Selamat Tinggal Google Friend Connect

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Berat rasa hati nak buang widget Google Friend Connect di blog cik tom. Tapi demi penambahbaikan blog untuk tahun 2013 terpaksa juga dilepaskan. Tarikh hari ini 30/12/2012, follower blog ini dah masuk 4775 geng tomato. Bukan senang orang follow dengan rela hati tanpa paksaan sebab syarat nak join contest ke apa. hehe…

Tapi bila fikir panjang dah memang takde efek google friend connect ini pada blog cik tom. So, cik tom ambil keputusan untuk remove dari sidebar kepada Google+ Follower. Bak orang kata patah tumbuh, hilang berganti tapi jasa yang lama tetap dikenang sampai bila-bila. “Google+ Follower” ini ialah widget pengganti kepada widget “Google Friends Connect” yang diperkenalkan oleh pihak Google.

Google Friend Connect
Google Friend Connect

Selamat tinggal Google Friend Connect, Selamat datang Google Plus Follower.

Google Plus Follower
Google Plus Follower

Sudi-sudikanlah follow blog cik tom di Google Plus Follower ye. Cik tom letak widget ni kat bawah. Tapi satu perbezaan yang cik tom rasa widget ini lagi laju load compare dengan Google Friend connect.

Pada pengguna blogspot yang nak masukkan widget ini boleh rujuk>>Google Plus Follower Widget.

Pada pengguna wordpress pula,Β Β cik tom tak pasti kalau ada widget atau plugin untuk gunakannya. Cik tom pergi copy je code dari view source blogspot tue dan outer code mengikut kesesuaian blog cik tom. Kalau berminat boleh copy code dibawah masukkan dalam widget korang.

<div
class='g-plus' data-action='followers' data-height='250' data-href='https://plus.google.com/u/0/104608086409078098819/' data-source='blogger:blog:followers' data-width='270'></div>
<script type='text/javascript'>
(function() {
window.___gcfg = {'lang': 'en_GB'};
var po = document.createElement('script');
po.type = 'text/javascript';
po.async = true;
po.src = 'https://apis.google.com/js/plusone.js';
var s = document.getElementsByTagName('script')[0];
s.parentNode.insertBefore(po, s);
})();
</script>

Info tambahan;

  • data-width=’250‘ >> yang nombor warna merah tue, korang outer ikut lebar widget yang korang nak. Kalau tak nak ubah pun boleh.
  • data-height=’270‘ >>Β yang nombor warna merah tue, korang outer ikut ketinggian widget yang korang nak. Kalau tak nak ubah pun boleh.
  • data-href=’https://plus.google.com/u/0/104608086409078098819/‘ >> yang Β merah tue, korang pergi amik URL/ link untuk profile google plus korang. Ini WAJIB ubah, kalau tak nanti terpapar google plus ciktom pula kat profile korang.

Dah lama tak main coding, pening kepala kot. Ini tengah pening lagi lupa hari itu adjust code mana untuk header. Otak dah campuraduk coding html dan formula kimia. huhu ;p

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

62 thoughts on “Selamat Tinggal Google Friend Connect

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE