Post navigation

Sekolah Digalakkan Pasang Kamera CCTV

Posted on by

Semua sekolah digalakkan memasang CCTV di sekolah masing-masing dalam usaha menangani masalah disiplin dikalangan pelajar sekolah. CCTV ini terdapat kelebihan dan keburukan dalam pelaksanaan CCTV. InsyaAllah cik tom akan kupaskan isu ini dari perspektif cik tom pada entry akan datang. Sebelum ini, cik tom pernah kongsikan tips macam mana nak detect (kesan) CCTV yang tersembunyi.

KOTA BHARU – Kementerian Pelajaran menggalakkan semua sekolah yang memiliki sumber kewangan memasang CCTV dalam usaha membendung masalah disiplin termasuk gejala sosial dan samseng di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pemasangan CCTV mampu membantu membendung masalah disiplin di kalangan pelajar sewaktu mereka berada di sekolah.

“Jika sesebuah sekolah itu memiliki sumber kewangan, tiada halangan untuk mereka memasang CCTV dan kita menggalakkan usaha itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Ke-49 di sini semalam, yang dihadiri 600 pengetua dari seluruh negara.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian tidak menyediakan peruntukan khusus untuk tujuan itu.

“Sebagaimana kita tahu CCTV ini mahal. Kawasan sekolah besar dan tidak boleh ada satu CCTV sahaja. Saya difahamkan ada beberapa sekolah yang buat CCTV ini atas perbelanjaan dan peruntukan sekolah itu sendiri,” katanya.

Credit : kosmo.com.my

********************************************************
klik sini


3 thoughts on “Sekolah Digalakkan Pasang Kamera CCTV

  1. x tau lah saya, bagi saya x perlu kot cctv, cikgu sikit sangat ker sampai x nampak budak kat mana, yg penting sekolah jgn lah bnyk sgt port port yg susah cikgu nk jumpa sebab budak skrg dah pintar
    Juan recently posted..Nuffnang Buffered EarningsMy Profile