Selesanya Adira Dengan 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway

Assalamualaikum dan salam sayang.. Bila dah ada anak sendiri ni semua keperluan anak ciktom lebih utamakan dari diri sendiri. Rasanya memang semua ibu pemikiran macam ni kan?Nak hanya yang terbaik dan selesa untuk anak-anak. Termasuklah keperluan stroller untuk keselesaan anak jika nak baring atau tidur ketika berjalan di luar. Lagi untuk keselesaan tambahan anak di dalam stroller, ciktom ambil keputusan untuk belikan stroller liner.

perbezaan stroller dengan stroller liner

Perbezaan stroller Adira sebelum dan selepas pasang stroller liner

Kebaikan stroller liner ini kain material yang sejuk membuatkan anak lebih selesa. Selain, kebersihan alas anak di dalam stroller lebih terjamin. Yelah dengan adanya stroller liner ini dapat mengelakkan stroller cepat kotor.Stroller liner lebih mudah untuk ditanggalkan dan dicuci.

Memikirkan sekarang memang banyak lambakan stroller liner dipasaran. Ciktom telah membuat survey dan yang menjadi pilihan ciktom ialah 3D Shock Proof Universal Stroller Liner brand Mamaway.

stroller liner mamaway berkualiti

Kenapa stroller liner dari Mamaway menjadi pilihan hati ciktom??

Sebelum ciktom cerita panjang lebar kenapa dan mengapa?Jom tengok video pendek hanya 1 minit yang berjaya mencuri perhatian ciktom untuk terus survey apalagi kelebihan stroller liner mamaway ini.

Ok dah tengok videonya. Macam mana pendapat anda?

7 sebab 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway Menjadi Pilihan Ciktom

1.Material berkualiti sama bahan buat  space suit NASA

Material kain stroller liner Mamaway menggunakan bahan yang sama untuk membuat baju angkasawan(spacesuit) NASA. Teknologi NASA ini memberi keselesaan optimun kepada jadi bayi supaya tidak akan merasa terlalu sejuk atau tidak terlalu panas semasa duduk di dalam stroller. Stroller liner ini sesuai digunakan untuk pada hari yang cerah atau tempat berhawa dingin (aircond) seperti pusat membeli-belah, dataran tinggi, dan sebagainya.

adira selesa dengan stroller liner

Lihatlah Adira ketawa riang walapun duduk di dalam stroller, selesa dengan adanya stroller liner yang empuk. Hihi..

2.Mengawal suhu dan mengimbangi lembapan/haba

Salah satu point penting ciktom dalam memilih stroller liner ialah liner yang lembut dan tidak panas sesuai untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif.

stroller liner kain lembut

Permukaan liner yang sangat lembut dan selesa untuk Adira

Malahan, stoller liner Mamaway ini permukaannya sangat lembut yang dipertingkatkan dengan teknologi Outlast, yang mana ianya mengimbangi antara haba dan kelembapan dengan menyerap, menyimpan dan melepaskan haba. Ia menjaga kulit bayi pada suhu optimum 28 degree celcius.

3. Sistem Pengudaraan Yang Bagus

Stroller liner Mamaway mempunyai sistem pengudaraan yang bagus bagi mengelakkan dari rasa terlalu panas ataupun berpeluh . Dalam masa yang sama, 3D design yang dipatenkan itu  juga berfungsi menyerap gegaran serta tahan  kendur dan mampu menampung berat bayi.

3D stroller liner mamaway

Tengok close up gambar ciktom ambil ni, memang unik design 3D stroller liner Mamaway ni.

design stroller liner unik

4. Teknologi Produk Yang Selamat dan Antibakteria

Yang paling utama ialah stroller liner disahkan produk yang selamat dan telah mendapat Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria serta Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201).  Bahan berkualiti tinggi menjadikan ia semulajadi tahan terhadap bakteria dan juga hama habuk.
stroller liner selamat dan Antibakteria

5. Rekabentuk comel dengan tahan gegaran

Comelkan rekabentuk stroller liner Mamaway ni? Ciktom suka bentuknya yang lebih comel dan panjang berbanding stroller liner yang lain.  Warnanya yang putih bersih juga mudah untuk ciktom nampak  ada kotoran, semut ke. Stroller liner ni disertakan satu tali yang boleh diikat pada stroller  bagi mengelakkan liner bergerak atau tergelincir. Ianya juga mempunyai mekanisma  menyerap gegaran supaya bayi lebih selesa.

testimoni stroller liner mamaway

6. Ringan dan sesuai untuk pelbagai kegunaan

Yang  ciktom suka stoller liner ini juga ringan,mudah alih dan rekabentuk yang direka khas sesuai untuk pelbagai kegunaan. Tidak terhad kepada stroller sahaja, ia dapat digunakan untuk alas car seat, car basket, kerusi makan baby dan juga booster seats. Menarik dan menguntungkan dengan stroller liner yang serbaguna.

stroller liner serbaguna 3 in 1

7. Tahan lasak, mudah ditanggalkan dan dicuci

Extra point, yang ciktom paling suka ialah stroller liner Mamaway ini tahan lasak dan kemas jahitannya. Ia juga mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh menggunakan mesin basuh. Jadi kebersihan stroller liner terjamin untuk kebaikan kulit bayi.

jahitan kemas

Jahitan yang kemas dan kualiti kain tahan lasak

Ciktom memang highly recommend anda dapatkan stroller liner yang selesa ini khas untuk stroller/ carseat/ carbasket, anda boleh dapatkan maklumat lanjut stoller liner di website Mamaway >>http://bit.ly/2M1utd2.

Selain stroller liner, anda boleh juga survey produk ibu dan anak di website atau laman sosial Mamaway:

Website : https://my.mamaway.com/

Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

21 thoughts on “Selesanya Adira Dengan 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway

  • December 11, 2018 at 10:39 am
    Permalink

    Ala2 comelnya dia kat dalam tu..
    Tapi betul kalau tak letak liner mmg stroller cepat kotor nanti. Elok letak mcm ni.. Anak pun selesa

    Reply
  • December 11, 2018 at 10:40 am
    Permalink

    Cantik juga stroller ni.. Jahitan dia pun memang nampak kemas. Yang penting ketahanan dia yg tahan lasak.. Teknologi yg digunakan pun bagus dan antibakteria.. Stroller mcm ni la yg sesuai kalau ibu bapa nak beli kan.. Boleh rekemen kat kawan2 lah nanti kalau diorang nak beli

    Reply
  • December 11, 2018 at 10:58 am
    Permalink

    selesa nmpk adira bila guna 3D Shock Proof Universal Stroller Liner tu…sennag juga nk cuci kan..ye la kdg2 bdk2 ni tertumpah susu ke, makan minum ke kan kt stroller…ada liner tu senang la skit…bkn utk stroller je ye..carseat pn bole….tq for sharing…
    Jom baca entri terkini mamatisya …movie day out layan MORTAL ENGINESMy Profile

    Reply
  • December 11, 2018 at 11:09 am
    Permalink

    Wahhh..nampak selesa baby dalam stroller ni. Bagus la stroller yang mementingkan ciri keselesaan dan keselamatan camni

    Reply
  • December 11, 2018 at 11:09 am
    Permalink

    Bagus stroller ni. Mementingkan keselesaan dan keselamatan pengguna. Memudahkan ibu bapa bawa anak jalan². Kot tertidur, masukkan sahaja dlm stroller tp cx tk pernah beli sebab suami kata tak perlu. Hahah kakak nak bg pon taknaak, kekwat betul! Hahahhaa tp cx ok je. ??

    Reply
  • December 11, 2018 at 11:32 am
    Permalink

    Nampak jelas muka keselesaan Adira degan product ni…seronok la dia kan…product yang selesa memang sepatutnya menjadi pilihan..adakala stroller liner ni panas kan…kadang2 main beli jer tak tgok pun kesesuaian pada anak kita….bila dah ada jenis ni dan mesra bayi..elok la pilih…

    Reply
  • December 11, 2018 at 12:29 pm
    Permalink

    kena beli ni ! airah memang tengah survey barang keperluan baby.produk ni macam wajib je masukkan dalam list.memang berguna sangat.baby pun nampak selesa

    Reply
  • December 11, 2018 at 1:08 pm
    Permalink

    Sama macam stroller padding la kan? Hehe syira pun guna padding untuk alas dalam stroller. Supayaa anak lebih selesa. Nampak menarik pulak Mamaway ni. Nanti boleh beli untuk anak.

    Reply
  • December 11, 2018 at 5:40 pm
    Permalink

    Wah menarik product Mamaway ni. Dah anak 3 baru tau ada product macam ni. Sebelum ni tak amik tahu sangat juga pasal liner camni. Memang bagus ada shock proof camni, barulah anak tido lena and selesa duduk dalam stroller tu kan?
    Jom baca entri terkini shamiera osment …ezbuy Shipping From Oversea for Only RM8.80!My Profile

    Reply
  • December 11, 2018 at 6:08 pm
    Permalink

    Menarik betul stroller liner ni. Kena la Qiss masukkan list untuk baby nanti. Menarik sebab material dia sama dengan sut angkasawan NASA kan. Paling best part senang dicuci. Memudahkan kerja sebagai ibu bapa

    Reply
  • December 11, 2018 at 7:44 pm
    Permalink

    Bagus jugak stroller liner ni kan..zaman sis dulu hanya letakkan pelapik je..kenkadang hilang entah kemana pelapik tercicir..hehehe. Memang kena ada benda ni sebab senang nak bersihkan kalau terkena kotoran, tak payah nak cuci stroller semua

    Reply
  • December 12, 2018 at 8:43 am
    Permalink

    Bila dah ada anak ni, segala keperluan anak memang akan dititikberatkan.
    Sekalipun untuk duduk didalam stroller kan.
    Kita kena berikan sepenuh keselesaan kepadanya.
    Nampak berkualiti produk ni. Kenapa la dulu kita tak terpikir nak beli alas mcm ni. Hehe
    Maybe for next baby ke kan. Hehe

    Reply
  • December 12, 2018 at 9:44 am
    Permalink

    3D shock proof? wow now only i know even stroller also do like a real car with all the safety precaution things… but good for the kids.. but i supposed there would be a big hole at the pocket for the parents! hhaha

    Reply
  • December 12, 2018 at 10:02 am
    Permalink

    this product looks so breathable and for sure toddler will feel so much comfort in there.. wanna buy this a few for my friends toddler

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!