Post navigation

Segmen Review Sesama Blogger

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Harap masih sempat join support segmen dari puanbee iaitu “Segmen Review Sesama Blogger” bersempena contest “iPhone 5 Gadjet Impian”.

Segmen Review Sesama Blogger

Segmen Review Sesama Blogger

Tugasan 1-4, alhamdulillah dah cik tom siapkan. Untuk tugasan dalam artikel ialah perkenalkan blog ciktom[dot]com, komen blog puanbee dan juga lensablogger.

Review blog ciktom[dot]com

Blog ciktom[dot]com bermula dengan platform percuma blogspot iaitu “tomatogurlslife.blogspot.com” pada 15 Julai 2010. Pada permulaan hanya untuk isi masa lapang je berblog menjadi lebih serius bila jatuh hati dengan dunia blog. hee… Blog lebih kepada semi personal blog kerana cik tom suka menulis entri di blog mengikut interest terbaru cik tom. Pada ketika ini, blog ini lebih kepada tips blogging, review produk (advertorial) dan sideincome. Blog ini berstatus PR3, ranking dunia- 85,503 dan ranking Malaysia- 416.

Cik tom lebih suka blog ini lebih dikenali kerana penulisan blog dan bukan diri cik tom. Sebab itu tak ditonjolkan diri dan nama sebenar di blog. hehe.. Status single masih belum berkahwin. Target nak kahwin tahun 2013, doa-doakanlah dipercepatkan jodohnya ye. hehe…

Statistik blog seperti yang diminta oleh puanbee jika terdapat advertiser yang berminat dengan statistik blog.

Statistik dari cpanel

Statistik dari cpanel

Trafik dari nuffnang

Trafik dari nuffnang

Trafik dari google analytics

Trafik dari google analytics

Rasanya cukuplah sampai sini, kalau nak tahu lanjut maybe boleh baca artikel: 2012 Tahunku Yang CantikPahit Manis Hidup Berblog serta Ulang Tahun Ke 2 Blog Cik Tom.

Komen Blog Puanbee[dot]com

Cik tom kenal blog puanbee masa kitaorang masih sama-sama menggunakan platform blogspot lagi. hee… Kak bee ini memang seorang blogger yang SUPER rajin belajar masa itu. Memang gigih orangnya dengan try & error dan akhirnya kak bee dulu yang bertukar ke hosting wordpress. Kemudian barulah cik tom menyusul ke hosting wordpress. Blog puanbee berstatus PR2, ranking dunia- 63,867 dan ranking Malaysia- 392.

Cik tom suka theme akak yang baru ni memang menarik dan laju load blognya. Header blog pun cun dengan niche kekeluargaan. Kak bee memang rajin dan berani buat percubaan demi percubaan dalam blog. Rasanya theme dan header tue dah berpuluh kali tukar kat blog kot sampai kak bee jumpa yang berkenan di hati. Server pun sama dah macam2 server dah kak bee ni pernah guna. Memang seorang pro blogger yang banyak pengalaman berblogging. Kalau ada apa2 jangan segan tanya kak bee. Cik tom pun pernah berguru dengan kak bee ni masa mula guna wordpress. Terima kasih ye akak. hee… :)

Komen Blog Lensablogger[dot]com

Cik tom rasa pernah dengar url blog ni tapi lupa pulak pernah singgah tak sebelum ni. Tapi first impression masa singgah ke blog lensablogger ni, theme blog yang simple dan menarik. Load blog pun laju je. Cadangan better juga masukkan page navigation untuk mudah akses ke page artikel seterusnya. Mengenai blog pula bernichekan berita dan isu semasa tapi gaya artikel yang disampaikan mengikut penulisan sendiri dan bukan copy paste berita semata-mata. Malahan bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difahami. Tengok gaya blog, socialmonkee dan google adsense macam pro blogger yang menitikberatkan seo. Cik tom dah komen di entry blog cuma tak pasti masuk spam komen atau jadi moderate komen.

Tengok hadiah2 contest iPhone 5 Gadget Impian kat entry bro denaihati: iPhone 5 Hadiah untuk Blogger memang lumayan. Walaupun cik tom tak berkesempatan untuk join tetap support kawan-kawan yang join dengan klik g+ artikel kalian dan mengundi di blog denaihati. Semoga akak berjaya  untuk contest iphone5 gadjet impian.

Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  ,Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com.

********************************************************
klik sini

9 thoughts on “Segmen Review Sesama Blogger

  1. Walau apa pun ciktom adalah cikguru akk juga ..

    terima kasih ciktom sertai segemen akk ni …

    tempoh tutup segmen di lanjutkan , dek kerana contest gadget impian di lanjutkan .. sila lah ciktom berkempen bagi pihak akk , kalaua da sapa2 rakan blogger nak join sama ..

    :) good luck untuk ciktom ..
    puanbee recently posted..My Happy MomentsMy Profile