
  • June 4, 2011 at 10:11 pm
    Permalink

    hehe..ada kereta kelisa. tapi adik kebas..so, pakai ajela saga blm yang baru beli tu..tapi memang jimat kelisa nih..tapi lebih suka manual. sedap bawa laju..balancing best..
    Jom baca entri terkini titan …The InvigilatorMy Profile

    Reply
  • June 5, 2011 at 1:41 pm
    Permalink

    ciktom berdiri sama tinggi dengan kereta? miahahahaha

    Reply
  • June 6, 2011 at 3:07 pm
    Permalink

    wuhuu.. Lepas ni bley la tumpang ciktom gi keje sesame. Ngeh.
    Btw. Lmbt pon xpe la. Saya pon lmbt umumkn benda ni selagi tenet xok.
    Ni pon on9 pakai hp je.. Papepon standby ye ciktom.. Ngee. I like this
    Jom baca entri terkini Fariq …Kekeliruan Identiti Si Musang MerahMy Profile

    Reply
  • June 7, 2011 at 4:21 pm
    Permalink

    saya suka kete kanci heee.entah bila dpt pakai kete sndri tak tahu le cik tom syg huuu

    Reply
  • July 11, 2011 at 12:06 am
    Permalink

    salam..sy plan nk beli kete baru (auto) yg sesuai tok g keje..sy tinggi n tak sesuai drive kancil, kelisa, viva n seangkatannya..boleh tolong suggest kete yg sesuai..sy lalu federal hway jam pergi balik keje so sy perlu kete yg jimat minyak..skng sy drive kete wira manual..sy perlu kete auto sbb xsanggup redah jam hari2..plzz suggest kete baru yg sesuai..tQ 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!