Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua kawan-kawan blogger…Disini cik tom nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger/ pembaca setia/ silent readers yang sudi singgah di blog cik tom walaupun cik tom agak busy dan jarang online. Kalau memang berkesempatan cik tom akan cuba balas semua kunjungan. Pada yang komen/ pertanyaan/ kunjungan/ request tutorial yang tak terbalas, cik tom minta maaf sangat2 sebabnya cik tom memang busy sejak kerja baru bulan 6 yang lepas.

Ada kawan blogger yang tertanya apa pekerjaan terbaru cik tom selepas cik tom berhenti kerja sebagai kerani pada awal bulan 6 yang lepas. Sebenarnya cik tom sekarang kerja sebagai pensyarah part time full time (PTFT) di UiTM Negeri Sembilan. Kerja pensyarah kimia yang cik tom kerja sekarang ni hanya kontrak selama 1 sem (5 bulan) iaitu bermula bulan 6 dan insyaAllah berakhir pada bulan 10 ini. Itu je yang dapat cik tom ceritakan buat masa sekarang. Maaf bukan sengaja berahsia tapi cik tom malas nak cerita kerja yang hanya kontrak untuk 5 bulan je. huhu..

Maybe hari ini hari terakhir cik tom akan online sehinggalah selepas raya enam nanti baru cik tom akan online balik. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ampun maaf di pinta jika ada yang terluka disepanjang perkenalan kita. Semoga Hari Raya tahun ini menjanjikan seribu keceriaan dan kebahagiaan disamping keluarga tercinta. amin..

Selamat Hari Raya

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

73 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!